BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 27 August 2012

Buat Ayahanda dan Bonda Tercinta

Assalamualaikum ayahanda yang dikasihi dan bonda yang anakanda cintai..
Semoga sentasa berada di bawah lindungan rahmat dariNya..

Ayahanda.. Bonda..
Tak lama lagi anakanda akan pergi jauh.. jauh ke negeri orang.. berhijrah serta jihad demi agama
Hati kata "berhenti..."
Iman kata "teruskan.."
Kerana cintanya anakanda kepada ayahanda dan bonda..
Anakanda buang jauh2 bisikan hati..
Hanya istiqamah dan tawakkal menjadi teman setia yang terus memujuk anakanda supaya jangan menyerah..

Ayahanda.. Bonda..
Biar bayangan anakanda hilang di balik awan sana..
Tapi anakanda mohon..
Jangan biarkan bayangan anakanda hilang dari hati ayahanda dan bonda..
Anakanda pergi tidak lama..
Doakan anakanda berjaya menjadi mujahiddah islamiyyah..
Menjadi PERINDU SYURGA yang juga dirindui yang Maha Pencipta..

Jika ada antara kita yang pergi menemui Sang Kekasih terlebih dahulu..
Jangan lupa mohon agar ditemukan di syurgaNya
Dalam setiap sujud.. jangan lupa tawadhuk dan redha..
Moga dengan kasih sayangNya, kita bakal bertemu lagi di akhirat sana..

Ayahanda.. Bonda...
Perjuangan ini memang pahit..
Penantian ini memang sakit..
Rindu ini memang perit..
Tetapi ayahanda dan bonda.. Di hujung jihad ini ada rahmatNya..
Dan perjuangan seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah terhenti..
Selagi kedua tapak kakinya tidak menginjak ke pintu syurga..
Moga anakanda pulang dengan kejayaan..

Ayahanda dan Bonda..
Sebelum kita jauh di mata.. izinkan anakanda memohon secebis keredhaan..
Secangkir restu dan sekalung doa..
Halalkan segala-galanya..
InsyaAllah bertemu lagi kita di bawah lindungan RahmanNya..

Ayahanda dan bonda..
Anakanda akhiri kalam dengan secebis doa..
Moga para malaikat mengaminkan doa anakanda..
Jazakallah khairan kathira buat ayahanda dan bonda..
Tanpa ayahanda dan bonda..
Mungkin anakanda tidak kenal erti perjuangan.. :)
Semoga kasih sayang Allah sentiasa menaungi setiap nafas ayahanda dan bonda..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
  

 ~ ayah bonda Perindu Syurga~ 
^___^

Sunday, 26 August 2012

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Assalamualaikum antum dan antunna sekalian ^^ Wink3** amboi2, nampak je tajuk ni, cepat je tekan link ni kan~ ^^ hihi.. Haaa.. kepada akhi2 yg masih "mencari" tu, boleh cuba cara ini untuk memikat si gadis. Tapi ingat, niat biarlah ingin dijadikan isteri, bukan untuk suka2 ye.. :) Dalam Islam, percintaan itu adalah satu anugerah, TAPI, harus dijaga dengan baik, biar berlandaskan syarak dan tidak melanggar segala larangan Allah SWT.. ^^ InsyaAllah tiada kecewa dalam agama. Istikarah, atau lakukan suna hajat, mohonlah petunjuk daripadaNya.. ^__^ Sesungguhnya Dialah yang memegang hati setiap hambaNya..




1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)


Hee.. ^^ Bagaimana? Mahu cuba? Bagi ana, lelaki yang mengamalkan cara di atas untuk memikat wanita, barulah digelar GENTLEMAN. ^___^ hehe.. bila pulak giliran ana.. :P hihi.. gurau saja yea ^__^ Ma'as salamah.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^

~perindu syurga~

Wednesday, 15 August 2012

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Hari ni ana terbaca satu artikel di facebook. Artikel yang sangat bermanfaat.. Rugilah jika ia tidak disebarkan sebagai peringatan semua.. Oleh itu ana mengambil keputusan untuk letak dalam blog ini.. Moga kita sama2 mendapat manfaatnya insyaAllah..

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagi kita semua.
 
 

Sunday, 12 August 2012

Kisah Cinta Seorang Wanita Kepada ALLAH.


Dalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.

Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.

Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”

Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”
Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”
Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .

Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.

Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”
 
 

Saturday, 11 August 2012

"Saya Nak Kahwin".. ♥

MAK ABAH.. "Saya Nak Kahwin".. ♥

Mak abah, saya nak kahwin.


Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin.

Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak abah saya nak kahwin.

Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.

Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin..

Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin.

Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak abah, saya nak kahwin.

Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak abah, saya nak kahwin..

Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin. 
 
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula

Mak abah, saya nak kahwin.

Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak abah, saya nak kahwin..

Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak abah, saya nak kahwin.

Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak abah, saya nak kahwin.

Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.

Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin..
 
 

Thursday, 9 August 2012

Makan Cara Niqabis

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. ^__^ Kaifa haluk? Tajuk entri ni rasanya memang menjadi pertanyaan umum, bagaimana seorang niqabis makan. Juga menjadi tanda tanya kepada muslimat yang baru ingin berniqab. Ana ade buat 'survey' tentang tajuk dengan sahabat2 ukhty yang berniqab ^__^ MasyaAllah.. sungguh Islam itu mudah..

Jwapan berserta penerangan, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu ukhty2 yang baru belajar berniqab ^__^ insyaAllah semoga dengan penerangan di bawah sedikit sebanyak membantu kalian..


Di bawah ni ana sertakan jawapan2 dari perbincangan kami..

1) Terpulang pada jenis niqab yang dipakai. Seperti biasa, membuka sedikit dan menundukkan pandangan serta tidak melengah2kan makanan yang hendak di makan.

sekiranya hari biasa seperti kemana-mana, ana akan pastikan purdah hitam mesir selapis atau dua lapis itu panjang sikit ke paras dada dan cutting purdah itu bukan lurus tetapi dia macam cutting kembang sikit dari atas ke bawah. Maka, senanglah ana untuk makan sampai orang tak tahu pun ana dah suapkan makanan dalam mulut dengan pantas. Minum sup ke apa ke, walaupun makan dengan tangan sekalipun, sangat mudah. mudah untuk tangan ana bergerak2 disebalik purdah tanpa purdah itu kotor.


2) few days ago, ana ada berbuka puasa bersama kakak sulung di masjid jamik KL tu, kitorg makan dekt tmpt muslimat.. and saya pakai niqablah semestinya...emm, dalam semua muslimat2 kt situ, saya sorg je yang berniqab and mereka sgt2 lah curious nk tgok cemana saya nk makan. saya tak salahkan mereka kerana terlalu curious smpi segala gerak geri saya diperhatikan! 

Wallahi, langsung tak salahkan mereka sebb dulu saya juga tertanya2, cemana perempuan itu makan.. SubhanaAllah.. walaupun dekt tmpt muslimat, dan free je utk ana bukak terus niqab tu, tapi ana ambil keputusan tidak membuka nya, cukuplah, memadai lah sekadar menyelak sedikit niqab yang dipakai, dengan izin Allah kan, kita dah cukup rasa selesa, Allah permudahkan segalanya utk kita. Apa yg nak dihighlight kt sini, hummm, kalau kita dah biasa buat bnde2 tu, kita xkan rasa susah, dan walaupun saya mkn di tmpt muslimat, yg adalah sedikit sorg dua muslimin tu, boleh je nk bukak sebb muslimin tu xpndg2 pun saya, cumanya, kita dah sematkan dalam hati kita, kita dah terbiasa, so buatlah mengikut keselesaan, yang tidak selesa, mungkin masih baru, kalau risau kan 'kesusahan' yg akan dialami, maka slow2 lah, bukak lah , then lepas dah practice lelama okay , selak2 je..saya xbukak niqab waktu tu, alasannya, sebb dah biasa, xde masalah lah nk mkn kt mana2, byk kot tips yg dh diberikan oleh sahabt2 niqabi yg lain, tips nk mkn kt tmpt umum, tips nk mkn burger, tips nk mkn kuah2 sup ke apa ke. so, amik ibrah, practice. Niqab langsunglaaaahhh tidak mmenyusahkan 

kedua, sebb saya rasa, biarlah wajah ni, disembunyikan (saya kalau boleh depan pompuan pun xnak tnjuk muka, ahaks >_< ) rasa cam 'better' kot masa tu :) huhu, xsusah, makanlah secara sopan dan comel. kita sume2 kan comel2 belakeee :p
*okay, salam ukhuwahfillah.*
*masa mula2 ana pakai niqab, ana xpernah bukak di tmpt umum, walaupun masih baru, biarlah nasi tumpah sikit2 atas baju kita, hehe, practice makes perfect! 


3)  xsalah buka xsalah salah tak buka...bergantung pada keselesaan..tapi sy akn ambil jalan bila tertutup maka ianya akn tertutup juga ketika makan..... hanya selakkan sedikit sahaja.... mudah dan ringkas...practice make perfect. :)

4) ‎1st time mkn kt rstorn msa bru kwin,dlm nqab..suami mcm tpgun n snyum..'oo mcm tu mkn dlm nqab..' dia snyum cumil sbb amt bhgia n bgga..alhmdulillah..mkn roti canai dgn grfu.. alhmdulillah xtmph, sbb ambl kuah skit je.. klw nk attend mjls mkn sy guna nqab yg xpjg. spy sng adjust..klw g knduri n tmpt asing, mmg slalu dprhatikn..agk kurg slesa, tp bhati2,sbb d prhatikn ajnabi ..

5)  sayapun tidak kisah dengan siapa teman saya makan di luar janji kawan sama2 islam saya pun suka makan di luar tapi saya tidak pernah buka niqab saya tapi saya selak sikit je alhamdulillah kenyang juga makan.. ^_^


Jadi bagaimana? ^__^ sudah jelas? Tidak salah jika bertanya dan tertanya-tanya,  kita sama2 manfaat ilmu yang kita sendiri pun tidak tahu mahupun orang lain.. Insya Allah, semua ilmu yang ada kita ada di sini, akan jadi satu perkara yang baik bagi semua niqabis. Insya Allah ada kemudahan dariNya..katakanlah.."cuku
plah Allah bagiku, sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran bagiku.."..wallahua'lam... Assif jiddan jika tidak cukup info atau sebagainya.. Yang baik datangnya daripada Rabbul Izzati.. Yang buruk itu kelemahan ana sendiri.. :) Ma'as Salamah..