BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 8 November 2011

Doa Seorang Suami

Bismillah…. 
Ya allah …ya Tuhan ku...

Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata yang tak berguna
Kau kuatkanlah semangatku melewati segala ujianMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…Ya Rahman Ya Rahim.. 
Sekiranya isteriku adalah pilihan-Mu di atas Arsy

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di SyurgaMu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya… 
isteriku ini jodoh yang dirahmati olehMu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya
Ya Allah… Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. 
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawabku sebagai suami..
Hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...

Kepada isteri ku...
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami


Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku...

Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku suami yang disayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya

Hanya padaMu Ya Allah aku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujian dariMu


Ya Allah ..
Sesungguhnya diriku ini hanyalah HambaMu yang lemah dan fakir

Limpahkanlah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu ya Allah, atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 

0 comments: