BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 25 November 2011

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wanita Solehah Itu.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wanita solehah itu aurat dijaga, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Pergaulan dipagari, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Sifat malu pengikat diri, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
 ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Seindah hiasan di dunia ini.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Keayuan wanita solehah itu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kemanisan wanita solehah, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tidak terletak pada kemanjaannya, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Daya penarik wanita solehah itu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Bukan pada kemanisan bicaranya yang Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ mengoncang iman para muslimin, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ bermain lidah, memujuk rayu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Bukan dan tidak sama sekali, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kepetahan wanita solehah, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tapi pada perjuangannya meningkatkan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ martabat agama.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙



˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Nafsu mengatakan wanita cantik dengan  Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan  Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ  Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai wanita jangan berbangga Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ kerana ada lagi manusia yang Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ lebih berpegetahuan darimu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Bersyukurlah diatas apa yang ada, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Salam perjuangan untuk sahabatku, Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wanita solehah.. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Thursday, 17 November 2011

Ajal Itu Pasti..

SEKADAR RENUNGAN...

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Wednesday, 16 November 2011

Oh Muslimah..

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati




Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Antara Perempuan Dengan Muslimah..

Perempuan: Apabila teruna memerhatikan dikau, kau membalas renungan matanya. 
 Pabila teruna mendekati selangkah, kau datang berpuluh langkah.
Pabila teruna memujuk rayu, kau lemah dalam pangkuannya.
Pabila teruna memberi harapan, kau hanyut dalam angan langkah.

Muslimah: Pabila teruna memandang dikau, kau tunduk mengelak panahan syaitan.
 Pabila teruna mendekati selangkah, kau berundur beribu langkah.
Pabila teruna memujuk rayu, kau anggap itulah kalimah iblis syaitan.
Pabila teruna menutur harapan indah, kau yakin janjinya lebih bahagia di sana kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi yang diselaputi iman yang hakiki yang tak mudah dicemari.


Asas Perkahwinan


    • ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

      ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

      ♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

      ♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

      ♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

      ♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

      Namun,

      ♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu 
      mencintai bayinya.


  • Doa Buat Kekasih..

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
    ...
    Ya Allah...
    ... Seandainya telah Engkau catatkan...
    Dia milikku tercipta buatku...
    Satukanlah hatinya dengan hatiku...
    Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
    Agar kemesraan itu abadi...

    Ya Allah...
    Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
    Seringkanlah kami melayari hidup ini...
    Ketepian yang sejahtera dan abadi...
    Maka jodohkanlah kami...

    Tetapi Ya Allah...
    Seandainya telah Engkau takdirkan
    Dia bukan milikku...
    Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
    Luputkanlah dia dari ingatanku...
    Dan periharalah aku dari kekecewaan...

    Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
    Berikanlah aku kekuatan...
    Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
    Hilang bersama senja yang merah...
    Agarku sentiasa tenang...
    Walaupun tanpa bersama dengannya...

    Ya Allah yang tercinta...
    Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

    Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
    Adalah yang terbaik untukku...
    Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
    Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

    Ya Allah...
    Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
    Di dunia dan akhirat...
    Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
    Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
    Di dunia ini mahupun di akhirat...
    Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
    Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
    Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
    Ke jalan yang Engkau redhai...
    Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

    Ya Allah...
    Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
    ...Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

    Tuesday, 15 November 2011

    Kecantikan Yang Hakiki

    Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
    Kawan-kawan berkata aku ustazah
    Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
    Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
    Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
    Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
    Dengan akhlak yang terpelihara 
    Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

    Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
    Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
    Cantik bukan bereti selalu berdandan
    Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
    Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

    Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
    Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
    Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
    Lantas aku berbisik dalam hatiku
    Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
    Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
    Dan menjauhi larangan-Nya…

    Andai sahabatku memahami
    Cantik bukanlah satu ukuran…………



    Wahai Hawa..

    Wahai Hawa,
    Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa..mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ? dan kenapa..masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

    ... Wahai Hawa,
    Sedarlah..Tangan yang menggoncang buaian..boleh menggoncang dunia, Sedarlah hawa..kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

    Tapi hawa..
    Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

    Jangan Hawa,
    Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.

    Wahai Hawa,
    Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

    Wahai Hawa,
    Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya.

    Wahai Hawa,
    Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

    Wahai Hawa,
    Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

    Tetapi hawa,
    Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan Ad-dinnya...Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

    Oleh itu Hawa,
    Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

    Hawa,
    Cintailah ALLAH..dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu..kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

    Hawa ,
    Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali..tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam......

    “Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”



    Semanis Epal..

    " Wanita ibarat epal..
    Epal yang tidak berkualiti amat mudah didapati kerana ia banyak berguguran di atas tanah..
    tetapi epal yang tak mampu dibeli..
    berada di puncak..
    Susah dipetik dan digapai...
    Terkadang ia terfikir kenapa tiada yang memetiknya..
    Lantas ia merendahkan dirinya..
    dengan menggugurkan diri menyembah tanah..
    Sedangkan Allah telah meninggikan martabatnya
    dan hanya laki-laki yang hebat
    yang mampu memetiknya..... "


    Monday, 14 November 2011

    Andai Kau Tahu..

    andai kau tahu..

    istimewa buat sekalian muslimah yang dikasihi..

    sayang..andai kau tahu..
    betapa pedih azab neraka yang bakal menantimu,
    pasti kau tidak akan membiarkan auratmu terdedah tanpa hijabnya,
    pasti aku tak akan membiarkan rambutmu,
    leher jinjangmu,
    dadamu,
    ramping tubuhmu,
    halusnya kulitmu,
    oleh tatapan lelaki ajnabi bagimu.

    sayang..andai kau tahu..
    betapa tingginya darjat yang bakal kau akan rasai di syurga,
    pasti kau akan bersungguh- menjaga maruahmu,
    menghindari diri dari berbual perkara lagha(sia-sia) dengan lelaki ajnabi,
    tidak melayani mesej dari lelaki yang haram bagimu,
    tidak memgeluarkan suara lunakmu,
    dan segalanya yang bisa menaikkan syahwat lelaki.

    sayang..andai kau tahu..
    betapa kejamnya lelaki membayangkan setiap inci tubuhmu dikala mereka sendirian.
    pasti kau akan gerun mendengar perbualan mereka dengan teman2 mereka,
    menceritakan pengalaman mereka apabila bersamamu,
    melihat segala auratmu,
    pasti kau akan gerun untuk keluar tanpa hijabmu,
    tanpa tudung menutupi kepala,
    tanpa kerudung menutupi dada,
    tanpa pakaian longgar menyarungi tunuhmu,
    lebih menggerunkan untuk keluar bersama mereka.

    sayang..andai kau tahu..
    betapa diri ini amat prihatih dan menyayangi dirimu,
    pasti kau akan menghaigai erti sebuah persahabatan,
    pasti kau akan mengambil iktibar atas apa yang telah kucoretkan,
    pasti kau akan menghargai maruahmu.

    sayang..andai kau tahu..
    betapa ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang,
    pasti kau akan menyesali segala perbuatanmu itu,
    pasti akan menagis memohon keampunan dari-Nya,
    pasti kau tidak akan mensia-siakan nikmat dilahirkan sebagai muslimah...

    tidak perlu kau tanyakan pada pasanganmu atas apa yang telah aku tuliskan...
    tak perlu bertanya mereka,"betul ke u bernafsu bila tengok i tak brtudung,"
    kerana jawapan mereka ialah TIDAK..
    padahal hakikatnya mereka telah dihasut syaitan...
    mereka adalah penipu..
    PULANGLAH KEPADA ALLAH...
    KERANA PADANYA ADA SEGALA KETENAGAN YANG KITA PERLUKAN...

    wallahua'alam...


    Wahai Adam..

    Di sebalik semua lelaki di dunia

    Pastinya di dukung seorang wanita

    Berkorban untukmu
    memberi yang mampu
    Memberi sayang demi insan
    yang di sanjung dalam hidup

    Tatang hatinya bagai permata
    Luangkan masa untuk bersama
    Bilang padanya kusayangkan dia
    sepenuh jiwamu

    Tenangkan hatinya bila resah
    Setia di dalam senang dan susah
    Itulah saja balasan di minta
    Seorang wanita

    Tenangkan hatinya bila resah
    Setia di dalam ceria dan gundah
    Itulah saja balasan di minta
    oleh seorang wanita...





    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

    Dengan nama mu Ya Allah,
    Tuhan yang mengikat hati manusia
    Dengan kasih sayang . . .

    Hanya kebaikan yang kami dambakanDisetiap celahan tetapan
    yang telah Engkau rencanakan . . .

    Kau Maha Mengetahui
    Apa yang terbaik bagi kami
    Serta bagi insan - insan disekeliling kami . . .

    Semoga kebaikan dan keberkatan
    dari rencanaMu menyebar
    dan dirasai setiap jiwa - jiwa yang beriman . . .
    Permudahkan jalan kami
    dan melusuri setiap rencana
    yang telah Engkau tetapkan Ya ALLAH . . .




    Tuesday, 8 November 2011

    Cinta

    Cinta ..

    Cinta Itu Hadir Pada Semua Insan
    Cahaya Indah Yang Dikurniakani Illahi
    Cetusan Hati Berlandaskan Syariat Islam

    Cinta ..

    Indahnya Jika Aku Mencintai Tuhanku
    Iman Digilap Setiap Hari Demi Meraih cintanya
    Istiqamah Dalam Mempertahankan Cinta Suci

    Cinta....
    Nafsu Amarah Berjaya Dilunakkan
    Nescaya Nafsu Akan Tertunduk Malu
    Nauzubillah Bila Mana Cinta Dunia Melebihi Tuhanku

    Cinta ....

    Tanpa Cintamu Hidupku Melayang
    Tanpa Kasihmu, Faqirlah Aku Selamanya
    Tersentak Diriku Bila Cinta Itu Ditarik Kembali

    Cinta ...

    Alangkah Bodohnya Diriku Selama Ini
    Aku Mencintai Makhluk Melebihi Dirimu
    Andainya Masih Ada Sisa Cintamu Terhadapku
    Aku Akan Memelihara Cinta Itu Demi Namamu
    Allahu Rabbi


    Doa Seorang Suami

    Bismillah…. 
    Ya allah …ya Tuhan ku...

    Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
    Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
    Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
    Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

    Kau peliharalah lidahku dari kata-kata yang tak berguna
    Kau kuatkanlah semangatku melewati segala ujianMu
    Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
    Ya Allah…Ya Rahman Ya Rahim.. 
    Sekiranya isteriku adalah pilihan-Mu di atas Arsy

    Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
    Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
    Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di SyurgaMu
    Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
    Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
    menyakiti perasaannya
    Sekiranya… 
    isteriku ini jodoh yang dirahmati olehMu maka
    Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya
    Ya Allah… Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. 
    Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

    Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
    Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
    Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
    Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawabku sebagai suami..
    Hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
    Sekiranya aku ingkar dan durhaka
    Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...

    Kepada isteri ku...
    Telah kusiapkan
    Satu daerah paling sunyi
    Dalam hati ini untuk kau isi
    Sebagai isteri

    Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
    Seorang wanita
    Untuk kau beri erti dengan kelembutan
    Untuk kau hargai dengan kasih sayang

    Ku ingin kau jadi wanita mulia
    Yang tahu harga budi dan hati
    Seorang lelaki bernama suami


    Kerana engkau isteri...
    Ku ingin kau mengerti
    Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
    Yang kita janjikan
    Kerana kau isteri ku...

    Ya Allah
    Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

    Aku buta tanpa bimbinganMu..
    Aku cacat tanpa hidayahMu..
    Aku hina tanpa RahmatMu..

    Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
    Kuatkan hati dan semangatku

    Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
    Jadikanlah aku suami yang disayangi isteri
    Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
    Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya

    Hanya padaMu Ya Allah aku mohon segala harapan
    Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu

    Kerana aku sedar hinanya aku
    Kerana aku insan lemah yang sering keliru
    Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
    Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujian dariMu


    Ya Allah ..
    Sesungguhnya diriku ini hanyalah HambaMu yang lemah dan fakir

    Limpahkanlah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
    Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
    Aku memohon ampun kepadaMu ya Allah, atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan

    Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 

    Sunday, 6 November 2011

    Doa Buat Pemilik Cintaku..

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
    Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
    Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
    Kau berikanlah aku kekuatan 
    Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
    Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
    Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
    Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

    Ya Allah...
    Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
    Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
    Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
    dititianMu
    Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
    Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
    Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
    perintahnya
    Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
    Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
    Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
    Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

    Tetapi Ya Allah...
    Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
    Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
    dugaanMu
    Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
    Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
    Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
    Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
    Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
    Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

    Ya Allah...
    Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
    Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
    Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
    Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
    Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
    Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
    Sekiranya aku engkar dan derhaka
    Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

    Ya Allah sesungguhnya
    Aku lemah tanpa petunjukMu
    Aku buta tanpa bimbinganMu
    Aku cacat tanpa hidayahMu
    Aku hina tanpa RahmatMu

    Ya Allah...
    Kuatkan hati dan semangatku
    Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
    Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
    Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
    Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
    Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
    Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
    Kerana aku sedar hinanya aku
    Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
    Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
    Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
    Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

    Ya Allah Ya Tuhanku...
    Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
    Isteri yang dikasihi
    Isteri yang soleha
    Isteri yang sentiasa dihati

    Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...


    Friday, 4 November 2011

    ~ Kerana Aku Wanita ~

    kerana aku wanita
    pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

    kerana aku wanita
    ingin disayangi itu fitrah diriku

    kerana aku wanita
    mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

    kerana aku wanita
    emosiku selalu mengatasi logik akalku

    kerana aku wanita
    air mata teman setiaku

    kerana aku wanita
    sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

    DAN..

    kerana aku wanita
    aku damba pertolongan darimu Adam
    peliharalah bicaramu denganku
    jangan bermain kata denganku
    takut rosak hatiku

    kerana aku wanita
    akhlakmu ukuran dimataku
    peliharalah akhlakmu dan imanmu
    jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
    takut rosak thiqohmu

    kerana aku wanita
    maka peliharalah susunan kata-katamu
    kerana aku mudah terasa
    namun aku bukan lemah
    sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

    kerana aku wanita
    peliharalah dirimu dari mencemuhku
    saat titisan jernih mengalir dari mataku
    kerana itu cara untukku
    meluahkan perasaanku
    supaya hatiku tenang kembali

    kerana aku wanita
    aku memang sangat peka
    maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

    WAHAI ADAM,

    kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
    hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

    andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
    darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

    jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
    maka tiada lagi hormat untukmu dari kami