BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 March 2012

Jangan berputus asa dari rahmat Allah..

Bismillahirrahmanirrohim.. Assalamualaikum akhi dan ukhty.. 
 Hari ini Fika nak berkongsi salah satu riwayat yang sangat Fika gemari. Apabila rasa berputus asa semakin memuncak, rasa sedih semakin menebal, rasa kecewa semakin melarat, riwayat ini sentiasa menjadikan Fika kuat semula untuk bangkit kembali.. Rasa seolah-olah diri ini sentiasa diperhatikan, walau dalam lena, Allah sentiasa "berjaga" untuk memerhatikan setiap hambaNya.. 

Kadang-kadang apabila kita menulis sesuatu yang berupa dakwah, ia disalah ertikan. Kononnya nak tunjuk ustazah. Berlagak alim, padahal tak baik mana pun. Manusia.. Tak pernah terlepas dari "menghakimi" orang lain.. teringat pula kata-kata seorang akhi terhadap ana, katanya "manusia.. mati dulu baru diam".. Bunyinya kasar sekali. Tapi itulah hakikatnya.. manusia sentiasa ingin mencari kesalahan orang lain. Padahal dalam al-quran telah dinyatakan "Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)"
Kadang-kadang rasa diri terlalu hina. Adakah salah jika kita menyebarkan kebaikan? Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, dan siapalah kita untuk menghakimi orang lain.. Sedangkan HAKIM jua akan dihisab oleh ALLAH S.W.T di akhirat nanti.. :) Rasanya ramai juga rakan seperjuangan yang PASTI mengalami keadaan ini.. Tak apa, biar HINA di mata MANUSIA, jangan HINA di mata PENCIPTA. :) 
Ibnu Mas’ud berkata: Allah s.w.t. bertanya:

Wahai hambaKu, mengapa kamu berputus asa dari rahmatKu? Bukankah Aku yang menciptakanmu dan yang memberimu keamanan? Kenapa kamu bersikap bodoh kepadaKu, seakan-akan kamu tidak mengenalKu, dan berpaling dariKu seakan-akan kamu tidak setuju denganKu. 
Wahai hambaKu, jika kamu menjauhiKu maka Aku menjauhimu. Jika kamu bertaubat kepadaKu, maka Aku terima taubatmu. Jika kamu bermaksud kepadaKu, maka Aku bermaksud mendekatkanmu. Jika kamu bingung jalanmu, maka Aku tunjukkan jalanmu. Jika kamu tidak memperhatikan dirimu kerana cinta kepadaKu, maka Aku yang mengurusi urusanmu. Jika kamu menangis kerana sulitnya mengubati dirimu, maka Aku ubati kamu. Jika kamu menangis kerana penyakitmu, maka Aku sembuhkan kamu. 
Jika kamu menangis kerana gelisah, maka Aku datangi kamu. Jika kamu menangis kerana takut, maka Aku amankan kamu. Dan jika kamu menangis kerana sedih kehilangan hak kamu, maka Aku ganti hakmu (yang hilang). 
Janganlah kamu putus asa dari rahmatKu. Apakah kamu melihat orang yang memutus hubungan denganKu itu menjadi hina? Apakah kamu melihat orang yang menjauhiKu itu menjadi sakit? Apakah kamu melihat orang yang mencium bau harum dari taman dekat denganKu menjadi kurus? Apakah kamu pernah melihat orang yang mengetahui tanda-tanda pertolonganKu menjadi terbelenggu? Dan apakah kamu pernah melihat orang yang menemui manisnya zikir kepadaKu menjadi meninggalkanku dengan diam-diam? 
Seakan-akan Allah s.w.t. berkata: Wahai hambaKu, janganlah kamu putus asa, kerana sesungguhnya kamu apabila suka berkhianat, maka Aku terkenal dengan yang maha Pemurah. Yang mempunyai pemberian. Apabila kamu mempunyai tabiat yang kasar, maka Akulah yang suka menepati janji. Apabila kamu yang mempunyai kejahatan, maka Akulah yang mempunyai kesabaran. Apabila kamu mempunyai kelalaian, maka Akulah yang mempunyai ampunan dan rahmat. Apabila kamu mempunyai ketakutan tidak diterima doa, maka Akulah yang mengkabulkan doamu. Maka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Dzat yang murah dengan ampunanNya terhadap tukang-tukang sihir yang ramah dan menjadikan mereka termasuk golongan orang-orang yang baik. 
Ana sangat suka riwayat di atas. Rasa seperti suatu bebanan telah terlepas dari bahu setiap kali membacanya. Akhi dan ukhty bagaimana? ^^ Suka tak riwayat ni? best kan? Allah sangat Penyayang.. Dialah yang Maha Pengasih dan Mendengar segala rintihan hambaNya. Mohonlah kepadaNya, insyaAllah dikabulkan. Jika tidak dikabulkan di dunia, maka akan dikabulkan di akhirat. JANJI ALLAH ITU PASTI :)
YA ALLAH, ANDAI PERJUANGANKU AKAN TERHENTI DI SINI,
MAKA, ENGKAU JADIKANLAH PEMERGIANKU INI ADALAH SEMATA-MATA KERANAMU,
BERKATILAH PERJUANGANKU SELAMA AKU DI SINI,
RAHMATILAH JUA SAHABAT PERJUANGANKU,
KUATKANLAH HATI DAN SEMANGAT MEREKA UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMAMU,
DAN TEGUHKANLAH JIHAD DI HATI MEREKA UNTUK MEMPERJUANGKAN DAKWAHMU..

AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIIM...

5 comments:

Anonymous said...

suke sgt ngan pos ni..syukran..berguna sgt...:)

syafieka said...

alhamdulillah :) syukran

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
kesuksesan tidak akan mendatangi anda, kecuali anda mengejarnya.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,

syafieka said...

:) syukran buat komentarnya :)tggu kunjunganku.. :)

imddzin said...

Bila sampai benar ikhlas penilaian insan bukan lagi ukuran, jika masih malu kepada insan dlm melakukan kebaikan tanda2 masih tidak kesempurnaan iman