BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 29 September 2011

Sentuhan Kasih Illahi...

" Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri..
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..
Sesungguhnya.. Allah mengampuni dosa-dosa semuanya..
Sesungguhnya.. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."
( Surah Az-Zumar, ayat 53 )

Ya Allah..
betapa indahnya sentuhan kasih dari Rabbku..
biarpun hamba-hambaMu yang lemah ini..
sangat melampaui batas..
biar sebesar-besar dosa..
besar lagi rahmat dan keampunanMu Ya Allah..


Hati ini tersentuh Ya Allah..
kerana Sang Pencipta .. masih mencurahkan rasa sayang..
ke atas hamba-hambaMu...
betapa Engkau Maha Pengasih..
sekerdil-kerdil diri ini.. berlumuran dosa..
Engkau tetap mencintaiku..
Engkau khabarkan janji yang indah...
demi hamba-hambaMu....
dan aku tahu...
bahawa janjiMu itu adalah "pasti"...


Oleh itu Ya Allah..
kau ampunilah segala khilafku..
kerana aku tahu.. aku telah lalai dalam mengingatiMu..
sedangkan Engkau tidak pernah melupakan hambaMu ini walau sedetik..
aku ingkar segala perintahMu..
aku lalai mengingati mati..
sedangkan dengan mengingati mati itu..
akan merapatkan lagi jurang antara aku dan Rabbku yang Esa..


Ya Allah..
ampunilah dosaku..
yang telah sombong terhadapmu..
padahal Engkaulah yang menemaniku... walau dalam lenaku..
Engkaulah yang memberi rahmat kepadaku..
namun dosa-dosaku yang aku sampaikan kepadaMu..


Ya Allah..
terimalah taubat hambaMu ini..
janganlah Engkau putuskan rahmatMu ke atasku..
biarpun kadar sedetik waktu..
kerana aku tahu..
pemberian maafMu..................mendahului siksaanMu..
dan...
kasih sayangMu...............................mendahului kemurkaanMu..


Amin...Ya Robbal A'lamin..

-perindu syurga-




0 comments: