BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 July 2012

Puasa Orang Miskin

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Mari sama2 muhasabah diri.. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.. :)
Sekadar renungan... .....buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. aku telah menemui sebuah rumah yang usang. rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. di serambi rumah itu ada beberapa ank kecil yang kelihatan lesu dan letih.


Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira kira 11 tahun: "mana emak? "mak pergi menoreh," jawabnya.. "mana bapak?" "bapak pergi kerja.." habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "adik ini syalah yang jaga."jawab budak berkenaan. " awk ada berapa orang adik beradik?" "sepuluh." adik ni yang ke berapa?" "saya yang kelapan." "mna abang2 kamu pergi?" "tolong emak menoreh.." "adik puasa hari ini?" "sama je pakcik, puasa ke tidak.. kami ni makan sekali je sehari.." jawabnya. 


Mendengar kata kata itu aku sungguh terharu. lalu aku bertanya lagi "adik bersekolah dimana?" "saya tak sekolah.. emak bapak tak mampu..". " bapak kerja apa?" "tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". .budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan mereka dapat makan kuih. ada saja orang yang hantar. 


Aku berlalu dari situ dgn seribu-satu keinsafan.. kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. aku beli satu kilo tulang lembu. di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. bila saja aku beri barang2 itu pada adiknya, dia melompat2 kegembiraan sambil menjerit "yeh yeh..! kita dapat makan daging mlm ni..!" .aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dgn ibu mereka. 


Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: ank yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "tiap2 hari mak buat sup, sedaplah pakcik.. "aku bertanya kepada emaknya mcm mane dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu. dia telah berpesan kepada anak2nya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. dia kutip semula semu tulang2 itu dan merebusnya. itulah yang dia lakukan setiap hari. dia berkata"kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pn dh lebih dari cukup untuk anak2 saya. dia orang suka sangat." 


Aku bertanya lagi" upah menoreh berapa makcik dapat?" "cuma RM 3.00 sehari." "ayahnya bekerja mcm mna" "kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. pernahkaj anda menghidup air rebusan tulang yang direbus selmula sepanjang hidup anda? atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging2 yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? 


Adik2 kawan2 cuba ambil pengajaran dari kisah ini...mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pn kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. belajar lah bersyukur dgn apa yang kita ada. jgn mengeluh sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kesempitan. dan bagi yang mampu, jgnlah kedekut untuk bersedekah sbgai tanda ingatan kita pada yang memerlukan. setiap sen yang kita miliki, bukan hak kita sepenuhnya. bersedekahlah allah beri kekayaan iman untuk bekalan kita diakhirat kelak..


-luahan dari seorang hamba Allah-

1 comments:

Anonymous said...

Subhanallah