BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 10 October 2011

♥ Cinta Yang Aku Cari..♥


Wahai pemilik nyawaku..
Kadangkala Engkau mengujiku tepat pada sudut diriku yang paling rapuh dan goyah iaitu hatiku.
Dikau lemparkan suatu rasa aneh dalam hatiku lantas membuatku tertanya, apakah itu cinta dariMU atau sebaliknya.
Ya Tuhan ku, andai benar aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.
Jika sebaliknya Ya Allah.. Maka kau hapuslah ia dari ingatanku, Ya Rabbi.
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui akan segala sesuatu meski ia terletak jauh di dasar hati ini. 



Aku ingin mencintai ketidaksempurnaannya..
Jika aku tahu dia sangat sempurna,
maka ku tidak layak untuk mencintainya kerana aku tidak sempurna..

Aku ingin mencintai ketidaksempurnaannya..
Andai dia tahu aku tidak sempurna,
maka dia tak akan meninggalkanku sendiri
kerana ku tahu dia juga mencintai ketidaksempurnaanku..
Cintaiku dalam ketidaksempurnaanku...




Ya ALLAH..
Jika memang dia untukku..
jagalah kami dgn kasih dan sayang Mu,
jika memang dia pelabuhan hati terakhirku..
naungi kami dgn rahmat serta redha Mu Ya ALLAH..


Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.
Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya.. 



0 comments: