BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 July 2012

Puasa Orang Miskin

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Mari sama2 muhasabah diri.. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.. :)
Sekadar renungan... .....buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. aku telah menemui sebuah rumah yang usang. rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. di serambi rumah itu ada beberapa ank kecil yang kelihatan lesu dan letih.


Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira kira 11 tahun: "mana emak? "mak pergi menoreh," jawabnya.. "mana bapak?" "bapak pergi kerja.." habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "adik ini syalah yang jaga."jawab budak berkenaan. " awk ada berapa orang adik beradik?" "sepuluh." adik ni yang ke berapa?" "saya yang kelapan." "mna abang2 kamu pergi?" "tolong emak menoreh.." "adik puasa hari ini?" "sama je pakcik, puasa ke tidak.. kami ni makan sekali je sehari.." jawabnya. 


Mendengar kata kata itu aku sungguh terharu. lalu aku bertanya lagi "adik bersekolah dimana?" "saya tak sekolah.. emak bapak tak mampu..". " bapak kerja apa?" "tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". .budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan mereka dapat makan kuih. ada saja orang yang hantar. 


Aku berlalu dari situ dgn seribu-satu keinsafan.. kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. aku beli satu kilo tulang lembu. di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. bila saja aku beri barang2 itu pada adiknya, dia melompat2 kegembiraan sambil menjerit "yeh yeh..! kita dapat makan daging mlm ni..!" .aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dgn ibu mereka. 


Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: ank yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "tiap2 hari mak buat sup, sedaplah pakcik.. "aku bertanya kepada emaknya mcm mane dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu. dia telah berpesan kepada anak2nya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. dia kutip semula semu tulang2 itu dan merebusnya. itulah yang dia lakukan setiap hari. dia berkata"kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pn dh lebih dari cukup untuk anak2 saya. dia orang suka sangat." 


Aku bertanya lagi" upah menoreh berapa makcik dapat?" "cuma RM 3.00 sehari." "ayahnya bekerja mcm mna" "kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. pernahkaj anda menghidup air rebusan tulang yang direbus selmula sepanjang hidup anda? atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging2 yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? 


Adik2 kawan2 cuba ambil pengajaran dari kisah ini...mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pn kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. belajar lah bersyukur dgn apa yang kita ada. jgn mengeluh sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kesempitan. dan bagi yang mampu, jgnlah kedekut untuk bersedekah sbgai tanda ingatan kita pada yang memerlukan. setiap sen yang kita miliki, bukan hak kita sepenuhnya. bersedekahlah allah beri kekayaan iman untuk bekalan kita diakhirat kelak..


-luahan dari seorang hamba Allah-

Thursday, 26 July 2012

Istikarah Cinta..

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Nama mu kah yang tertulis di lauhul mahfuz sana?
Engkau kah yang bakal menemaniku berjalan menuju syurga?
Dirimu kah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai ikhwan

Adakah kau yang tercipta untukku?

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerana jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita,Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai ikhwan,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku apabila waktunya telah tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia.
Akan aku cipta cinta bersama Dia,
Sebelum aku cipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang setiap nyawa..
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha Mengetahui segala..

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) [An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini karena Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4-5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat: 30]

Dan ketika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,Allah itu dekat,Yakin pasti.

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah agar aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauan ku,
Berdoa lah agar tiada sang kumbang durjana yg merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga senantiasa mendoa kan mu agar engkau senantiasa dalam peliharaNya..

Aku redha ya Allah... LA TAHZAN.. :')


Wednesday, 25 July 2012

Kisah Yang Sangat 'Menyayat' Hati

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^ Hihihi.. Pagi2 lagi ana dah bukak fesbuk dan terjah akhi Ibnu Batoota ^^ Huhuhu.. Sini ana kopipes  status beliau :D Moga2 sedikit sebanyak menceriakan hari antum semua ^___^
Seorang raja yang zalim telah menangkap seorang ulama. Raja itu berniat mahu membunuh ulama tersebut tetapi dia perlu mencari helah yang relevan. Maka, dia pun berkata kepada ulama itu, "Di sekeliling kamu ini terdapat tiga pintu. Di kiri, di kanan dan pintu utama. Cuba kamu teka, dari pintu manakah beta akan keluar? Jika jawapanmu salah, beta bunuh kamu!”

Jawab si ulama, “Wahai tuanku. Jika tuanku memang sudah berniat untuk membunuh patik, dari pintu mana pun tuanku keluar, patik tetap akan dibunuh. Jika patik teka pintu kiri, nanti tuanku keluar pintu kanan. Kalau patik teka pintu kanan, nanti tuanku keluar pintu kiri. Namun, jika tuanku tidak berniat mahu membunuh patik, tuanku akan keluar melalui pintu mana yang patik teka.”

“Beta tidak kira! Beta mahu kamu teka juga!”
“Baiklah. Jika begitu, izinkan patik bersolat untuk memohon petunjuk daripada Allah.”
Maka, kemudian beliau pun bersolat dan berdoa kepada Allah agar Allah menyelamatkannya. Sejurus selepas itu, beliau berkata, “Tuanku, patik akan meneka. Tapi, patik akan tulis di atas kertas. Tuanku jangan buka kertas ini selagi tuanku tidak keluar daripada istana.”
“Baiklah, beta setuju.” Kemudian, ulama itu pun menulis di atas sekeping kertas. Si raja mulai bingung. Dia tidak tahu jawapan si ulama itu. Maka, dia pun bertanya kepada exco-exconya. “Bagaimana pendapat kalian, pintu manakah beta patut keluar? Beta tidak tahu jawapannya. Jika beta keluar ikut kiri, takut-takut, jawapan dia tulis itu, pintu kiri. Kalau beta keluar ikut pintu kanan, takut-takut jawapannya itu memang pintu kanan. Maka, dia akan terlepas. Padahal beta mahu membunuhnya.”

Maka, seorang exco yang agak cerdik memberikan cadangan, “Tuanku jangan keluar ikut mana-mana pintu. Tapi, tuanku keluar ikut bumbung!”
“Ya! Itu idea yang bagus!” Maka, si raja pun menuruti idea itu. Dia memanjat tangga dan keluar ikut bumbung istana. Tatkala sudah keluar, sambil tersenyum dia pun membuka surat daripada ulama itu. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengenakan hukuman bunuh kepada ulama tersebut.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati, jawapan dalam surat itu tertulis, “Tuanku keluar ikut bumbung.”
Toing!

note: menyengat hati kan? ...senyum pagi.. XD hihihi
hihi ^^ comelkan gambar ni? Biarpun tak ada kaitan dgn tajuk, tapi adek solehah ni terlalu comel ni >< tgok mata dia yang bulat tu!!! O.O

Monday, 23 July 2012

Indahnya Tahajjud..

 Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Alhamdulillah kerana sudi singgah sebentar melirik secebis ilmu untuk dimanfaatkan bersama.. :) SubhanAllah.. Hari ni ana terbaca artikel tentang kelebihan tahajjud.. rahsia yg begitu agung.. Moga antum semua mendapat manfaat bersama, insyaAllah..

Diantara kelebihan-
kelebihan solat tahajjud:
  • Solat yang paling
    afdhol selepas
    solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit
    yang dapat melakukannya


  • Hadith :Jibril a.s.
    telah datang
    kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah
    selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
    yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan
    lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan
    kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
    ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."

  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't
    solat tahajjud
    itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya
    aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".

  • Solat tahajjud
    merupakan petanda
    orang-orang soleh.

  • Solat tahajjud juga
    merupakan
    penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan
    perbuatan keji dan mungkar.

  • Dengannya dapat
    memadamkan dosa-dosa.

  • Dapat menyihatkan badan

  • Dan pada bahagian 1/3
    akhir malam
    Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat
    orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang
    yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon
    perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."

  • Tidak ada pemberian
    Allah yang lebih
    utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't
    solat tahajjud.

  • Waktu tahajjud adalah
    waktu untuk
    meminta kepada Allah s.w.t

  • Waktu tahajjud adalah
    waktu yang
    teristemewa untuk penerimaan doa.

  • Juga ia merupakan
    waktu yang mana
    seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala
    raja yang sedang terbuka. 
  •  
  •