BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 March 2012

Jangan berputus asa dari rahmat Allah..

Bismillahirrahmanirrohim.. Assalamualaikum akhi dan ukhty.. 
 Hari ini Fika nak berkongsi salah satu riwayat yang sangat Fika gemari. Apabila rasa berputus asa semakin memuncak, rasa sedih semakin menebal, rasa kecewa semakin melarat, riwayat ini sentiasa menjadikan Fika kuat semula untuk bangkit kembali.. Rasa seolah-olah diri ini sentiasa diperhatikan, walau dalam lena, Allah sentiasa "berjaga" untuk memerhatikan setiap hambaNya.. 

Kadang-kadang apabila kita menulis sesuatu yang berupa dakwah, ia disalah ertikan. Kononnya nak tunjuk ustazah. Berlagak alim, padahal tak baik mana pun. Manusia.. Tak pernah terlepas dari "menghakimi" orang lain.. teringat pula kata-kata seorang akhi terhadap ana, katanya "manusia.. mati dulu baru diam".. Bunyinya kasar sekali. Tapi itulah hakikatnya.. manusia sentiasa ingin mencari kesalahan orang lain. Padahal dalam al-quran telah dinyatakan "Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)"
Kadang-kadang rasa diri terlalu hina. Adakah salah jika kita menyebarkan kebaikan? Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, dan siapalah kita untuk menghakimi orang lain.. Sedangkan HAKIM jua akan dihisab oleh ALLAH S.W.T di akhirat nanti.. :) Rasanya ramai juga rakan seperjuangan yang PASTI mengalami keadaan ini.. Tak apa, biar HINA di mata MANUSIA, jangan HINA di mata PENCIPTA. :) 
Ibnu Mas’ud berkata: Allah s.w.t. bertanya:

Wahai hambaKu, mengapa kamu berputus asa dari rahmatKu? Bukankah Aku yang menciptakanmu dan yang memberimu keamanan? Kenapa kamu bersikap bodoh kepadaKu, seakan-akan kamu tidak mengenalKu, dan berpaling dariKu seakan-akan kamu tidak setuju denganKu. 
Wahai hambaKu, jika kamu menjauhiKu maka Aku menjauhimu. Jika kamu bertaubat kepadaKu, maka Aku terima taubatmu. Jika kamu bermaksud kepadaKu, maka Aku bermaksud mendekatkanmu. Jika kamu bingung jalanmu, maka Aku tunjukkan jalanmu. Jika kamu tidak memperhatikan dirimu kerana cinta kepadaKu, maka Aku yang mengurusi urusanmu. Jika kamu menangis kerana sulitnya mengubati dirimu, maka Aku ubati kamu. Jika kamu menangis kerana penyakitmu, maka Aku sembuhkan kamu. 
Jika kamu menangis kerana gelisah, maka Aku datangi kamu. Jika kamu menangis kerana takut, maka Aku amankan kamu. Dan jika kamu menangis kerana sedih kehilangan hak kamu, maka Aku ganti hakmu (yang hilang). 
Janganlah kamu putus asa dari rahmatKu. Apakah kamu melihat orang yang memutus hubungan denganKu itu menjadi hina? Apakah kamu melihat orang yang menjauhiKu itu menjadi sakit? Apakah kamu melihat orang yang mencium bau harum dari taman dekat denganKu menjadi kurus? Apakah kamu pernah melihat orang yang mengetahui tanda-tanda pertolonganKu menjadi terbelenggu? Dan apakah kamu pernah melihat orang yang menemui manisnya zikir kepadaKu menjadi meninggalkanku dengan diam-diam? 
Seakan-akan Allah s.w.t. berkata: Wahai hambaKu, janganlah kamu putus asa, kerana sesungguhnya kamu apabila suka berkhianat, maka Aku terkenal dengan yang maha Pemurah. Yang mempunyai pemberian. Apabila kamu mempunyai tabiat yang kasar, maka Akulah yang suka menepati janji. Apabila kamu yang mempunyai kejahatan, maka Akulah yang mempunyai kesabaran. Apabila kamu mempunyai kelalaian, maka Akulah yang mempunyai ampunan dan rahmat. Apabila kamu mempunyai ketakutan tidak diterima doa, maka Akulah yang mengkabulkan doamu. Maka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Dzat yang murah dengan ampunanNya terhadap tukang-tukang sihir yang ramah dan menjadikan mereka termasuk golongan orang-orang yang baik. 
Ana sangat suka riwayat di atas. Rasa seperti suatu bebanan telah terlepas dari bahu setiap kali membacanya. Akhi dan ukhty bagaimana? ^^ Suka tak riwayat ni? best kan? Allah sangat Penyayang.. Dialah yang Maha Pengasih dan Mendengar segala rintihan hambaNya. Mohonlah kepadaNya, insyaAllah dikabulkan. Jika tidak dikabulkan di dunia, maka akan dikabulkan di akhirat. JANJI ALLAH ITU PASTI :)
YA ALLAH, ANDAI PERJUANGANKU AKAN TERHENTI DI SINI,
MAKA, ENGKAU JADIKANLAH PEMERGIANKU INI ADALAH SEMATA-MATA KERANAMU,
BERKATILAH PERJUANGANKU SELAMA AKU DI SINI,
RAHMATILAH JUA SAHABAT PERJUANGANKU,
KUATKANLAH HATI DAN SEMANGAT MEREKA UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMAMU,
DAN TEGUHKANLAH JIHAD DI HATI MEREKA UNTUK MEMPERJUANGKAN DAKWAHMU..

AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIIM...

Saturday, 17 March 2012

PENGANTIN ALAM BARZAKH

RISIK.......TUNANG......HANTARAN
... Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu.. ??

Pernahkah taubat sepanjang hayat.. ??
Atau terkubur bersama dosa-dosa... ??

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Thursday, 8 March 2012

SIAPA?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tuesday, 6 March 2012

Perkara Yang Membuatkan Syaitan Takut Kepada Manusia

Assalamualaikum akhi dan ukhty.. :) Jawab salam dulu ^^ Hari ni Fika terbaca satu kisah menarik yang Fika rasa semua patut tahu. Iaitu perkara yang membuatkan syaitan sangat takut kepada manusia.. nak tahu ape die?


Ada keterangan yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a berkata : Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar menuju ke masjid, tiba-tiba baginda bertemu Iblis, lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Iblis, " Apa yang menyebabkan kamu datang ke pintu masjid ini? " 

Iblis menjawab, " Muhammad, Allah telah mendatangkan aku ke sini "

Rasulullah SAW kemudian bertanya, " Untuk apa kamu datang ke sini? "

Iblis menjawab, "Aku ke sini agar engkau bertanya kepadaku tentang perkara yang engkau kehendaki "

Ibnu Abbas melanjutkan perkataannya, " Adapun sesuatu yang pertama kali ditanyakan oleh Rasulullah SAW kepada iblis adalah tentang solat berjema'ah : " Wahai Iblis, mengapa kamu menghalangi umatku untuk melakukan solat jema'ah? "


Iblis menjawab, " Wahai Muhammad, ketika umatmu keluar untuk menunaikan solat, maka diriku telah dilempari bara api yang panas, dan ini berlangsung terus sampai mereka berpisah ( dari solat jema'ah ). "

Rasulullah lalu bertanya, " Wahai iblis, kenapa kamu menghalangi umatku dari membaca Al-Quran? "

Iblis menjawab " ketika umatmu membaca Al-Quran, maka melelehlah tubuhku seperti timah! "


Rasulullah SAW kemudian bertanya, " Wahai Iblis, mengapa kamu mencegah umatku dari berjihad? "

Iblis menjawab " Maka kedua kakiku ini terikat sampai mereka kembali dari berjihad "


Selanjutnya Rasulullah SAW bertanya " Kenapa kamu menghalangi umatku dari pergi haji? "

Iblis menjawab " Ketika mereka keluar pergi haji, maka tubuhku dirantai dan dibelenggu, dan ketika mereka hendak bersedekah, maka diletakkan di atas kepalaku gergaji, lalu gergaji itu menggergaji kepalaku sebagaimana ia menggergaji kayu."







Itulah pengakuan Iblis ketika ia ditanya Rasulullah tentang sebab Iblis cuba menyesatkan umat baginda, di samping ia cuba mencari teman seramai mungkin untuk tinggal bersamanya di neraka nanti.

:) Nak jadi ke teman iblis nanti? Moga-moga kita terhindar dari segala tipu daya Iblis Laknatullah..

~ Perindu Syurga ~

Monday, 5 March 2012

Temu Duga Untuk Calon Jenazah


Temu Duga Untuk Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Anda tidak perlu membawa surat sokongan daripada YB atau VIP dan sebagainya.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Sunday, 4 March 2012

NILAI SEHELAI KAIN DI WAJAH INI..

Nilai sehelai kain di wajah ini..
Ianya tidak besar, apatah lagi mahal..
Sekeping kain menutupi wajah, 
Bukan harganya berjuta-juta, 
Cukup dengan sekeping hati yang istiqomah..

Sehelai kain di wajahku ini..
memang tiada harga dimatamu..
Namun ia istimewa pada Rabb pemilik keindahanku..
Bukan pandanganmu yang kucari..
Tetapi cukup dengan rahmat Rabbul-Izzati..

Aku bukan gadis istimewa..
Aku cuma wanita biasa..
Sehelai kain di wajahku ini, bukan bererti aku bersembunyi..
Tetapi aku hanya cuba menjadi..
"Bidadari Allah" di syurga nanti..

Sehelai kain yang membaluti wajahku ini
Bukan sebagai tempat mengharap pujian 'solehah'
Bukan juga sebagai alat sangkaan riak..
Tetapi pemilik nyawaku Maha Mengetahui
Selembar kain ini, 
Adalah mahar cintaku padaNya
Dengan pinangan ISTIQOMAH 
Berlafazkan "Lillahi Taala"..

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh Ar-Rijjal..
Biarlah wajahku hanya indah di mataMu..
Rabbku menciptaku sebagai berlian yang bersinar
Maka ramailah yang ingin merenggut sinar itu..
Cantikku jangan disentuh..
Cantikku jangan dipandang..
Biarku simpan hanya untuk calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih rahsia Illahi..

Kutunggu engkau wahai pemilik cintaku.. 
Ku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku

Sehelai kain di wajah ini..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

~Perindu Syurga~