BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 27 August 2012

Buat Ayahanda dan Bonda Tercinta

Assalamualaikum ayahanda yang dikasihi dan bonda yang anakanda cintai..
Semoga sentasa berada di bawah lindungan rahmat dariNya..

Ayahanda.. Bonda..
Tak lama lagi anakanda akan pergi jauh.. jauh ke negeri orang.. berhijrah serta jihad demi agama
Hati kata "berhenti..."
Iman kata "teruskan.."
Kerana cintanya anakanda kepada ayahanda dan bonda..
Anakanda buang jauh2 bisikan hati..
Hanya istiqamah dan tawakkal menjadi teman setia yang terus memujuk anakanda supaya jangan menyerah..

Ayahanda.. Bonda..
Biar bayangan anakanda hilang di balik awan sana..
Tapi anakanda mohon..
Jangan biarkan bayangan anakanda hilang dari hati ayahanda dan bonda..
Anakanda pergi tidak lama..
Doakan anakanda berjaya menjadi mujahiddah islamiyyah..
Menjadi PERINDU SYURGA yang juga dirindui yang Maha Pencipta..

Jika ada antara kita yang pergi menemui Sang Kekasih terlebih dahulu..
Jangan lupa mohon agar ditemukan di syurgaNya
Dalam setiap sujud.. jangan lupa tawadhuk dan redha..
Moga dengan kasih sayangNya, kita bakal bertemu lagi di akhirat sana..

Ayahanda.. Bonda...
Perjuangan ini memang pahit..
Penantian ini memang sakit..
Rindu ini memang perit..
Tetapi ayahanda dan bonda.. Di hujung jihad ini ada rahmatNya..
Dan perjuangan seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah terhenti..
Selagi kedua tapak kakinya tidak menginjak ke pintu syurga..
Moga anakanda pulang dengan kejayaan..

Ayahanda dan Bonda..
Sebelum kita jauh di mata.. izinkan anakanda memohon secebis keredhaan..
Secangkir restu dan sekalung doa..
Halalkan segala-galanya..
InsyaAllah bertemu lagi kita di bawah lindungan RahmanNya..

Ayahanda dan bonda..
Anakanda akhiri kalam dengan secebis doa..
Moga para malaikat mengaminkan doa anakanda..
Jazakallah khairan kathira buat ayahanda dan bonda..
Tanpa ayahanda dan bonda..
Mungkin anakanda tidak kenal erti perjuangan.. :)
Semoga kasih sayang Allah sentiasa menaungi setiap nafas ayahanda dan bonda..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
  

 ~ ayah bonda Perindu Syurga~ 
^___^

0 comments: