BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 8 December 2012

Rintihan Si mayat

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam, sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia . Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata ; ‘ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan Malaikat Maut’ .

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu ; ‘ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ’ . 


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : ‘ Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ’ .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : ‘ Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu, maka janganlah kamu menyakitinya . Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar daripada rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya ’ .


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah daripada rumah, roh pula berpesan ; ‘ Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku, sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku . Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku ’ .
 
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
(Al-Haaqqah 69:18)

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
(Al-Haaqqah 69:19)

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
(Al-Haaqqah 69:20)
Wallaahu a’lam .

Thursday, 6 December 2012

Lelaki di Akhir Zaman Ini..

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir…
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

Sunday, 25 November 2012

Mengapa Kita Lupa Untuk Bersyukur..?

 "Wahai Daud, Katakanlah kepada orang2 yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatiKu" [Jami' Nafahat, halaman 336]

“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/05/sesungguhnya-manusia-sangatlah-tidak.html#ixzz2DFipF3Dl
“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/05/sesungguhnya-manusia-sangatlah-tidak.html#ixzz2DFigiW7m

"Bestnya jadi budak tu, dah la cantik/hensem, kaya pulak tu.."
Mesti ramai antara kita yang pernah cakap macam ni kan? Bohonglah kalau tak pernah cakap macam ni.. Tapi sedarkah antum dan antunna sekalian, cantik dan kaya itu cuma sementara.. Ada yang kaya, tapi tak bahagia.. Ada yang hensem/cantik, tapi sakit.. Kenapa terlalu sedikit kita bersyukur?


 “Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.    Az-Zukhruf: 32

"Kenapa la aku ni tak kaya2, keja lama dah, tapi tak kaya2 pon!"
Yaa.. ayat ni rasanya memang famous sekarang.. Ramai yang seolah-olah menyalahkan takdir, qadha dan qadar yang Allah tentukan.. Tapi sedarkah kita, dalam kita berusaha mengejar kekayaan dunia, adakah kita juga mengejar kekayaan akhirat? Ya.. kita bekerja kuat, kita rajin, kita berusaha.. tapi pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan? Nikmat yang paling MAHAL, yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.. nikmat KESIHATAN, MASA LAPANG, ISLAM dan nikmat menjadi umat Muhammad SAW.. Kita sibuk nak jadi kaya, padahal ada yang lebih miskin, lebih melarat, lebih susah daripada kita.. Mengapa kita terlalu jarang bersyukur?


Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.

"Tak sedap la lauk ni.. lain kali masak sedap2 tau.."
Yang ni memang slalu sangat dengar.. Memang manusia ni, hebat betul dengan pekerjaan "juri tak berbayar".. Sibuk komen sana komen sini.. Tak sedaplah, kurang garamlah.. kurang gula la, terlebih itu la, inilah..
Ini lah masalah manusia zaman sekarang, bila ada makanan, membazir, bila tak ada makanan, mulalah membebel.. Sedar atau tidak, ramaiiiiiiiiiiii lagi kat luar sana yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"? Saudara2 kita di Gaza, Palestin, Rohingya, Ghana, entah makan atau tidak? Sedangkan kita masih SEMPAT lagi nak 'banyak songeh', cerewet, dan memilih? Bersyukurlah.. Bersyukurlah... Kita masih diberi rezeki yang melimpah ruah...

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.”


Wahai akhi dan ukhty yang dikasihi..
Dalam gembira, jangan kita lupa pada pencipta. Dalam berseronok dan bersuka ria, jangan kita lupa untuk bersyukur kepadaNya.

Jika bukan kerana ALLAH yang Maha Pemurah, sudah tentu kita tidak mampu untuk mengecapi walaupun setitis dari nikmatNya. Tidak mampu untuk kita menghirup nafas walaupun sedetik cuma. 
Mari kita renung sejenak, apakah saudara seislam kita yang lain merasai seperti apa yang kita rasai ini?
Oleh itu, marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah. Panjatkanlah berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah kerana kita masih bisa sempurna, masih dapat mengecapi pelbagai kesenangan dan kemudahan yang diberikanNya...

Kalau kita bermuhasabah, merenung dan berfikir,, jika dibandingkan dengan musibah dan kenikmatan yang Allah berikan kepada kita yang manakah lebih banyak diberikan?


Sudah pasti kita tidak dapat membandingkan anugerahNya tidak terkira banyaknya nikmat yang kita perolehi berbanding sakit musibah sedikit yang Allah berikan…
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit"

Apakah golongan yang sedikit itu ?

“Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)

InsyaAllah.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang sedikit.. Amin...

Tuesday, 20 November 2012

Jadikan Aku Sebahagian Daripada Mereka..

"Seandainya Ada 100 Orang Pejuang Islam, Pastikan Salah Seorangnya Adalah Kamu... Seandainya Ada 10 Orang Pejuang Islam, Pastikan Salah Seorangnya Adalah Kamu... Seandainya Hanya Tinggal Seorang Pejuang Islam, Pastikan Dia Adalah kamu..fisabibillah.."


Allah Allah.. :'( Adik2ku hari ini kehilangan ayah.. kehilangan ibu.. adik2ku hari ini menjadi yatim piatu.. Apalah yang mampu aku lakukan ya Allah.. selain hanya berdoa ke hadratMu.. semoga melindungi adik2ku di tanah Palestin.. Gaza..Syria.. :'( Ya Allah.. hari ini manusia-manusia rakus itu mengambil nyawa-nyawa saudara-saudaraku.. Hari ini sauda-saudaraku bermati-matian demi mencapai cintaMu yang hakiki di akhirat sana.. :'( Hari ini aku lihat tanah Gaza dan Palestin dibanjiri peluru.. :'( Hari ini aku lihat tangisan pilu.. 


"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka, sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah."
( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )
Ya Allah.. :') Hari ini mereka derita.. Hari ini mereka tersiksa.. Hari ini mereka dizalimi.. Hari ini mereka hilang segalanya.. Gantikanlah penderitaan mereka dengan syurga yang indah di sana nanti..
Ya Allah.. Bagaimana aku masih bernafas, menghirup setiap cebisan hidup dengan penuh nikmat.. sedangkan adik-adikku, walau masih dalam pelukan ibu, sudah mampu mengangkat senjata..Mereka sudah mengerti apa itu FISABILILLAH.. :'( Ya Allah.. Gantikan derita hari ini, dengan kebahagiaan yang kekal abadi.. :'(  
 
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami

Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu....

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi.. masih mampukah kita melihat penderitaan mereka.. Masih mampukah kita berpeluk tubuh melihat tubuh mereka dirimbus ribuan peluru.. Masihkah kita mampu melihat mereka hilang segala-galanya.. Mereka berjuang sehingga ke akhir nafas, demi Islam tercinta.. Kita pula?... Masih enak dengan nikmat dunia.. Nikmat yang sementara.. 


Sama-salah kita doakan saudara-saudara kita.. semoga terus tabah, terus kuat dalam mempertahankan Islam.. Semoga Allah memberi balasan yang pedih buat Yahudi laknatullah dan Israel.. Dan jika boleh, jadilah salah seorang daripada mereka..
Amin2 ya Rabbal Alamin..


 "Kalaulah penegak agama dipanggil penjenayah,
kalaulah pengamal rasul dipanggil penjenayah,
kalauhlah org yg berusaha membebaskan Masjidil Aqsa dipanggil penjenayah,
saksikanlah wahai dunia..
AKULAH PENJENAYAH ITU!"

~ AL syahid syeikh AHMAD YASIN ~

Friday, 26 October 2012

Hurm.....

Allah..Allah..Allah.. :') Kepada siapa lagi tempatku mengadu selain Mu ya Allah.. 
Kadang-kadang terasa diri ini tidak kuat lagi.. :') Tapi telah Engkau nyatakan..

 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah; 5-6)
 
“…Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (At-Talaq; 2-3)

Ya Allah.. andai ini yang telah Engkau takdirkan buatku, maka permudahkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu.. Jauhkan aku dari kemurkaan-Mu..
:'( Oh Allah.. mengapa rapuhnya hati hambaMu ini?.. Mengapa mudah benar ia lekas berputus asa.. :'( Mengapa ya Allah.. Mengapa?.. :'( 

Mengapa aku tidak setabah manusia yang aku cintai? :'( Mengapa aku tidak mencontohi ketabahan baginda? :'( Sedangkan dugaan buatnya jauh lebih berat berbanding dugaanku? :'( 

Oh Allah.. :'( Mengapa hati ini lemah ya Allah.. :'( Mengapa aku tidak pernah mendalami makna tersirat di sebalik Al-Ankabut..

 "Adakah mereka dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji? (Al-Ankabut:2) 

Oh Allah.. Maafkan hambaMu ini.. Hatinya mudah goyah :'( Imannya mudah patah.. 
Maafkanlah hambaMu ini ya Rabb.. Sesungguhnya segala kesempurnaan hanyalah milikMu.. :'( 

Friday, 5 October 2012

Musibah, Sabar, Redha.. kembara mujahidah..

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. ^_^ sampai sudah ana.. di bumi anbiya..Musibah..Sabar..Redha.. ^^ MasyaAllah.. ^__^ dugaan datang dalam pelbagai bentuk..

"Adakah mereka dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji? (Al-Ankabut:2)
Ya.. ana sedang diuji.. dugaan mengetuk segenap pintu kehidupan.. Namun InsyaAllah.. hadapinya dengan redha.. kerana salah satu tanda sayangNya Allah kepada hambaNya, maka Dia datangkan hadiah berbentuk ujian kepada hambaNya.. ahhh ^^ biar saja! hadapi dengan senyuman!


Wink3** haa.. meh ana nak cerita sikit serba serbi pasal kehidupan mak2 arab, pak2 arab ni.. hihi.. Ana tinggal di Zagazig, tempat yang agak kekampungan.. mungkin suasananya berbeza dengan di Cairo, atau lain2 tempat.. tapi hari pertama je ana sampai sini, dahhhhhhhhhh nampak pak arab bergaduh.. kisah die camni.. Si pak arab A tak sengaja terlanggar pak arab B dengan motosikal die tuh.. ape lagi.. si pak Arab B ni bengang la.. tapi, si pak Arab A ni pulak kate yang pak arab B tu yang tak berhati-hati.. hihi.. lawak2.. tengah2 rancak bergaduh tu, datang sorang laki yang lalu lalang kat situ, die ckp "sollua'lan nabi" kat due2 orang pak arab yang tengah gaduh tu.. tibe2 pergaduhan tu terhenti macam tu je.. hihi.. lawak pon ade, takut pon ade.. haish..

Haa.. kepada akhi2 sekalian, jangan syok sangat ye.. minah2 arab ni memangggggggggg lawa!!! putih melepak, body solid, cantik menarik tertarik kau memang daboom, comey2, kiut miut.. haaa.. tapi jangan terkejut yee... pada pandangan ana sendiri, MOLEK LAGI awek2 kat malaysia ni.. bila sebut saja pasal budak malaysia kat pak2 arab, diorang akan cakap "AHSAN NAS".. ape tu ahsan nas? hehe... maksud dia "manusia terbaik" atau "sebaik2 manusia.." haa.. nak tahu sebab ape? sebabbbbbb...

1) minah2 arab ni bergaya buukan main lagi!!! sanggul tinggi2 macam bonggol unta, tudung tak tutp dada, tp bukan semua... tapi MAJORITINYA memang begitu..

2) minah2 arab ni bukannye lembut macam awek2 mesia nuhhh.. pada pandangan ana la, seganas2 pertuturan awek malaysia, adalah selemah2 lembut pertuturan awek arab.. haaa.. tak percaya? datang la sendiri.. baru nampak realitinya..

3) mak2 arab yang dah kawen, ana dengar cite, dorang akan duduk rumah.. makan minummmm je.. hihi.. tak tahulah kesahihan cerita ni.. jangan la terlalu percaya sangat ye.. tapi memang selalunya macam tu lah.. lepas kawen, suami akan tanggung semua, bini duduk rumah, masak tak payah, ape pun tak payah.. makan minum tido je.. sebab tu bila tua, ramai perempuan arab gemuk2.. hmm.. entahla betul ke tidak..

4) kalau kat arab, aduiiiiii.. pening kepala atas jalanraya!!! lampu isyarat pon takde!!! tunggang langgang jadinye! ana pun hampir2 je innalillah haritu.. gara2 pakcik teksi ni bawak laju sangat, tiba2 ada org melintas.. fuhh!!! dah la brek mengejut! hampir2 je kete belakang nak langgar kete yang kitorang naik tu.. T_T alhamdulillah.. mujur Allah masih sayang.. haa... kalau kat mesia?? lampu isyarat bersepah!! siap dengan polis trafik lagi! kalau hon sekali pon orang dah usyar pelik.. =.='' inikan pulak banyak kali.. tp kalau kat arab.. haiyoo!!! PONNNNNNNNNNNNNN PONNN PON!!!PONNNNN.....!!!

5) kat sini, sampah tu macam permandangan biase jeee.. merata-rata tepi jalan.. huhu.. orang2nye pon tak menjaga kebersihan.. hadui.. pengalaman ana yang paling tak dapat ana lupakan.. mase pegi cari tandas nak ambik wuduk.. ya Allah.. masuk2 je tandas tu, terus nak termuntah.. taik bersepah2 atas lantai. mak arab yang masuk toilet tu buat muke rilek macam taik tu perfum ambipur je =.='' haish.. so, ana pon cari la tandas lain.. alhamdulillah, ade tandas dan tempat solat sekali.. tapiiiiiiiiiii... T_T luar je nampak bersih.. masuk2 dalam, haduiiiii nak pengsan! sekotor2 tandas awam kat malaysia, adalah sebersih2 tandas kat arab ni ha!!

haa.. banyak lagi sebenarnya kelebihan negara sendiri yang kita tak tahu.. sebab tu la pak2 arab rajin sangat mengorat awek2 malaysia.. bile pegi je jalan2, mesti diorang akan tanye "DAH KAWEN KE BELUM?" hihi.. jadi jangan tanye kenapa awek2 malaysia kat tanah arab ni tiba2 mengaku "SUDAH KAHWIN" ye.. hihi..  cuma nak elakkan diri daripada pak2 arab ni je...

TAPIIIIII ^^ haa.. ade tapi lagi.. ape yang bestnye duk kat sini? haa.. yang bestnye ialah.. orang2 arab ni sangattttttttttttttttttttttttttttttttttt sangatttttttttttttttttttlah peramah dan baik hati.. walaupun diorang takde pape, tapi diorang akan tetap layan orang lain dengan layanan first class.. sebab bagi diorang, tetamu tu harus dihormati ^^ haaa.. itu la yang ana rasa tabikkk sangat kat diorang tuh.. makanan pon sedap2 :P hehe..

Haa.. nak tau lagi ape bagusnye orang Arab ni? haa.. masuk la mana2 kedai pon, takkan ada kedai yang pasang lagu2.. kirenye.. susahla nak dengar kedai2 yang pasang lagu.. nak tahu diorang pasang ape? haa.. diorang pasang kaset AL QURAN~~ kat malaysia susah nak cari kedai2 yang pasang bacaan Al Quran kan?

Lagi satu.. haa.. Diorang ni, kalau hari Jumaat, memang berlumba2 nak kasi sedekah kat orang.. hehe.. hari ni ana pegi makan kat satu restoran.. kitorang pesan ayam, 20 ketul.. ihh3.. dah la harga lebih kurang RM65, kitorang pulak 11 orang, bila kitorang nak pegi bayar je, cashier tu cakap ade orang dah bayarkan.. hihi.. ape lagi, terkejut beruk la kitorang.. rupa2nya, ada pak arab dah tolong bayarkan untuk kitorang.. ^^ baik kan hati diorang?

Haa.. duk sini, tak dapatla manja2 dengan keluarga.. semuanya kena buat sendiri.. huhu.. sedih2.. tapi itulah.. masalah datang tanpa henti.. :') kita harus tabah menghadapinya.. Jangan mengeluh.. ^^ hee.. ana rasa, sejak ana di bumi anbiya ini.. ana lebih faham apa itu erti pengorbanan.. apa itu erti kesabaran.. dan yang penting, apa itu erti PERSAHABATAN.. hee.. yang pasti, kat sini kita tak ada sahabat.. tapiiiiiiiiiiiiiiiii, kita ada KELUARGA ^__^ alhamdulillah.. insyaAllah jika ada kelapangan lagi, ana akan ceritakan lagi pengalaman pahit manis ana di bumi anbiya ini...Betulkan niatku ya Allah.. aku datang ke mesir, KERANA ALLAH..  maka aku terima segala dugaan yang Engkau berikan, dengan lapang hati, dan degan redha ya Allah.. kerana aku yakin, setiap dugaan yang Engkau berikan, adalah satu rahmat bagiku.. :) insyaAllah.. ^^

wink3** ^^ ini tempat ana menuntut ilmu..

Sunday, 16 September 2012

Berniqab Kerana Istiqamah atau Tabarruj?

Ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa’ yang betol2 menjaga syariatnya..

sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar yang di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan ‘kesolehan’ diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka…

semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len… di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz…

kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan ‘kesolehan’ diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi…

kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi…
selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana… dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz…

boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar…

justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa’ dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi…
sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan

“anti nampak solehah”
“ana menginginkan zaujah seperti ni”
“sejuknya mata memandang”
“tenangnya melihat kamu”

dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan ‘soleh’…

oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng’upload’kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu…

malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan “martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja”…

itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar…????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi…

adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah…???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???

seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..
tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..

“dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir”
-Al ahzab-

firman diatas merujuk kepada para sahabat… perkataan ‘isteri2′ nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM…

inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????
pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???

fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian…
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini…

duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya…
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya…
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa’ sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..

“antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anta nak beli..???”
xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi…

bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya…
lantas dye menjawab

“seandainya itu jawapan anta,begitu jugaklah jawpan kami”

ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu…
bila dahi ana kelihatan berkerut2,ustaz dan zaujahnya mampu meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara

“permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer… justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..

niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa’ itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa’ yang sangat tinggi nilaiannya… 

mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka ‘solehah’ tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa’ yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. 

mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat… dan ingatlah, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa’ yang berbeza…

kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa’ itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan…”

apabila ustaz selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran ‘pantai’..

YA ALLAH… begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf…

Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa…
dengarilah duhai anak2 solehah….

muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab…
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara….
dengarilah wahai mujahidah..

tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah…
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah…

akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang…. 
tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang… 
kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati… 

seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
renung2kanlah….


 “Katakanlah kepada wanita-wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.’” (Qs. An-Nuur: 31)

copy dari salah seorang sahabat ana. jazakallah khairan kathira :)
~perindu syurga~

Tuesday, 11 September 2012

Sakitnya Sakaratul Maut

Bismillahirrahmanirrohim.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. Lamanya blog ini dibiarkan bersarang.. huhu.. Teratak ana sudah penuh debu.. ^^'' Jadi hari ini ana nak hiaskan dengan sedikit muhasabah diri.. Semoga sama-sama mengamil iktibar.. :'D Hari ini ana nak berbicara tentang soal "JODOH YANG PASTI".. hihi.. sikit2 jodoh.. sikit2 jodoh..? Mana ada.. ini 'jodoh' lain la... "KEMATIAN"... haaa... ini lah jodoh kita yang PASTI.. :') Sudah bersediakah antum dan antunna sekalian menghadapinya?.. Atau masih leka dibuai enak dunia yang hanya sementara? :')


"Dan tidaklah kami menciptakan manusia sebelum engkau itu hidup kekal abadi , apakah kalau engkau meninggal dunia kemudian mereka akan kekal abadi? Tiap-tiap orang akan merasakan mati, dan kami mencuba kamu sekalian dengan adanya kejahatan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kepada kamilah kamu sekalian dikembalikan" surah Al Anbiyaa - ayat 34-35

Diterangkan bahawa malaikat maut itu disertai oleh 70 malaikat rahmat dan 70 malaikat siksa. Apabila dia mencabut roh seorang mukmin, maka roh itu akan diserahkan kepada malaikat rahmat dan mereka memberi berita gembira kepadanya dengan balasan syurga dan pahala, kemudian mereka membawanya naik ke langit sampai ke tempat derajat yang paling tinggi.
Dan apabila dia mencabut roh orang kafir, maka roh itu diserahkan kepada malaikat siksa kemudian mereka mengembalikan roh itu ke neraka Sijjin sampai ke tempat yang paling dasar. (Mathaali'ul Anwaari)


 Dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda:

"Kalau seandainya rasa sakit seutas rambut dari seorang mayat itu ditaruh di atas langit dan bumi, nescaya matilah penduduk langit dan bumi dengan izin Allah Taala. Kerana tiap-tiap rambut itu mengalami mati dan mati itu tidak terjadi pada sesuatu melainkan mati pula bersama semua anggota"
Dikatakan bahwa Malaikat Maut itu mempunyai 4 wajah:

1. di atas kepala
2. di mukanya
3. di punggungnya
4. di dua kakinya

Maka dia mencabut roh para Nabi A.S dan para malaikat dengan wajah di kepala, mencabut ruh para mukminin dengan wajah di depan/dimuka, mencabut roh para orang kafir dengan wajah dipunggung dan mencabut roh para jin dengan wajah di dua tapak kakinya.
Salah satu kakinya di jambatan Nerakan Jahim dan kaki yang lainnya di atas balai syurga. Dari besarnya Malaikat Maut itu kalau sekiranya semua air laut dan di seluruh sengai dituangkan di atas kepalanya, maka tidak ada setitispun air jatuh di atas bumi". (Mathaali'ul Anwaari)


 Diriwayatkan bahwa Nabi Isa A.s telah menghidupkan beberapa orang yang telah meninggal dunia dengan izin Allah Taala. Maka kata sementara orang kafir ," sungguh engkau telah menghidupkan orang yang telah mati apabila mereka masih baru, mungkin mereka belum mati betul. Maka cuba hidupkanlah untuk kami orang yang telah mati pada zaman yang pertama dahulu!".

Berkata Nabi Isa A.s," Pilihlah sekehendakmu"

Kata mereka," hidupkanlah Sam Bin Nuh"

Maka Nabi Isa A.s pun pergi ke kuburnya kemudian mengerjakan solat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah Taala. Dan Sam Bin Nuh pun hidup kembali sedang rambut kepala dan janggutnya sudah memutih.

Kata Nabi Isa A.s,"mengapa rambut kamu menjadi putih beruban seperti ini, sedangkan pada masamu dahulu belum terjadi?"

Berkata Sam Bin Nuh ,"saya telah mendengar panggilan mu dan saya kira hari kiamat telah datang, maka sungguh rambut dan janggut saya berubah menjadi putih beruban, dari sebab risikonya hari kiamat."

Bertanya Nabi Isa A.s," Semenjak berapa tahun engkau meninggal?"

Kata Sam," sejak 4 ribu tahun yang lalu, namun belum hilanglah rasa sakit sakaratul maut dan pedihnya".
(Durratun waa'izdiina)
Diriwayatkan dari Nabi SAW, bahawa beliau bersabda," Roh orang-orang mukmin itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di syurga, dan roh orang kafir itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di neraka". Mereka semua berkata," wahai Rasulullah, bagaimana orang mukmin boleh melihat tempatnya di syurga dan orang kafir boleh melihat tempatnya di neraka?''

Maka, Nabi SAW bersabda," Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan Malaikat Jibrail A.s dengan sebaik-baik bentuk dan mempunyai 600 sayap.Dari antara sayap2 itu terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung suari. Apabila dia menebarkan sayapnya maka memenuhi apa-apa yang terdapat di antara langit dan bumi. Dan di sayap kanan terdapat gambaran syurga dan apa-apa di dalamnya seperti bidadari, istana, kamar-kamar tingkat, para khadim, para pembantu dan anak-anak manakala di sayap kiri terdapat gambaran neraka Jahannam dan apa-apa yang di dalamnya seperti ular, kala jengking, kamar-kamar tingkat rendah dan Malaikat Zabaniah".

Maka apabila tiba ajal seorang hamba, maka masuklah sekelompok malaikat pada urat-uratnya dan menyerap rohnya dari kedua telapak kakinya sampai kedua lututnya. kemudia keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang kedua lalu menyerap rohnya dari kedua lututnya sampai pusatnya kemudian keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang ketiga dan menyerap rohnya dari perutnya sampai ke dadanya kemudian keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang ke4 dan menyerap rohnya dari dadanya sampai ke tenggorokannya, sebagaimana firman Allah Azzawajalla.

" Maka kalau (engkau boleh mengapa) tidak (engkau kembalikan) ketika roh sudah sampai ke tenggorokkan , padahal ketika itu kamu sekalian melihat". Surah Al Waqiah (83-84)

Pada waktu itu apabila dia seorang mukmin, maka Jibrail A.s menebarkan sayapnya yang kanan, sehingga dia melihat tempatnya di syurga dan dia merindukan serta terus memperhatikannya dan tidak mau melihat lainnya walaupun itu ayahnya, ibunya atau anak-anaknya dari sebab rindunya pada tempat itu.

Dan apabila dia (Yang akan meninggal) itu orang yang munafik, maka Malaikat Jibrail A.s akan menebarkan sayap kirinya, sehingga dia melihat tempatnya di neraka Jahannam, Naudzubillah hi minzalik, barang dijauhkan oleh Allah. Dan dia terus memperhatikannya dan tidak bisa melihat yang lainnya walaupun itu ayah, ibu atau anak-anaknya sendiri dari sebab susahnya terhadap tempat itu.

Berbahagialah bagi orang yang kuburnya merupakan pertamanan dari beberapa taman syurga dan celakalah orang yang kuburnya merupakan liang dari beberapa liang api neraka".(Kanzul Akbari)



Sakitnya sakaratul maut... Sedangkan Rasulullah yang amat dicintai oleh Allah pun merasai keperitan sakaratulmaut iaitu saat nyawanya hendak ditarik oleh malaikat Izrael... walhal Izrael menarik nyawa Rasulullah dengan lemah lembut dan paling halus... namun sakitnya sakaratul maut yang dihadapi oleh Rasulullah sehingga malaikat tidak sanggup memandang wajah Rasulullah...bukan kerana hinanya Rasul namun kerana teramat mulianya Rasulullah dan teramat cintanya malaikat kepada baginda sehingga tidak sanggup melihat kekasih Allah mengerang kesakitan...

Namun apa yg Rasulullah kata saat nyawanya ditarik...
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan kepada umatku”..

Lihat sayangnya Rasulullah pada umatnya sehingga tak sanggup melihat umatnya kesakitan menghadapi sakaratul maut...

Bagaimana keadaan kita nanti sewaktu sakaratu maut... tersenyum, menangis, melolong kesakitan, menjerit menahan kesakitan, terdiam seribu bahasa... wallahua'lam...

Sakitnya sakaratul maut bergantung kepada amalan kita dan cintanya Allah kepada kita namun kita hanya mampu berdoa dan meminta agar sakaratul maut kita nanti dalam keadaan yang baik dan kita dimatikan dalam khusnul khatimah... 
 
:') Ma'as Salamah.. Assalamualaikum..

Monday, 27 August 2012

Buat Ayahanda dan Bonda Tercinta

Assalamualaikum ayahanda yang dikasihi dan bonda yang anakanda cintai..
Semoga sentasa berada di bawah lindungan rahmat dariNya..

Ayahanda.. Bonda..
Tak lama lagi anakanda akan pergi jauh.. jauh ke negeri orang.. berhijrah serta jihad demi agama
Hati kata "berhenti..."
Iman kata "teruskan.."
Kerana cintanya anakanda kepada ayahanda dan bonda..
Anakanda buang jauh2 bisikan hati..
Hanya istiqamah dan tawakkal menjadi teman setia yang terus memujuk anakanda supaya jangan menyerah..

Ayahanda.. Bonda..
Biar bayangan anakanda hilang di balik awan sana..
Tapi anakanda mohon..
Jangan biarkan bayangan anakanda hilang dari hati ayahanda dan bonda..
Anakanda pergi tidak lama..
Doakan anakanda berjaya menjadi mujahiddah islamiyyah..
Menjadi PERINDU SYURGA yang juga dirindui yang Maha Pencipta..

Jika ada antara kita yang pergi menemui Sang Kekasih terlebih dahulu..
Jangan lupa mohon agar ditemukan di syurgaNya
Dalam setiap sujud.. jangan lupa tawadhuk dan redha..
Moga dengan kasih sayangNya, kita bakal bertemu lagi di akhirat sana..

Ayahanda.. Bonda...
Perjuangan ini memang pahit..
Penantian ini memang sakit..
Rindu ini memang perit..
Tetapi ayahanda dan bonda.. Di hujung jihad ini ada rahmatNya..
Dan perjuangan seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah terhenti..
Selagi kedua tapak kakinya tidak menginjak ke pintu syurga..
Moga anakanda pulang dengan kejayaan..

Ayahanda dan Bonda..
Sebelum kita jauh di mata.. izinkan anakanda memohon secebis keredhaan..
Secangkir restu dan sekalung doa..
Halalkan segala-galanya..
InsyaAllah bertemu lagi kita di bawah lindungan RahmanNya..

Ayahanda dan bonda..
Anakanda akhiri kalam dengan secebis doa..
Moga para malaikat mengaminkan doa anakanda..
Jazakallah khairan kathira buat ayahanda dan bonda..
Tanpa ayahanda dan bonda..
Mungkin anakanda tidak kenal erti perjuangan.. :)
Semoga kasih sayang Allah sentiasa menaungi setiap nafas ayahanda dan bonda..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
  

 ~ ayah bonda Perindu Syurga~ 
^___^

Sunday, 26 August 2012

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Assalamualaikum antum dan antunna sekalian ^^ Wink3** amboi2, nampak je tajuk ni, cepat je tekan link ni kan~ ^^ hihi.. Haaa.. kepada akhi2 yg masih "mencari" tu, boleh cuba cara ini untuk memikat si gadis. Tapi ingat, niat biarlah ingin dijadikan isteri, bukan untuk suka2 ye.. :) Dalam Islam, percintaan itu adalah satu anugerah, TAPI, harus dijaga dengan baik, biar berlandaskan syarak dan tidak melanggar segala larangan Allah SWT.. ^^ InsyaAllah tiada kecewa dalam agama. Istikarah, atau lakukan suna hajat, mohonlah petunjuk daripadaNya.. ^__^ Sesungguhnya Dialah yang memegang hati setiap hambaNya..




1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)


Hee.. ^^ Bagaimana? Mahu cuba? Bagi ana, lelaki yang mengamalkan cara di atas untuk memikat wanita, barulah digelar GENTLEMAN. ^___^ hehe.. bila pulak giliran ana.. :P hihi.. gurau saja yea ^__^ Ma'as salamah.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^

~perindu syurga~

Wednesday, 15 August 2012

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Hari ni ana terbaca satu artikel di facebook. Artikel yang sangat bermanfaat.. Rugilah jika ia tidak disebarkan sebagai peringatan semua.. Oleh itu ana mengambil keputusan untuk letak dalam blog ini.. Moga kita sama2 mendapat manfaatnya insyaAllah..

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagi kita semua.
 
 

Sunday, 12 August 2012

Kisah Cinta Seorang Wanita Kepada ALLAH.


Dalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.

Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.

Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”

Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”
Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”
Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .

Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.

Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”
 
 

Saturday, 11 August 2012

"Saya Nak Kahwin".. ♥

MAK ABAH.. "Saya Nak Kahwin".. ♥

Mak abah, saya nak kahwin.


Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin.

Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak abah saya nak kahwin.

Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.

Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin..

Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin.

Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak abah, saya nak kahwin.

Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak abah, saya nak kahwin..

Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin. 
 
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula

Mak abah, saya nak kahwin.

Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak abah, saya nak kahwin..

Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak abah, saya nak kahwin.

Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak abah, saya nak kahwin.

Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.

Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin..
 
 

Thursday, 9 August 2012

Makan Cara Niqabis

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. ^__^ Kaifa haluk? Tajuk entri ni rasanya memang menjadi pertanyaan umum, bagaimana seorang niqabis makan. Juga menjadi tanda tanya kepada muslimat yang baru ingin berniqab. Ana ade buat 'survey' tentang tajuk dengan sahabat2 ukhty yang berniqab ^__^ MasyaAllah.. sungguh Islam itu mudah..

Jwapan berserta penerangan, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu ukhty2 yang baru belajar berniqab ^__^ insyaAllah semoga dengan penerangan di bawah sedikit sebanyak membantu kalian..


Di bawah ni ana sertakan jawapan2 dari perbincangan kami..

1) Terpulang pada jenis niqab yang dipakai. Seperti biasa, membuka sedikit dan menundukkan pandangan serta tidak melengah2kan makanan yang hendak di makan.

sekiranya hari biasa seperti kemana-mana, ana akan pastikan purdah hitam mesir selapis atau dua lapis itu panjang sikit ke paras dada dan cutting purdah itu bukan lurus tetapi dia macam cutting kembang sikit dari atas ke bawah. Maka, senanglah ana untuk makan sampai orang tak tahu pun ana dah suapkan makanan dalam mulut dengan pantas. Minum sup ke apa ke, walaupun makan dengan tangan sekalipun, sangat mudah. mudah untuk tangan ana bergerak2 disebalik purdah tanpa purdah itu kotor.


2) few days ago, ana ada berbuka puasa bersama kakak sulung di masjid jamik KL tu, kitorg makan dekt tmpt muslimat.. and saya pakai niqablah semestinya...emm, dalam semua muslimat2 kt situ, saya sorg je yang berniqab and mereka sgt2 lah curious nk tgok cemana saya nk makan. saya tak salahkan mereka kerana terlalu curious smpi segala gerak geri saya diperhatikan! 

Wallahi, langsung tak salahkan mereka sebb dulu saya juga tertanya2, cemana perempuan itu makan.. SubhanaAllah.. walaupun dekt tmpt muslimat, dan free je utk ana bukak terus niqab tu, tapi ana ambil keputusan tidak membuka nya, cukuplah, memadai lah sekadar menyelak sedikit niqab yang dipakai, dengan izin Allah kan, kita dah cukup rasa selesa, Allah permudahkan segalanya utk kita. Apa yg nak dihighlight kt sini, hummm, kalau kita dah biasa buat bnde2 tu, kita xkan rasa susah, dan walaupun saya mkn di tmpt muslimat, yg adalah sedikit sorg dua muslimin tu, boleh je nk bukak sebb muslimin tu xpndg2 pun saya, cumanya, kita dah sematkan dalam hati kita, kita dah terbiasa, so buatlah mengikut keselesaan, yang tidak selesa, mungkin masih baru, kalau risau kan 'kesusahan' yg akan dialami, maka slow2 lah, bukak lah , then lepas dah practice lelama okay , selak2 je..saya xbukak niqab waktu tu, alasannya, sebb dah biasa, xde masalah lah nk mkn kt mana2, byk kot tips yg dh diberikan oleh sahabt2 niqabi yg lain, tips nk mkn kt tmpt umum, tips nk mkn burger, tips nk mkn kuah2 sup ke apa ke. so, amik ibrah, practice. Niqab langsunglaaaahhh tidak mmenyusahkan 

kedua, sebb saya rasa, biarlah wajah ni, disembunyikan (saya kalau boleh depan pompuan pun xnak tnjuk muka, ahaks >_< ) rasa cam 'better' kot masa tu :) huhu, xsusah, makanlah secara sopan dan comel. kita sume2 kan comel2 belakeee :p
*okay, salam ukhuwahfillah.*
*masa mula2 ana pakai niqab, ana xpernah bukak di tmpt umum, walaupun masih baru, biarlah nasi tumpah sikit2 atas baju kita, hehe, practice makes perfect! 


3)  xsalah buka xsalah salah tak buka...bergantung pada keselesaan..tapi sy akn ambil jalan bila tertutup maka ianya akn tertutup juga ketika makan..... hanya selakkan sedikit sahaja.... mudah dan ringkas...practice make perfect. :)

4) ‎1st time mkn kt rstorn msa bru kwin,dlm nqab..suami mcm tpgun n snyum..'oo mcm tu mkn dlm nqab..' dia snyum cumil sbb amt bhgia n bgga..alhmdulillah..mkn roti canai dgn grfu.. alhmdulillah xtmph, sbb ambl kuah skit je.. klw nk attend mjls mkn sy guna nqab yg xpjg. spy sng adjust..klw g knduri n tmpt asing, mmg slalu dprhatikn..agk kurg slesa, tp bhati2,sbb d prhatikn ajnabi ..

5)  sayapun tidak kisah dengan siapa teman saya makan di luar janji kawan sama2 islam saya pun suka makan di luar tapi saya tidak pernah buka niqab saya tapi saya selak sikit je alhamdulillah kenyang juga makan.. ^_^


Jadi bagaimana? ^__^ sudah jelas? Tidak salah jika bertanya dan tertanya-tanya,  kita sama2 manfaat ilmu yang kita sendiri pun tidak tahu mahupun orang lain.. Insya Allah, semua ilmu yang ada kita ada di sini, akan jadi satu perkara yang baik bagi semua niqabis. Insya Allah ada kemudahan dariNya..katakanlah.."cuku
plah Allah bagiku, sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran bagiku.."..wallahua'lam... Assif jiddan jika tidak cukup info atau sebagainya.. Yang baik datangnya daripada Rabbul Izzati.. Yang buruk itu kelemahan ana sendiri.. :) Ma'as Salamah..

Tuesday, 31 July 2012

Puasa Orang Miskin

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Mari sama2 muhasabah diri.. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.. :)
Sekadar renungan... .....buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. aku telah menemui sebuah rumah yang usang. rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. di serambi rumah itu ada beberapa ank kecil yang kelihatan lesu dan letih.


Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira kira 11 tahun: "mana emak? "mak pergi menoreh," jawabnya.. "mana bapak?" "bapak pergi kerja.." habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "adik ini syalah yang jaga."jawab budak berkenaan. " awk ada berapa orang adik beradik?" "sepuluh." adik ni yang ke berapa?" "saya yang kelapan." "mna abang2 kamu pergi?" "tolong emak menoreh.." "adik puasa hari ini?" "sama je pakcik, puasa ke tidak.. kami ni makan sekali je sehari.." jawabnya. 


Mendengar kata kata itu aku sungguh terharu. lalu aku bertanya lagi "adik bersekolah dimana?" "saya tak sekolah.. emak bapak tak mampu..". " bapak kerja apa?" "tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". .budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan mereka dapat makan kuih. ada saja orang yang hantar. 


Aku berlalu dari situ dgn seribu-satu keinsafan.. kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. aku beli satu kilo tulang lembu. di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. bila saja aku beri barang2 itu pada adiknya, dia melompat2 kegembiraan sambil menjerit "yeh yeh..! kita dapat makan daging mlm ni..!" .aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dgn ibu mereka. 


Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: ank yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "tiap2 hari mak buat sup, sedaplah pakcik.. "aku bertanya kepada emaknya mcm mane dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu. dia telah berpesan kepada anak2nya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. dia kutip semula semu tulang2 itu dan merebusnya. itulah yang dia lakukan setiap hari. dia berkata"kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pn dh lebih dari cukup untuk anak2 saya. dia orang suka sangat." 


Aku bertanya lagi" upah menoreh berapa makcik dapat?" "cuma RM 3.00 sehari." "ayahnya bekerja mcm mna" "kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. pernahkaj anda menghidup air rebusan tulang yang direbus selmula sepanjang hidup anda? atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging2 yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? 


Adik2 kawan2 cuba ambil pengajaran dari kisah ini...mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pn kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. belajar lah bersyukur dgn apa yang kita ada. jgn mengeluh sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kesempitan. dan bagi yang mampu, jgnlah kedekut untuk bersedekah sbgai tanda ingatan kita pada yang memerlukan. setiap sen yang kita miliki, bukan hak kita sepenuhnya. bersedekahlah allah beri kekayaan iman untuk bekalan kita diakhirat kelak..


-luahan dari seorang hamba Allah-

Thursday, 26 July 2012

Istikarah Cinta..

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Nama mu kah yang tertulis di lauhul mahfuz sana?
Engkau kah yang bakal menemaniku berjalan menuju syurga?
Dirimu kah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai ikhwan

Adakah kau yang tercipta untukku?

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerana jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita,Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai ikhwan,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku apabila waktunya telah tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia.
Akan aku cipta cinta bersama Dia,
Sebelum aku cipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang setiap nyawa..
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha Mengetahui segala..

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) [An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini karena Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4-5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat: 30]

Dan ketika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,Allah itu dekat,Yakin pasti.

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah agar aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauan ku,
Berdoa lah agar tiada sang kumbang durjana yg merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga senantiasa mendoa kan mu agar engkau senantiasa dalam peliharaNya..

Aku redha ya Allah... LA TAHZAN.. :')


Wednesday, 25 July 2012

Kisah Yang Sangat 'Menyayat' Hati

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^ Hihihi.. Pagi2 lagi ana dah bukak fesbuk dan terjah akhi Ibnu Batoota ^^ Huhuhu.. Sini ana kopipes  status beliau :D Moga2 sedikit sebanyak menceriakan hari antum semua ^___^
Seorang raja yang zalim telah menangkap seorang ulama. Raja itu berniat mahu membunuh ulama tersebut tetapi dia perlu mencari helah yang relevan. Maka, dia pun berkata kepada ulama itu, "Di sekeliling kamu ini terdapat tiga pintu. Di kiri, di kanan dan pintu utama. Cuba kamu teka, dari pintu manakah beta akan keluar? Jika jawapanmu salah, beta bunuh kamu!”

Jawab si ulama, “Wahai tuanku. Jika tuanku memang sudah berniat untuk membunuh patik, dari pintu mana pun tuanku keluar, patik tetap akan dibunuh. Jika patik teka pintu kiri, nanti tuanku keluar pintu kanan. Kalau patik teka pintu kanan, nanti tuanku keluar pintu kiri. Namun, jika tuanku tidak berniat mahu membunuh patik, tuanku akan keluar melalui pintu mana yang patik teka.”

“Beta tidak kira! Beta mahu kamu teka juga!”
“Baiklah. Jika begitu, izinkan patik bersolat untuk memohon petunjuk daripada Allah.”
Maka, kemudian beliau pun bersolat dan berdoa kepada Allah agar Allah menyelamatkannya. Sejurus selepas itu, beliau berkata, “Tuanku, patik akan meneka. Tapi, patik akan tulis di atas kertas. Tuanku jangan buka kertas ini selagi tuanku tidak keluar daripada istana.”
“Baiklah, beta setuju.” Kemudian, ulama itu pun menulis di atas sekeping kertas. Si raja mulai bingung. Dia tidak tahu jawapan si ulama itu. Maka, dia pun bertanya kepada exco-exconya. “Bagaimana pendapat kalian, pintu manakah beta patut keluar? Beta tidak tahu jawapannya. Jika beta keluar ikut kiri, takut-takut, jawapan dia tulis itu, pintu kiri. Kalau beta keluar ikut pintu kanan, takut-takut jawapannya itu memang pintu kanan. Maka, dia akan terlepas. Padahal beta mahu membunuhnya.”

Maka, seorang exco yang agak cerdik memberikan cadangan, “Tuanku jangan keluar ikut mana-mana pintu. Tapi, tuanku keluar ikut bumbung!”
“Ya! Itu idea yang bagus!” Maka, si raja pun menuruti idea itu. Dia memanjat tangga dan keluar ikut bumbung istana. Tatkala sudah keluar, sambil tersenyum dia pun membuka surat daripada ulama itu. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengenakan hukuman bunuh kepada ulama tersebut.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati, jawapan dalam surat itu tertulis, “Tuanku keluar ikut bumbung.”
Toing!

note: menyengat hati kan? ...senyum pagi.. XD hihihi
hihi ^^ comelkan gambar ni? Biarpun tak ada kaitan dgn tajuk, tapi adek solehah ni terlalu comel ni >< tgok mata dia yang bulat tu!!! O.O