BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 April 2012

Remaja Malaysia dengan Remaja Palestin! TERLALU BERBEZA!

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. Apa khabar iman kita hari ini? Makin bertambah atau berkurang? :) Sesungguhnya setiap nafas itu adalah dengan keizinanNya jua.. Alhamdulillah.. Umur ini masih panjang, kita masih boleh menjalani kehidupan dengan aman.. Alhamdulillah Ya Allah..

Wahai akhi dan ukhty.. Kita semua sedar, kita semua tahu, kita semua lihat, kita semua dengar segala-galanya tentang rakyat Palestin.. Syria.. Afghanistan.. Tapi, ramai remaja kita tak menghargai pemberian Allah kepada kita..Remaja Malaysia terlalu jauh berbeza dengan remaja palestin..


Jika di Malaysia, remaja diagung-agungkan lantaran suara yg hebat, gah menyanyi di atas pentas. Hebat, dengan gelaran "Mat Rempit", hebat dengan gelaran HOT, hebat dengan gelaran itu dan ini.. Tapi akhi dan ukhty.. Remaja Palestin.. HEBAT DENGAN GELARAN AS-SYAHID... hebat dengan semangat mempertahankan maruah agama dan keluarga.. hebat dgn perjuangan jihad fisabilillah! Malulah wahai remaja Malaysia!

Jika di Malaysia.. remaja sibuk 'buat anak' sini sana, lepas buat anak, dibuangnya pula bagai sampah! Bayi-bayi banyak yang mati DIGUGURKAN dari kandungan!  Tapi akhi dan ukhty.. remaja di Palestin, sibuk 'lindungi anak-anak kecil', yg dijadikan mangsa Yahudi laknatullah! Bayi-bayi Palestin ramai yang GUGUR syahid ditembak rejim zionis! Malulah wahai remaja Malaysia!

Jika di Malaysia, aurat dijaja sini sana. Bangga bila aurat menjadi tatapan umum. Remaja Malaysia berlari ke sana ke mari mencari hiburan! Tapi subhanallah, wanita Palestin, biarpun harus berlari ke sana ke mari menyelamatkan diri, aurat mereka dijaga cukup rapi! Menakjubkan... Malulah wahai remaja Malaysia!

Remaja Malaysia, hancur kepala kerana merempit, lumba haram, gengsterisme! Tapi subhanallah... Remaja Palestin.. hancur jasadnya kerana letupan bom yg menggila.. Malulah wahai remaja Malaysia...

Terlalu banyak yang berbeza.. Cuba jika kita berada di Palestin sekarang.. masih mampukah kita menikmati hidup yang serba mewah ini? :') Subhanallah.. perjuangan mereka harus dijadikan iktibar.. Peringatan buat diri sendiri dan orang lain juga.. 

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan diri saya sendiri.. Assalamualaikum..

~perindu syurga~

3 comments:

md duan said...

"Jika di Malaysia.. remaja sibuk 'buat anak' sini sana, lepas buat anak, dibuangnya pula bagai sampah! Bayi-bayi banyak yang mati DIGUGURKAN dari kandungan! Tapi akhi dan ukhty.. remaja di Palestin, sibuk 'lindungi anak-anak kecil', yg dijadikan mangsa Yahudi laknatullah! Bayi-bayi Palestin ramai yang GUGUR syahid ditembak rejim zionis! Malulah wahai remaja Malaysia!" highlight yg ni.., smkin teruk remaja Malaysia..

Fariz Reza said...

Alhamdullilah...semangat jihad tuan blog ni bagus2....FR follow same blog ini

syafieka said...

alhamdulillah.. syukran ya akhi sudah sudi baca entry blog ana.. insyaAllah, semangat juang ini akan terus berkobar selagi nafas belum terhenti :D insyaAllah..