BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 26 August 2012

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Assalamualaikum antum dan antunna sekalian ^^ Wink3** amboi2, nampak je tajuk ni, cepat je tekan link ni kan~ ^^ hihi.. Haaa.. kepada akhi2 yg masih "mencari" tu, boleh cuba cara ini untuk memikat si gadis. Tapi ingat, niat biarlah ingin dijadikan isteri, bukan untuk suka2 ye.. :) Dalam Islam, percintaan itu adalah satu anugerah, TAPI, harus dijaga dengan baik, biar berlandaskan syarak dan tidak melanggar segala larangan Allah SWT.. ^^ InsyaAllah tiada kecewa dalam agama. Istikarah, atau lakukan suna hajat, mohonlah petunjuk daripadaNya.. ^__^ Sesungguhnya Dialah yang memegang hati setiap hambaNya..




1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)


Hee.. ^^ Bagaimana? Mahu cuba? Bagi ana, lelaki yang mengamalkan cara di atas untuk memikat wanita, barulah digelar GENTLEMAN. ^___^ hehe.. bila pulak giliran ana.. :P hihi.. gurau saja yea ^__^ Ma'as salamah.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^

~perindu syurga~

16 comments:

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 394 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

syafieka said...

waalaikumussalam ^^ nantikan kunjungan ana. terima kasih sudi jadi follower

the fikirman said...

terima kasih atas tip2 nie .
gua suka !!

syafieka said...

^___^ afwan2.. amalkan lah yee

NURAIN RAHMAN said...

terima kasih atas perkongsian :)

Muhamad Shaza said...

Syukran ya ukhti. ;). Cara ini mmg terbaik. Cuma nk tnya cara sindiran tu sunnah bg muslimat yg janda atau bg smua kaum wanita? Asif ggu pagi2 buta ni. :). Hee. . .

Muhamad Shaza said...

Atau kedua2 skli dkira sunnah? :)......

syafieka said...

bak kata ustaz azhar, dua2nya boleh. tp kalu ye dok paham gok, ckap tros la "ambe suke ke mung, nok nikoh dok ngan ambe?" hahah

dv7_sun said...

nk tayer, kalu org tu kwn yg bg tp x kenal lg dgn dia, famili dia pn x kenal... mcm maner yer? cuma tahu pasal dia dr kwn saje...

Din said...

Masa kat sekolah dulu, lelaki yang feymes ni biasanya adalah lelaki yang periang n kelakar, tapi kalau sampai tahap annoying jadi menyampah plk kn? haha


Di sini juga ada doa >>
Doa Pengasih, Pelembut Hati Suami Isteri Anak dan Sesiapa Sahaja

Anonymous said...

Salam. Thx u miss !! :)

Anonymous said...

Terima Kasih Hamba Allah

Saiful Bukhori said...

Assalamualaikum..

Saiful Bukhori said...

Maaf ye..sy cuma nak brtanya,boleh ke seseorg tu punyai sifat malu yg tramat sgt..mcm sy..malu nak tegur prmpuan..dlm hati nak..tp malu,takut n segan..camner nak buat ye..sbb sy ade suke seorg wanita kat tmpt kje sy..sy malu nak tegur dia..bila nak tegur je,nak mntk no tepon,gigil 1 bdn..akak2 n abg2 tmpt kje sruh mntk sndri..baru gentlemen..mslhnya sy malu..niat sy ikhlas..utk mnjdkan dia prmaisuri idup..mohon prtolongan..:(..xkawen la sy lau malu camni..

Saiful Bukhori said...

Maaf ye..sy cuma nak brtanya,boleh ke seseorg tu punyai sifat malu yg tramat sgt..mcm sy..malu nak tegur prmpuan..dlm hati nak..tp malu,takut n segan..camner nak buat ye..sbb sy ade suke seorg wanita kat tmpt kje sy..sy malu nak tegur dia..bila nak tegur je,nak mntk no tepon,gigil 1 bdn..akak2 n abg2 tmpt kje sruh mntk sndri..baru gentlemen..mslhnya sy malu..niat sy ikhlas..utk mnjdkan dia prmaisuri idup..mohon prtolongan..:(..xkawen la sy lau malu camni..

Anonymous said...

Assalamualaikum, cm mne kalo prmpuan tu anggap kite just sbgai kwn??
but kite tetap cinta die, n nak die jdi istri kite?