BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 4 April 2012

Hawa,Kasihanilah Adam!

Assalamualaikum akhi dan ukhty.. :)
Bagaimana iman hari ini? Bertambah atau berkurang? InsyaAllah semoga dipermudahkan olehNya segala urusan dan semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya..

Alhamdulillah.. tergerak hati ini untuk menulis entry bertajuk "Hawa, Kasihanilah Adam!".. dek kerana suatu hari fika terlihat seorang hamba Allah dari kalangan adam menegur saudara hamba dari kalangan hawa supaya menutup aurat, tetapi cemuhan pula yang dibalas kepada khalifah Allah itu.. sedangkan beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah, iaitu berpesan-pesan sesama saudara umat Muhammad.. 


Mungkin sudah lama saudara2 dari kalangan Adam cuba meluahkan betapa mereka begitu mengambil berat tentang Hawa.. Namun mungkin tidak terzahir dengan kata-kata.. "Tercipta Engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah WANITA HIASAN DUNIAWI.." :') Bukankah wanita dicipta untuk dilindungi oleh Adam? Tapi mengapa saudariku Hawa.. Mengapa bila kita diberi teguran membina oleh Adam, kita menarik muka? Bukankah mereka cuba melindungi kita dari panasnya api neraka kelak? Mengapa kita tidak menghargai teguran mereka? mengapa mereka dicemuh jika menegur, tetapi dihormati dan disayangi jika mereka memuji kita? 

Jikalau Adam mampu menzahirkan perasaan kecewa terhadap Hawa.. mungkin inilah lafaz yang sudah lama terpendam rapi..

"Hawa, kasihanilah aku.. Engkau hiasan terindah di atas muka bumi.. mana mungkin mata seorang insan bergelar "Ar-Rijjal" mampu lari dari sesuatu yang terindah.. Engkau diciptakan dengan penuh kasih sayang.. penuh keistimewaan.. TUTUPLAH AURATMU dari pandanganku.. Kerana pandanganmu terhadapku mungkin pandangan biasa.. tetapi ketahuilah hawa.. bahawa pandanganku terhadapmu boleh menembusi syahwatku.. Yang menjadi senjata syaitan untuk menajamkan nafsuku..

"Wahai saudariku HAWA.. TUTUPLAH AURATMU.. aku ini manusia yang lemah.. imanku mudah goyah.. walau ku cuba menjadi nakhoda kepada imanku.. namun benar terasa payah..  ketahuilah HAWA.. auratmu itu mungkin perhiasan diri di atas muka bumi.. tetapi ia mungkin menjadi BAHAN BAKAR API di akhirat nanti..

"Wahai saudariku HAWA.. Terciptanya engkau dari tulang rusuk kami.. maka  sanggupkah kami melihat tulang rusuk kami sendiri terbiar retak, dek kerana maruahnya dipijak.. Ketahuilah HAWA.. MAHARMU semahal MARUAHMU.. Selangkah kakimu keluar dari rumah tanpa meutup aurat, maka selangkah jua ayahmu mendekati neraka.. Dan jika kamu dilempar masuk ke neraka kelak, maka 4 orang dari kalangan kami akan turut dilempar bersama kamu.. "Ayahmu, Suamimu,Abang-abangmu, dan Anak-anak Lelakimu.."
tahukah kalian bahawa kami ini bakal menjadi anak lelaki,abang,suami, dan ayah kepadamu suatu hari kelak? tarikanmu bukan sahaja HEBAT DI DUNIA.. malah lebih hebat di akhirat kelak..

"Wahai HAWA.. kasihanilah kami.. Lindungilah mata kami dari melihat auratmu.. Tutuplah auratmu.. sebelum ia ditutup.. dan dibawa ke hadapan kami utuk disolatkan nanti... "

~Perindu Syurga~

2 comments:

Reo Adam said...

Assalamu'alaikum....

posting yg bagos....

selamat malam awak

syafieka said...

waalaikumussalam.. syukran jazilan :) slmt mlm juga.. :D