BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 January 2012

Hidayah Allah: Mencari Atau Menunggu?


Assalamualaikum akhi dan ukhty sekalian.. ^^ Hmm.. menarik tak tajuk ni??  Selalu kita dengar orang cakap "Aku bukannye taknak berubah, tapi HIDAYAH BELOM SAMPAI, nanti sampai aku berubahlah!" amboi amboi amboi... bukan main lagi.. Macam mana kalau belum sempat 'menerima' hidayah, tiba-tiba AJAL yang kita terima dahulu?? haaa.... JAWAB!!! 

Surah Al-'ankabut [29:69] Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. 


Dalam al-quran sendiri menyatakan, HIDAYAH tak akan datang jika kita tak cari. So, masih MENUNGGU hidayah ke?? Nanti bila Izrail datang nak cabut nyawa kita, boleh ke kite cakap "KEJAP LA, AKU BELUM TERIMA HIDAYAH, BOLEH TAK TANGGUHKAN KEMATIAN AKU??" Boleh ke kite cakap macam tu kat Izrail nanti?? Fikir-fikirkan..

Ade yang baru-baru ni berdebat hebat dengan fika di laman facebook, katanya HIDAYAH SEMUA ORANG BOLEH DAPAT. Maaf, bukan berniat mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar menjelaskan tentang terdapat SEGELINTIR golongan yang berpendapat begitu. Apa jawapan untuk statement ni? Betulkah semua orang akan dapat hidayah??? Kalau macam tu, tak payah lah kita bersusah payah buat baik, hidayah akan datang nanti sendiri, tak payah cari. Macam tu? :) Salah sama sekali.. 

  “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Haa... nampak?? hanya yang ALLAH KEHENDAKI sahaja yang akan mendapat hidayah.. Macam mana nak buat kita jadi yang "DIKEHENDAKI" tu yea?? Mudah.. BERDOALAH kepadaNya.. Sesungguhnya Allah telah berfirman "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doamu" :) 

Jadi akhi dan ukhty sekalian.. perlukah kita MENUNGGU HIDAYAH?? Atau MENCARI HIDAYAH? Allah memberikan kita nikmat yang paling indah iaitu AKAL... Gunakan sebaiknya.. fikir-fikirkanlah..


Hmmm.. macam mana? masih tak mahu mengalah?? Masih dengan pendapat " ISH.. SIBUKNYE DIA NI NAK JAGA TEPI KAIN ORANG.. MATI KAN KUBUR LAIN2.. YANG SIBUK SANGAT KENAPE??? " Hihi.. jangan la marah2.. tak baik..  Memang la mati kubur lain2, tapi kena ingat dik, KALAU KITA MATI, KITA MANDIKAN DIRI SENDIRI, KITA BUNGKUS DIRI SENDIRI DENGAN KAIN KAFAN, KITA TERJUN SENDIRI DALAM LIANG LAHAD, KITA TALKINKAN DIRI SENDIRI tak apela.. tapi sebenarnya, siapa yang buat itu semua nanti?? ORANG LAIN.............. Jadi kena ingat, hidup janganlah sombong.. 

Allah berfirman yang bermaksud:
 “Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Haaa.. macam mana? masih nak sombongkah??

Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Tak cukup lagi??? Baca yang ni pulak!!!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu adalah khilaf fika sendiri.. Maaf andai coretan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak senang hati bagi segelintir yang membacanya. tetapi ada hadis mengatakan "BERKATALAH BENAR WALAUPU PAHIT"


Assalamualaikum..  
- prindu syurga - 

Monday, 30 January 2012

MANUSIA LEBIH TERUK DARIPADA IBLIS??? KENAPA YEA???

Assalamualaikum akhi dan ukhty sekalian... ^^ Terkejut baca tajuk ni?? Haa.. Hari ni fika nak cerita sikit.. kenapelaaaaaaaaaaaa fika cakap MANUSIA ni LEBIH TERUK daripada IBLIS.. Haa.. bukan semua tau!!! SEGELINTIR sahaja............................... hehe.. rasanya di akhir zaman ni, LEBIH DARIDAPA SEGELINTIR rasanya.. ^^ betol tak??


Haa... Semua orang tahu kan? Bahawa iblis laknatullah akan dicampak ke neraka di akhirat nanti HANYA KERANA DIA TIDAK MAHU SUJUD KEPADA ADAM....



Firman Allah SWT,

“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam ”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis ; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”. (Al-Baqarah 034)


TETAPI!!!! haa.. manusia akhir zaman ni lebih HEBAT daripada IBLIS.. nak tahu kenapa.. haa.. YANG TAK SOLAT TU LAHHHHH yang lebih teruk daripada iblis! Sebab apa?? Sebab bila kita tak nak solat, bererti KITA TIDAK MAHU MENYEMBAH ALLAH SWT. Jadi siapa lebih teruk??? Manusia yang tidak mahu menunaikan solat, atau IBLIS LAKNATULLAH??


TAHUKAH ANDA???? IJAJIL(iblis) telah menghabiskan 1000 TAHUN menyembah ALLAH SWT, tetapi hanya kerana SATU kesalahan, dia dikutuk sebagai IBLIS, dan DIUSIR DARI SYURGA kerana SIKAP SOMBONGNYA yang tidak mahu menyembah Adam. Bagaimana pula kita manusia yang BERTIMBUN-TIMBUN dengan dosa ini??? TIDAK MALUKAH dengan IBLIS????? da yang paling penting, TIDAK TAKUTKAH DENGAN AZAB ALLAH??? siapa lebih sombong??? fikir-fikirkanlah..


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Ra katanya "saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi didalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kotoran (pada badannya)?" Para sahabat Ra menjawab, "tidak akan tertinggal sedikitpun kotoran", Rasulullah SAW bersabda , "Maka demikianlahlah juga solat lima waktu, melaluinya Allah SWT akan mengampunkan dosanya"

Hmm.. manusia yang tidak mahu menunaikan solat sememangnya TIDAK TAHU BERSYUKUR! Kerana apa? Kerana Allah telah berfirman, "Mohonlah kepadaku nescaya akan aku perkenankan doamu".. Bukankah kita tidak tahu bersyukur sekiranya kita tidak bersolat? Siapa yang menjadikan kita? Siapa yang telah memberi kita nyawa? Siapa yang masih memberi peluang kepada kita untuk terus bernafas sehingga hari ini?? Semestinya ALLAH SWT.. Tetapi kita masih tidak tahu bersyukur, dan sombong berpijak di atas buminya! MEMANG TAK MALU! 

Oleh itu akhi dan ukhty sekalian.. mari sama-sama muhasabah diri... betapa kita tidak tahu bersyukur... Tahukah anda.. bahawa iblis laknatullah sangat hairan melihat manusia.. Kerana apa? Kerana dia dikeluarkan dari syurga hanya kerana tidak mahu menyembah adam, tetapi UMAT NABI MUHAMMAD SAW akan tetap dimasukkan ke syurga, walaupun dosanya terlalu banyak, dan akan dimasukkan ke neraka dahulu sebelum di'transfer' ke syurga!! Sedangkan kita lebih teruk, jika tidak mahu MENYEMBAH ALLAH SWT!



Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 azab ke atasnya."

Tiga azab semasa di dunia:
1. Allah s.w.t akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2· Allah s.w.t mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.3· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga azab ketika hampir mati:
1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2· Dia akan merasa amat pedih ketika ruh dicabut keluar.3· Dia akan hilang keimanannya.

Tiga azab dalam kubur:
1. Dia sukar menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir.
2. Kuburnya amat gelap.
3· Kuburnya menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga azab menanti di hari kiamat:
1.Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2· Allah s.w.t sangat murka kepadanya.
3· Allah s.w.t akan menyiksanya dengan api neraka.




Haa.. MACAM MANA??? MASIH NAK MELAKUKAN MAKSIAT??? BOLEH SAJA....ISLAM TAK MELARANG MANUSIA MELAKUKAN MAKSIAT...  TAPI ADA SYARATNYA ^^ NAK TAHU SYARAT-SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT?? HAA... SILA KLIK SINI!!!

- perindu syurga -

SEGMEN : SEDETIK LEBIH BERSAMA IBU DAN AYAH







haaaa.. nak join segmen ni?? haa.. klik kat SINI ^^

Assalamualaikum akhi dan ukhty sekalian :) Haa... apa topik hari ni? Topik hari ni berkisar tentang MAMA DAN ABAH fika ^^ haa.. tajuk die SEGMEN : SEDETIK LEBIH BERSAMA IBU DAN AYAH  :D


Haa.. fika mulakan yea.. Bismillahirrahmanirrahim..


Once upon a time.......................


Hmm... mase kecik2 dulu.. fika duk kat Kampung Permatang Pauh.. Haa.. nak dijadikan cerita, mase fika kecik-kecik dulu, mama dengan abah tak ade kete lagi time tu, moto pon takde.. hehe... So, kalau kitorang pegi jejalan, tambah2 time nak beli baju raya, haa... kitorang naik bas je anak beranak ^^ hehe... Jiran seblah rumah, merangkap TOK SU kepade fika, sgttttttttttlah baik orangnye.. haa.. die ade satu beskal, so kalau abah nak hantar fika gi taski, die akan pinjamkan abah basikal die ^^  


Haa... oke.. PADA SUATU HARI, tok su fika beli moto ^^ hehe.. ape lagi, dengan baik hatinye, die bagi kitorang beskal die tu ^^ haa.. time tu, tuhan saje tawu betape seronoknye kitorang.. Padahal dapat beskal je pon.. hehehe.. ='> Ape lagi, abah pun bawak la fika ronda sakan ^^ heeeeee.. seronok sangat.. Ye lah, kitorang bukan orang senang, bile dapat adiah camtu pun, dah rasa syukurrrr alhamdulillah sangat-sangat ^^


Hehe... tidak lama kemudian, Allah limpahkan rezeki buat kami ^^ Abah beli sebuah motosikal yang agak comel hehe.. Kaler maroon ^^ Huhu.. Tak tahu la motosikal jename ape.. tapi ala-ala vespa la jugak  :P hehe.. Haa.. lagi satu yang istimewanye.. Tok wan fika, ade beca tau ^^ Soooooo kalau abah keje, kadang-kadang tok wan yang hantarkan ke sekolah. Biarpun naik beca, betul-betul seronok ni!!!! Angin yang menghembus-hembus.. wahhhh~~ Sangat buat fika mengantuk.. Ehhh.. tibe-tibe masuk cerita tentang tok wan pulak ^^ hehe... oke-oke.. sekali sekala kita melencong mengambil udara segar sekejap, ye tak?? ^^


Haaa... SEMENTARA ITU...... Mama pulak pagi-pagi lagi lepas subuh dah bungkus-bungkus nasik lemak untuk buat jual ^^ Haa.. nasib baik ade orang kampung yang baik hati, selalu pesan kat mama supaya buat nasik lemak, die boleh tolong jualkan, sebab die jugak seorang peniaga ^^ Kirenye mama tumpang jual nasik lemak la kat kedai die ^^ Haa.. acetu~


Fika teringat lagi.. ade satu hari tu, mama terlewat buat nasik lemak, so.. pakcik tu dah pegi niage tanpe ambik nasik lemak yang mama dah bungkus penat-penat.. :'( Teruk mama menangis sebab mama cakap nanti tak ade orang yang nak habiskan.. Dah la tu, duit pun terbazir macam tu je.. Sooooooooooooo ^^ Ape lagi!!! Fika pun bawak la nasik-nasik lemak tu~~ BUKAK SALEEEEEEEEEEEEEE kat skolah heheheheh... ^^ Ramai tau puji mama masak sedap ^^ hehe... hello?? tengokla mama sape.. EHHH BUKAN!!! "hello~~ tgoklah anak die" hehehe...


Hmmm.. ape lagi yea yang best waktu fika 'muda-muda' dulu?? Ohhh yea.. ^^ Nak tahu sesuatu yang menarik?? Haa.. Sepanjang fika bersekolah taski.. TAK PERNAH SEKALI PUN, fika periksa dapat no selain 1 haa...Tapi bile dah masuk sekolah menengah, wahh!!!! ramainye pesaing!! heheh..  Alhamdulillah.. bukan nak riak atau sombong, tapi mama dengan abah sangat tekankan tentang pelajaran. Kalau fika salah walaupun satu soalan, teruk fika kene 'cuci' ngan abah.. heheh.. Alhamdulillah, berkat ketegasan abah dan mama lah, fika sekarang hampir berjaya dalam hidup.. Fika dapat tawaran belajar Medik di RUSSIA dan MESIR.. haaa.. Fika tak pernah menyesal mama dan abah marah teruk kat fika dulu kalau fika buat salah dalam exam.. Kalaulah mama dan abah tak buat macam tu.. entah macam mane kehidupan fika sekarang.. ^^ Haa.. sooooooooooooooooo bagi anak-anak, INGAT!!!!! Ape yang mak ayah kite buat semuaaaaanya untuk kebaikan kita jugak!! FAHAM?? ^^

 Hehehe... fika ni, sorangggg je anak perempuan dalam keluarga ^^ So, mama dan abah perlu beri perhatian lebih sedikit :) Maklumlah, anak perempuan lebih susah nak jaga.. Hmm.. dulu.. waktu abah balik keje, abah akan tunjuk tapak tangan die kat fika.. haa.. bukan nak suruh fika tilik nasiblah.. =.='' tapi.. abah nak tunjuk.. tangan die dah kasar.. dah jadi kematu.. banyak parut-parut kecil.. fika faham ape maksud abah.. :) Abah nak fika tawu, betapa susah mencari rezeki.. haa.. nak tawu abah fika keje ape??? ^^ Cuba ambil sesuatu yg beratnya lebih daripada 50 KILOGRAM, letakkan atas bahu, dan jalan selame mane yang boleh.. haa.. siksa kan?? :) Abah fika keje buruh je.. buruh yang angkat guni-guni dedak ayam.. :) Tapi fika bangga dengan abah.. Kerana nak sekolahkan fika, guni dedak yang lebih berat daripada berat badan abah sendiri pun abah mampu tanggung atas bahu.. :'D Hee.. abah fika hebat!!!! Subhanallah.. Allah melemparka rasa kasih sayang yang begitu tinggi dalam jiwa abah.. sampai pekerjaan sesiksa itu pun abah sanggup tahan.. hanya untuk menyekolahkan anak-anak ^^


Haaa........... Ape lagi nak cite ea..hehe.. coret panjang-panjang pun bukannye korang rajin sangat nak bacenye pun ^^ haa..So, fika nak pesan.. sesape yang ade lagi mak dan ayah tu, hargai mereka sebaik mungkin.. :) Mereka selalu cuba memberikan yang terbaik untuk kita.. Jangan derhaka.. sesungguhnya anak yang derhaka tidak akan mencium bau syurga.. Fika bukan orang senang, tapi Allah berikan fika harta terbaik di atas muka bumi ni.. iaitu MAMA dan ABAH.. :') syukran ya Allah.. 

Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA,
SOLAT TIANG AGAMA,
AKHIRAT itu SELAMANYA,
AMAL itu BEKALNYA,
DOA itu SENJATA,
dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA..


Assalamualaikum ^^ dah habesssssssss... tamat ^^  "And they live happily ever after~"


hehe.. fika nak tag kat orang-orang tersayang sikit.. meh sini meh 

p/s: MAAF.. TAK ADA GAMBAR UNTUK FIKA TUNJUKKAN.. :) CUKUP SEKADAR PARA PEMBACA GAMBARKAN SENDIRI DALAM MINDA.. yang indah bukan pada gambar, tapi pada MEMORI :) assalamualaikum..

- perindu syurga -

ANUGERAH JUARA LAGU ATAU ANUGERAH FII SABILILLAH??

Assalamualaikum teman2.. Hari ni fika nak ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku pada tanggal 29 JANUARI 2012. Ingatkah anda pada tarikh tersebut? Di mana ramai antara kita yang berdebar-debar, teruja, gembira, tidak sabar... menantikan detik-detik ANUGERAH JUARA LAGU yang bakal mempamerkan artis-artis kesayangan anda.. 

Di mana anda pada malam itu? Sudah tentu di hadapan kaca televisyen menanti detik2 'penuh bermakna' itu.. TETAPI............................. SEDARKAH ANDA???? Pada malam tanggal 29 JANUARI 2012, saudara kita yang baru berusia 11 tahun, telah MATI SYAHID demi mempertahankan agama, maruah, serta negara beliau di PALESTIN. 

Ketika itu, kita semua bersorak-sorak tanda gembira, kerana artis kesayangan kita telah menggondol JUARA ANUGERAH ITU.. JUARA ANUGERAH INI.. Tetapi mengapa kita tidak menangis gembira, apabila saudara kita  AS SYAHID FARIS A'UDAH telah MENANG SEBAGAI PEJUANG MUDA, MENANG SEBAGAI TENTERA ALLAH YANG JIHAD FI SABILILLAH??? 


SIAPA PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 2012??? siapa CALON-CALONNYA?? Pasti anda dapat mengingati dengan baik, bagaimana persembahan artis kesayangan anda, baju apa yang dipakai, cantik atau tidak... 

Budak ini ialah AS SYAHID FARIS 'AUDAH.. Berusia 11 tahun.. Kenapa budak ini??
Kebaraniannya yang kita kena ambil, Semangatnya yang kita kena jadikan pembakar.. Hanya jarak 10 meter dari kerete kebal itu dia mencari, mengutip batu2 agar YAHUDI LAKNATULLAH itu berundur dari kampungnya..
  
 Faris Audah pun mati syahid pada malam harinya. Setelah komandan pasukan Israel LAKNATULLAH memerintahkan menggeledah seluruh rumah untuk menangkap dan membunuh Audah, sang pejuagng muda.

Mereka berfikir panjang; membiarkan Faris meningkat dewasa seperti menyimpan bom jangka bagi Israel LAKNATULLAH. Faris berpotensi menjadi IKON pejuang handal, seperti Imad Aqil, Yahya Ayyasy dan Mahmud Abu Hannud.

Bagaimana kita di Malaysia? Masih mampu berhibur, sedangkan PENGHUNI SYURGA ALLAH ini sudah tentu mendapat mahligai yang lebih indah di akhirat sana.. Mari renungkan.. 


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali"

WALLAHUALAM.. semoga kita sama-sama beroleh manfaat.. 

- perindu syurga -

Sunday, 29 January 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA


Assalamualaikum teman2.. :) hari ni fika nak kongsi satu kisah yang fika baca dari facebook. Betul2 membuatkan fika rasa terharu dan mengalirkan air mata. Sangat menyentuh hati.. Walaupun baca babyak kali pun, tetap rasa macam nak menangis jugak :') Nak tahu kisah ape? Jom baca same2..

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA
by Ustaz Nasir on Thursday, January 5, 2012 at 4:01pm

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..

ISTERI YANG TERBAIK....

SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

*********************************************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.


Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.


Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

*********************************************************************************


Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..

Friday, 27 January 2012

BIDADARI SYURGA VS WANITA DUNIA


Assalamualaikum ukhty dan akhi sekalian ^^
Hari ni fika nak tulis tentang BIDADARI SYURGA VS WANITA DUNIA..



Memang tak dapat dinafikan, bidadari syurga Allah sememangnya indah.. sehinggakan walau sehelai rambut mereka gugur ke bumi, mampu mebuatkan para muslimin di dunia menjadi gila dek keharuman rambutnya yang bagaikan kasturi itu.. Jadi sememangnya wanita dunia, KEBANYAKANnya memang sangat cemburukan BIDADARI SYURGA ALLAH SWT.. :) Tapi saudari-saudari ukhty.. janganlah bimbang.. kerana wanita di dunia ini boleh menjadi 700 kali ganda lebih cantik, lebih indah daripada bidadari syurga.. :) 

Bagaimana caranya menjadi 700 kali ganda lebih cantik daripada bidadari? .. Mudah.. Jadilah WANITA SOLEHAH.. kerana sesungguhnya wanita solehah itu adalah ketua bagi bidadari-bidadari syurga Allah nanti.. 

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Ali bahwa Rasulullah bersabda " Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat berkumpulnya semua bidadari. Mereka menyeru dgn suara2 yg belum pernah di dgr oleh semua makhluk di dunia. Mereka berkata " Kami adalah wanita2 abadi yg tidak akn binasa... kami adalah wanita yg selalau berghairah dan tidak putus asa... dan kami adalah wanita2 yg selalu redha dan tidak pernah marah... Sungguh beruntung org yg menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya " Kata Abu Isa Tarmidzi, hadis Ali ini adalah Hadis gharib.



Aisyah berkata " mendengar ucapan para bidadari tersebut.. wanita2 beriman dari kaum hawa dunia menjawab " kami wanita2 yg menunaikan solat dan kalian tidak pernah solat. Kami wanita2 yg menjalanakn ibadah puasa, dan kalian tidak pernah berpuasa. Kami wanita2 yg berwuduk, dan kalian tidak pernah berwuduk. Kami adalah wanita2 yg suka bersedekah dan kalian tidak pernah bersedekah. Jadi kami kaum muslimah dunia sanggup mengalahkan para bidadari tersebut. "

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, dari Rasydin, dari Ibnu An'am, dari Hibban bin Abu Jabalah bahwa ia berkata " Sesungguhnya wanita2 dunia yang masuk syurga, mereka memiliki kelebihan ke atas bidadari disebabkan amal-amal mereka di dunia" 

Haa... oleh itu, jangan kita cemburu kepada bidadari-bidadari lagi ^^ Sesungguhnya dengan menjadi wanita solehah, kita mampu menjadi sehebat mereka. Buatlah BIDADARI SYURGA pula yang cemburukan wanita dunia ^^ 
Wallahualam.. :)



Dari buku " Rahasia Kematian, Alam akhirat & Kiamat " oleh Imam Al-Qurtubi.

- perindu syurga -

Thursday, 26 January 2012

Bidadari Dunia........


Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan diakhirat nanti?.
Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi impian dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa?. 
Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya?


 Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. 

Yang merindukan keredhaan Allah dan rasul-Nya..
Selalu terbayang dalam pelupuk matanya surga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. 
Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.
Duhai betapa elok dan indah akhlaknya, bila ia belum bersuami maka berbaktilah kepada kedua orang tua.. Ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya.

Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar yaitu manhaj salafuna soleh. Berani meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya, sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalan hamba-hamba-Nya.Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insya Allah engkau akan menjadi penghuni surga yang cantik jelita itu.

Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu karena melihat sulitnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga segala tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya.Dan, renungkanlah  apabila engkau berhasil mencapai 'wanita solehah' (bidadari dunia) semua adalah karena dari Rabbmu semata, bersyukurlah atas nikmat ini dan janganlah sekali-kali engkau takabur. Ingatlah selalu firman-Nya :
“Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah”  (huud:88). 
Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi kita semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan tentu saja diakhirat nanti, Insya Allah.
Sumber: Assunnah


Gambaran Keindahan Syurga Allah..

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh.

Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: "Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali."

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
"Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."




Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun. 




Sungai-Sungai di Syurga

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
"Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?" (sudah tentu tidak sama!). 




Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya. 




Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
"Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu."

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Al-Kausar: 1-2-3).



Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.


Syurga itu Bertingkat-Tingkat

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya. 




Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat"

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

Taman-Taman Di Syurga

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang. 




At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga

Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :

= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah."

Jelaslah pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga

Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak." 




Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya."

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:

"Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka."

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:

"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim). 





Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan, tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).

Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).

Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.: 




"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih." 


Wallahualam..

Wednesday, 25 January 2012

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

5 Syarat Untuk Bermaksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "


2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.


3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"