BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 27 September 2011

Wanita.... Insan Istimewa..

♥ kau digelar sebagai penyeri dunia..
♥ hadirmu me lengkap hubungan manusia..
♥ bukan saja dirindui yang biasa 
♥ malah ADAM turut sunyi tanpa HAWA 

♥ akalmu senipis bilahan rambut 
♥ tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu 
♥ jua hatimu bak kaca yang rapuh 
♥ kuatkanlah ia dengan iman yang teguh 

♥ tercipta engkau dari rusuk lelaki 
♥ bukan dari kaki untuk dialasi 
♥ bukan dari kepala untuk dijunjung  
♥ tapi dekat di bahu untuk dilindung 
♥ dekat jua di hati untuk dikasihi 
♥ engkaulah wanita hiasan duniawi 

♥ mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok 
♥ jika datangnya dari kayu yang bengkok 
♥ begitulah peribadi yang dibentuk 

♥ didiklah wanita dengan keimanan 
♥ bukannya harta ataupun pujian 
♥ kelak tidak derita berharap pada yang binasa..

♥ sedarilah insan istimewa 
♥ bahawa kelembutan bukan kelemahan 
♥ bukan jua penghinaan dari Tuhan 
♥ bahkan sebagai hiasan kecantikan...


0 comments: