BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 3 March 2015

Kekasihku Perfect 10 !!

Assalamualaikum..
      Wuuhuhuhu... lamanyaa  laa  hai  tak  bukak  blog ni.. dah  berhabuk  pun. Fuhhh2~~~~ *tiup3*
Biasalah.. sebagai  seorang  pelajat  sepenuh  masa.. *sobs3*,  memang  sibuk  sikit  dengan  exam  dan  sebagainya..  tapi  alhamdulillah,  hari  ni  ana  diberikan  kesempatan  untuk  berkongsi  tentang  tajuk  yang  terhangat  di  pasaran,  Kekasihku  Perfect  10.  Haa....  dah2.. mengkome-mengkome  jangan  nak  perasan  teringat  kekasih  masing-masing  eh!  Takde  istilah  kapel  islamik  bagai  eh.. NO  COUPLE  BEFORE  AKAD!  oke..  Soooo rasanya  semua  orang tahu  takde  manusia  yang  PERFECT  atas  muka  bumi  ni kan.. apatah  lagi  PERFECT 10.. Tapi,  ada  seorang  kekasih  ni,  kekasih  kita  semua,  kekasih  Allah,  kekasih  para  malaikat,  siapa  lagi  kalau  bukan  Rasulullah  SAW,  yang  memang  perfect  dari  segala  segi. Pendek  kata,  memang  tiada  tolok  tandingan  dengan  apapun  di  muka  bumi  ni  kan.. So  hari  ni  ana  nak  share  tentang  sifat  dan  budi  pekerti  Rasulullah  SAW  yang  pasti  akan  membuatkan  semuaaaaaaaaaaaa  jatuh  cinta!

      Rasulullah  SAW  mempunyai  ciri-ciri  keistimewaan  dengan  sifat-sifat  kesempurnaan  pada  perwatakan  jasad  di  samping  kesempurnaan  budi  pekerti  yang  tiada  bahasa  untuk  memperkatakannya.  Terdapat  banyak  hadis  mahupun  ayat-ayat  Al-Quran  yang  menceritakan  tentang  keindahan  pekerti  dan  kesempurnaan  baginda  SAW.

      Ummu  Ma'abad  al-Khuza'iyah  mengisahkan  mengenai  diri  Rasulullah SAW  kepada  suaminya,  setelah  baginda  berlalu  dari  situ  di  dalam  perjalanan  mulianya  (Hijrah)  katanya, : "Jelas  bercahaya,  putih  muka,  comel  perwatakan,  berbadan  besar  yang  tidak  mencacatkan,  kepala  kecil  yang  tidak  memenatkan,  keseluruhan  badan  cantik  dan  menarik,  anak  matanya  hitam,  bulu  matanya  panjang,  suaranya  besar  dan  kasar,    berleher  jinjang,  bermata  luas  bagaikan  bercelak,  berkening  panjang  dan  tebal,  berambut  hitam,  ketika  baginda  berdiam  kelihatan  hebat,  ketika  bercakap  tertonjol  kesegaran  dan  ceria,  dari  jauh  lagi  kelihatan  seorang  yang  cantik  dan  segak,  dari  dekat  pula  kelihatan  manis  dan  menarik,  sopan  pertuturannya,  berbudi  bahasa  dan  tidak  teragak-agak  percakapannya  dan  tidak  meleter.

      Percakapan  baginda  bagaikan  langkahan  ataupun  sulaman  yang  teratur  rapi,  tinggi  susuk  tubuh  Rasulullah  SAW  tidak  menjelekkan  mata  memandang  atau  pendek  menghairankan  perhatian,  bagaikan  dahan  di  antara  dua  dahan  yang  lain  yang  terindah  pandangan  di  antara  yang  tiga  dan  yang  terbaik  penilaian.  Baginda  mempunyai  taulan  pengikut  yang  memberi  khidmat  kepadanya,  bila  baginda  bercakap  semua  mereka  diam  untuk  mendengar  katanya.  Bila  memerintah  semua  mereka  bersegera  melaksanakan  suruhannya,  penuh  kesanggupan  dan  penyertaan  tanpa  bermasam  muka  atau  mencanggahinya.

      Kata  Ali  bin  Abi  Talib  menyifatkan  diri  Rasulullah  SAW, "Baginda  bukanlah   jenis  yang  panjang  renjong  atau  pendek  bantut,  ketinggian  badan  bainda  adalah  sedang,  berambut  ikal  mayang,  tidak  kerinting  atau  lurus,  mukanya  tidak  tembam  atau  bergelambir  (lendur).  Kelihatan  mukanya  bulat,  putih  kemerahan,  bermata  hitam  gelap,  berbulu  mata  tebal  dan  panjang,  bertulang  sendi  dan  bahu  yang  gagah,  berbulu  dada  nipis,  keseluruhan  badan  tidak  berbulu,  jari  tangan  dan  kaki  yang  gagah,  semasa  berjalan  baginda  kelihatan  kemas  dan  lincah,  apabila  berpaling  baginda  berpaling  seluruh  badan,  terdapat  di   antara  bahu  baginda  tanda  alamat  penutup  sekalian  nabi (khatam  al  nubuwah),  dan  baginda  adalah  manusia  yang  paling  pemurah, berani  orangnya,  paling  benar  apabila  bercakap,  setepat  lelaki  menunai  janji, sehalus  insan  berbudi  bahasa,  semulia  pemurah  dalam  pergaulan,  sesiapa  melihat  baginda  secara  mendadak  terasa  gerun,  sesiapa  bergaul  dengan  baginda  terasa  kasih,  kata  beliau,:  "Belum  pernah  kulihat  sebelum  dan  selepasnya  orang  menyerupai  baginda, :  Kerangka  kepala  yang  besar,  dengan  tulang-tulang  sendi  yang  gagah,  jaluran  bulu  dada  yang  panjang,  apabila  berjalan  menghayun  langkah  gagah  dan  cergas,  bagaikan  turun  dari  guar  yang  menjunam."

      Kata  Jabir  bin  Sumrah :  "Baginda  berbibir  tebal,  rongga  mata  yang  luas,  tumit  yang  kurus".

      Kata  Abu  al-Tufail, "Baginda  orang  yang  putih  mukanya,  manis,  berbadan  sedang."

      Kata  Anas  bin  Malik, "Tapak  tangan  baginda  lebar,  badan  kelihatan  putih  kemerahan,  bukannya  putih  cerah  atau  kelabu  coklat,  semasa  baginda  wafat  rambut  daan  janggut  baginda  tidak  beruban  kecuali  dua  puluh  helai  sahaja.  Katanya  lagi :  Beberapa  helai  uban  di  rambut  pelipis  baginda."  Dan  di  dalam  riwayat  yang  lain  menyebut : Dua  puluh  helai  rambut  putih  itu  di  kepala  baginda.

      Kata  Abu  Juhaifah, :Kulihat  rambut  putih  di  bawah  bibir  baginda,  iaitu  pada  janggut  sepat."

      Kata  Abdulullah  bin  Bisr, "Pada  janggut  sepat  bagin da  terdapat  beberapa  helai  berwarna  putih".

      Kata  Abu  Hurairah :  "Tidak  pernah  kulihat  sesuatu  pon  lebih  comel  dari  Rasulullah SAW,  bagaikan  matahari  di  muka  baginda  dan  belum  pernah  kudapat  seorang  pun  yang  lebih  pantas  perjalanannya  dari  perjalanan  Rasulullah  SAW,  langkahan  Rasulullah  SAW  bagaikan  menggulung  bumi,  kami  selalu  penat  mengekori  Rasulullah  SAW  sedang  baginda  tidak  merasa  apa-apapun."
Kata Ka'ab  bin  Malik,  "Ketika  baginda  terasa  gembira,   kelihatan  bercahaya  mukanya,  bagaikan  bulan  purnama."

      Di  suatu  ketika semasa   baginda  bersama  Aisyah,  Baginda  berpeluh,  maka  beliau  mengesat  muka  baginda,  membawa  beliau  mengingati  ketepatan  syair  Abu  Kabir  Al  Hazali :

"Apabila  kau  melihat  perawakan  mukanya,
Sinar  bagaikan  cahaya  melintasi  awan  di  ufuk"

Abu  Bakar  apabila  melihat  Rasulullah  berkata 

"Rasul  Al  Amin  memohon  kebaikan,
Bagaikan  bulan  membelah  kegelapan"

      Kata  Abu  Juhaifah,  "Pernah  ku  mengambil  tangan  Rasulullah  SAW  dan  kuletakkan  ke  mukaku,  ku  dapati  tangan  baginda  adalah  sejuk  dan  lebih  wangi  dari  bau  kasturi."

      Kata  Anas,  "Tidak  pernah  ku  menyentuh  sutera  atau  baldu  selembut  tapak  tangan  baginda  SAW  dan  tidak  pernah  kumenghidu  kesan  atau  bau  yang tidak  elok  dari  Baginda."

      Rasulullah  SAW  sentiasa  bersenang  hati,  lembut  pergaulan,  tiada  keras atau  bengis,  tiada  gawat  tiada  cela,  tiada  umpat  dan  tiada  puji  melulu,  melupai  sesuatu  yang  tidak  diingini  dan  tiada  perasaan  putus  asa.  baginda  menjauhkan  diri  daripada  3  sifat  tercela  iaitu  riya',  berlebih-lebihan,  dan  menghindari  sesuatu  yang  tidak  ada  kena  mengena  dengan  baginda.  Baginda  mengajar  umatnya  agar  menjauhi  tiga  sifat  berikut, :  tidak  memaki  seseorang,  tidak  memburuk-burukkannya  dan  tidak  mencari  keaibannya.

      Baginda  tidak  berkata-kata  kecuali  pada  sesuatu  yang  diharapkan  pahala.  Apabila  baginda  bercakap  semua  sahabatnya  menundukkan  kepala  bagaikan  di  atas  mereka  ada  burung  yang  hinggap.  Apabila  baginda  berhenti  barulah  mereka  bercakap.

      Baginda  sentiasa  bersabar  dengan  percakapan  kesat  oleh  seorang  yang  asing  dan  baginda  sering  berpesan  "Sekiranya  kamu  melihat  seorang  yang  memerlukan  hajat  atau  menuntut  hajatnya,  ayuh  berkanlah."

Pada  keseluruhannya,  Rasulullah  SAW  terhias  dengan  sifat-sifat  yang  sempurna  dan  tiada  tara  bandingannya. Allah  SWT  telah  mendidik  baginda  dengan  sebaik-baik  didikan  sebagaimana  terkandung  dalam  firmanNya :
"Dan  sesungguhnya  kamu  benar-benar  berbudi  pekerti  yang  agung"
(Al-Qalam, 4

Akhlak-akhlak  inilah  yang  dikatakan  sempurna,  dan  baginda  adalah  kekasih  kita  semua!  Kekasihku  Perfect  10!

sumber : Al-Raheeq  Al-Makhtum,  Sirah  Rasulullah  SAW

 

Sunday, 7 July 2013

Ramadhan Datang Lagi, Bersediakah Para Perindu Syurga?



كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ
وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty. Alhamdulillah tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Bersyukurlah jika kita diberi kesempatan untuk menerima tetamu Allah yang menjenguk setahun sekali. Jangan lupa untuk menyertai festival ibadah!! :D Tahun ni pertama kali ana akan berpuasa di bumi anbiya.. Allah.. berdebarnya!! :D Walaupun di malaysia penuh dengan berita rusuhan2 yang melampau, sebenarnya keadaan kami di sini berbeza saaaangat dengan apa yg di'beritakan' tu. hehe.. hari2 goyang kaki je. Jadi kepada mak ayah, jangan risau :P kitorang dalam rumah ni lagi huru hara daripada kat luar tu. -.-''

Haa.. meh nak cite pasal bulan Ramadhan. Asal tibe je bulan Ramadhan, mesti terbayang bazar Ramadhan kan? -.-'' biasalah tu, tpi ni ana nak cerita pasal BAZAR PAHALA. haa.. tak payah keluarkan duit pon, pilih je nak pahala banyak mana, dengan syarat, dibayar dengan ibadah yang setimpal dengan harga pahala tersebut.

“Sesungguhnya amal yang dilakukan pada bulan Ramadhan ialah membaca Al-Qur’an dan menjamu orang berbuka puasa”, demikian dinyatakan oleh seorang sarjana Islam generasi tabi’in, Muhammad bin Syihab az-Zuhri.


Antara amal kebajikan yang mendapat ganjaran besar dalam Islam ialah memberi makan kepada orang Islam yang lain. Dan ganjaran ini berlipat-kali ganda apabila orang yang diberi makan itu ialah orang-orang yang lapar dan berpuasa. Ini dijelaskan oleh Nabi,
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)
Manakala ganjaran memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa adalah sama dengan ganjaran yang diperoleh orang-orang yang berpuasa itu sendiri. Nabi pernah berkata,
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)
Demikianlah Nabi membuat perbandingan, sedang Allah menyebutkan orang yang berpuasa diberi ganjaran yang banyak tanpa batas seperti disebutkan dalam sebuah hadis Qudsi,
Semua amal (saleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu kebaikan (diberi ganjaran) sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.”(Hadis Bukhari & Muslim)
Selain mendapat ganjaran pahala yang banyak, Malaikat akan mendoakan rahmat buat orang yang menjamu orang berbuka puasa. Ini disebutkan oleh Nabi dalam satu doa beliau,
“Orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.” (Sahih Sunan Abu Dawud)

Dalam riwayat lain dikatakan,

قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى

“Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku.’” (HR. Bukhari no. 1904)
 

Dalam riwayat Ahmad dikatakan,

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ

“Allah ‘azza wa jalla berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan adalah sebagai kafaroh/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya.’” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)


Jangan lupa tadarrus, tarawikh buat 8 pun dh ckup. Asalkan istiqamah. Ana dulu mase mude2 dulu, (sekarang dah tua :P) bile tibe je Ramadha, mule la bersemangat, kononnya nak penuhkan tarawikh tanpa was2!! Tapi......... bila sampai je akhir2 Ramadhan, mule la liat macam dodol lepas berbuka. hehe.. tu dulu la.. duluu.. --'' sekarang, ana masih akan pasang azam macam tu. Dan berharap akan kuat melawann nafsu yang meronta2 nak tengok citer upin ipin, sampai liat nak ke tarawikh hehe.. Haa.. jgn penuhkan masjid time awal2 Ramadhan je, bila akhir Ramadhan, tinggal Tok Imam dengan sejadah je :) hehe..

Jadi, pikir2 kan lah yer... akhir kalam, salam Ramadhan al Karim. Semoga Ramadhan ini memberi kesempatan untuk kita menjadi Perindu Syurga yang tegar!!! :D jom kejar ibadah!


Wednesday, 13 March 2013

Niqab dan 1001 Persoalan

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian......

Assif jiddan.. Sudah lama ana menyepi. Waktu yang terlalu singkat membataskan ewahhh.. ayat dramatis gitu hehe.. Dah bersarang dah blog ana ni (T.T).. huhu.. Bukak2 je penuh dengan soalan yang diajukan oleh para pembaca. Soalan yang paling banyak ditanya adalah soalan tentang niqab. Apakah syarat berniqab, dan adakah wanita yang baik2 sahaja boleh berniqab? Adakah berniqab benar2 dapat mengelakkan fitnah ? dan sebagainya..




Baiklah. Bismillahhirrohmanirrahim.. Ana mulakan perbincangan ilmiah kita dengan kalam mulia, semoga sama2 mendapat manfaatnya.

Untuk soalan-soalan yang diajukan, ana rumuskan dalam satu skop besar. Iaitu syarat-syarat untuk menjadi seorang niqabis serta hukum dan dalil bagi niqab. Bagi ana, yang pertama sekali haruslah NIQABKAN HATI terlebih dahulu.. Bukanlah ana maksudkan bahawa wanita2 yang baik-baik, yang tahajjud, berzikir, tadarus 24 jam. Tapi maksudnya di sini, yang pertama sekali, niqabkan hati dari niat yang memesong dari landasan sebenar seorang niqabis. Ramai yang berpendapat, "perempuan yang berniqab ni, mesti lawa2 kan?".. Haaa... itulah masalahnya. Kerana nak dapat gelaran "lawa" tu, maka kita pon mulalah nak berniqab, kononnya kita ni lawa, sampai boleh jatuh fitnah kepada kaum Adam. Maaf, ini satu teguran untuk para niqabis yang "gedik solehah". Pertama sekali bila ana merayau2 dalam facebook terutamanya, ana dapat tengok ramai sangat niqabis yang mekap mata cun2, pakai celak 2 3 inci, pakai bijik mata kucing, pastu edit gambar kat instagram kononnya, dan upload di facebook. Maka ramailah encik2 Adam yang gatal2 tangan mengomen kat gambar tu...


"MasyaAllah... inilah calon bidadari.."
"SubhanAllah, sejuk mata memandang.."
"Indahnya ciptaan Tuhan..."

dan bla bla blaaaaa -.- 

Naik meremang bulu mata membacenyepon aduiii~~ Pastu mulalah si niqabis naik syok.. Makin terasa diri HOT dan solehah. Bila ditegur, katanya "Hanya Allah yang mengetahui niat hambaNya..." dan itu, dan ini, dan itu dan ini...




Jadi kesimpulannya, berniqab bukanlah bermakna setiap wanita yang berniqab itu baik2 belaka. Malahan boleh jadi lebih berbahaya daripada wanita yang tidak berniqab. yang berniqab tidak semestinya baik, dan yang tidak berniqab tidak semestinya buruk. Semuanya terletak pada diri masing. Kadang2 ana tengok, wanita yang berniqab ni, ramai kawannya adalah LELAKI. Ulang suara, LELAKI! Kerana apa? hehe... Itu maknanya, walaupun wajah kita ini berniqab, tetapi kita tak mampu niqabkan hati kita dari perasaan riak dan menunjuk. :) 

Jadi, bagi ana, sesiapa saja boleh berniqab. Asalkan niatnya kerana Allah SWT, istiqamah dan tawadhuk. Lagipun, berniqab hukumnya bukanlah wajib. 

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertamanya, pendapat dari mazhab hanafi dan maliki mengatakan bahawa aurat adalah termasuk sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula dari mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa aurat adalah sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.





Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.




Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.




Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat


Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Maka di sini ana ingin menjelaskan, pakailah jika merasa perlu. Sedangkan menutup aurat itu lebih penting daripada menutup wajah. :) Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. 


KENAPA PAKAI NIQAB JIKA TAK WAJIB?


Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Maka, tetapkan hati kalian wahai niqabis.. :) 

Peringatan ini adalah untuk diri ana sendiri, dan maafkanlah jika ada khilaf dalam kata-kata ana, andai menyinggung perasaan sesiapa pun. esungguhnya segala kesempurnaan adalah milikNya, dan segala kelemahan adalah khilaf diri ana sendiri, hakikatnya segalanya datang daripadaNya. :) 

Wassalam.


Wednesday, 2 January 2013

Nukilan Doktorah buat Ayahanda dan Bonda, InsyaAllah..

SubhanAllah..Maha Suci Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Assif jiddan semua.. Sudah lama ana berdiam diri.. Terperangkap dalam permainan waktu.. Kadang-kadang terlalu sukar dirasakan, namun perjuangan ini adalah kerana-Nya.. Puas sudah hati ini dipujuk agar bangkit kembali, mujur teringat ayat buat sang pencinta-Nya, kalam kasih dari yang Esa..

 “Jangan berputus asa daripada rahmat Allah.”
(Surah Az-Zumar: 53)


Alhamdulillah.. Segala Puji bagi Allah.. bagaimana harus tinta ini dimulakan.. 

Pada mulanya, bait-bait di minda kelam seketika.. Fikiran melayang jauh.. Terlukis gambaran wajah ayahanda dan bonda.. SubhanAllah.. lama sudah aku di bumi anbiya' ini.. Masa berlalu begitu pantas.. Benarlah aku sudah di akhir zaman.. Namun bukan bererti hidup sudah berakhir, perjuangan ini harus teguh! 

Yaa.. minda sudah kembali segar.. Kalam-kalam tinta sudah mula bersusun rapi di pangkal jiwa, bersedia untuk dicoret sebagai nukilan.. Hari ini bait-bait kata hanya buat ayahanda dan bonda.. Maaf sahabat dan sahabiah, qalbu runtun seketika.. benarkan aku berbicara dalam diam, sekilas ayat-ayat pengubat rindu buat ayahanda dan bonda..


Bismillahirrahmanirrohim...


Kehadapan bonda dan ayahanda yang diberkati..

Malam ini anakanda disapa rindu..
Pedihnya.. tatkala mengenang kembali perpisahan dulu..
Kita saling melambai..
Terselit senyuman indah ayahanda bonda..
Biarpun tangisan itu ada.. 
Namun tersembunyi jauh di sebalik mendung hati berbaur sepi..


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. 
[al-Nisa’ :36]

Maafkan kekhilafan anakanda..
Anakanda pergi dengan membawa rimbunan dosa..

Semalam.. butir air mata ayahanda bonda menitis lagi..

Mungkin anakanda jauh.. tetapi anakanda bisa melihat semua itu
Dari sekeping hati yang sayu..

Ayahanda dan bonda tercinta..

Mungkin sekarang kita jauh di mata..
Demi ilmu kerana Rabb-Nya..
Kita relakan perpisahan ini..
Namun.. sungguh tiadalah cinta lain yang bertakhta di hati anakanda selain ayahanda dan bonda selepas Allah dan Rasul-Nya...

Ayahanda dan bonda..

Anakanda tahu.. betapa kalian begitu risau terhadap pelajaran anakanda..
Kadang-kadang..
Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan membuatkan ayandanda dan bonda gusar..
Mungkin ayahanda dan bonda tertanya-tanya..
Adakah anakanda mampu menjadi doktorah muslimah yang berjaya..
InsyaAllah.. doakanlah anakanda..
Semoga cita-cita anakanda berjaya..
Bukan sahaja dalam pelajaran.. 
Tetapi jua dalam tarbiyah dan dakwah, InsyaAllah..

Ayahanda dan bonda..

Hidup ini akan terus berjalan, meskipun penuh dengan tangisan..
Tabahkanlah hati setabah kekasih-Nya..
Kerana di setiap perjuangan itu ada pengorbanan..
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
Sekian sahaja warkah buat ayahanda dan bonda.. Mungkin kata-katanya tidak seberapa, maafkanlah anakanda.. kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu atas kekhilafan anakanda sendiri.. Hakikatnya, semuanya datang daripada-Nya..
 
Ayahanda dan bonda, 

Tersenyumlah saat membaca warkah ini kerana anakmu kini bukan sekadar pelajar,
Tetapi pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini.. 

Moga bertemu lagi jika dipanjangkan usia.. Anakanda mohon mengundur diri.. Doakanlah anakanda wahai ayahanda dan bonda.. Semoga Allah memberkati kita semua.. 

  
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  (Surah Ali Imran: 31) 

Assalamualaikum wbt.. 



Yang benar, 
Anakndamu Ieka 
~perindusyurga~
 

Saturday, 8 December 2012

Rintihan Si mayat

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam, sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia . Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata ; ‘ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan Malaikat Maut’ .

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu ; ‘ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ’ . 


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : ‘ Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ’ .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : ‘ Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu, maka janganlah kamu menyakitinya . Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar daripada rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya ’ .


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah daripada rumah, roh pula berpesan ; ‘ Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku, sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku . Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku ’ .
 
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
(Al-Haaqqah 69:18)

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
(Al-Haaqqah 69:19)

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
(Al-Haaqqah 69:20)
Wallaahu a’lam .