BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 28 September 2011

Khas Untuk Saudara-saudaraku, Yang Bergelar "HAWA"..

Hawa...
ketahuilah.. bahawa Allah SWT sangat mencintaimu...
lalu Dia ciptakan engkau seperti mawar..
dihiasi DURI sebagai perisai diri...
untuk mempertahankan hakikat keindahanmu..

Namun saudaraku..
biarpun engkau dipagari duri tajam..
engkau tetap indah mekar.. sehingga menarik perhatian sang kumbang..

mengertilah saudaraku Hawa..
bahawa sang kumbang
hanya ingin menyedut madu dari kudupmu..
setelah madumu habis..
sang kumbang akan terbang
meninggalkanmu tanpa secebis lagi kemanisan..

maka ..
jangan kau biarkan kumbang-kumbang perosak itu..
hinggap biarpun di atas kelopakmu..
kerana engkau tahu..
engkau harus pertahankan kesucian harumanmu..
biar mekar mewangi sehingga ke taman firdausi nanti..

ketahuilah saudaraku HAWA...
bahawa DURI yang Allah kurniakan kepadamu itu..
adalah rasa "MALU"....................................
yang Allah sematkan dalam jiwa wanita..
kerana malu itu.. adalah perisai terbaik yang Allah cipta..
supaya engkau mengerti..
bahawa Tuhanmu ingin engkau selalu menjadi
"MAWAR BERDURI"...........
yang bertakhta di syurgaNya nanti..

-perindu syurga-


0 comments: