BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 16 September 2012

Berniqab Kerana Istiqamah atau Tabarruj?

Ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa’ yang betol2 menjaga syariatnya..

sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar yang di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan ‘kesolehan’ diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka…

semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len… di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz…

kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan ‘kesolehan’ diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi…

kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi…
selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana… dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz…

boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar…

justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa’ dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi…
sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan

“anti nampak solehah”
“ana menginginkan zaujah seperti ni”
“sejuknya mata memandang”
“tenangnya melihat kamu”

dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan ‘soleh’…

oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng’upload’kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu…

malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan “martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja”…

itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar…????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi…

adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah…???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???

seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..
tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..

“dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir”
-Al ahzab-

firman diatas merujuk kepada para sahabat… perkataan ‘isteri2′ nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM…

inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????
pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???

fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian…
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini…

duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya…
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya…
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa’ sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..

“antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anta nak beli..???”
xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi…

bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya…
lantas dye menjawab

“seandainya itu jawapan anta,begitu jugaklah jawpan kami”

ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu…
bila dahi ana kelihatan berkerut2,ustaz dan zaujahnya mampu meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara

“permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer… justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..

niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa’ itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa’ yang sangat tinggi nilaiannya… 

mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka ‘solehah’ tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa’ yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. 

mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat… dan ingatlah, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa’ yang berbeza…

kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa’ itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan…”

apabila ustaz selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran ‘pantai’..

YA ALLAH… begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf…

Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa…
dengarilah duhai anak2 solehah….

muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab…
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara….
dengarilah wahai mujahidah..

tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah…
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah…

akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang…. 
tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang… 
kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati… 

seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
renung2kanlah….


 “Katakanlah kepada wanita-wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.’” (Qs. An-Nuur: 31)

copy dari salah seorang sahabat ana. jazakallah khairan kathira :)
~perindu syurga~

Tuesday, 11 September 2012

Sakitnya Sakaratul Maut

Bismillahirrahmanirrohim.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. Lamanya blog ini dibiarkan bersarang.. huhu.. Teratak ana sudah penuh debu.. ^^'' Jadi hari ini ana nak hiaskan dengan sedikit muhasabah diri.. Semoga sama-sama mengamil iktibar.. :'D Hari ini ana nak berbicara tentang soal "JODOH YANG PASTI".. hihi.. sikit2 jodoh.. sikit2 jodoh..? Mana ada.. ini 'jodoh' lain la... "KEMATIAN"... haaa... ini lah jodoh kita yang PASTI.. :') Sudah bersediakah antum dan antunna sekalian menghadapinya?.. Atau masih leka dibuai enak dunia yang hanya sementara? :')


"Dan tidaklah kami menciptakan manusia sebelum engkau itu hidup kekal abadi , apakah kalau engkau meninggal dunia kemudian mereka akan kekal abadi? Tiap-tiap orang akan merasakan mati, dan kami mencuba kamu sekalian dengan adanya kejahatan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kepada kamilah kamu sekalian dikembalikan" surah Al Anbiyaa - ayat 34-35

Diterangkan bahawa malaikat maut itu disertai oleh 70 malaikat rahmat dan 70 malaikat siksa. Apabila dia mencabut roh seorang mukmin, maka roh itu akan diserahkan kepada malaikat rahmat dan mereka memberi berita gembira kepadanya dengan balasan syurga dan pahala, kemudian mereka membawanya naik ke langit sampai ke tempat derajat yang paling tinggi.
Dan apabila dia mencabut roh orang kafir, maka roh itu diserahkan kepada malaikat siksa kemudian mereka mengembalikan roh itu ke neraka Sijjin sampai ke tempat yang paling dasar. (Mathaali'ul Anwaari)


 Dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda:

"Kalau seandainya rasa sakit seutas rambut dari seorang mayat itu ditaruh di atas langit dan bumi, nescaya matilah penduduk langit dan bumi dengan izin Allah Taala. Kerana tiap-tiap rambut itu mengalami mati dan mati itu tidak terjadi pada sesuatu melainkan mati pula bersama semua anggota"
Dikatakan bahwa Malaikat Maut itu mempunyai 4 wajah:

1. di atas kepala
2. di mukanya
3. di punggungnya
4. di dua kakinya

Maka dia mencabut roh para Nabi A.S dan para malaikat dengan wajah di kepala, mencabut ruh para mukminin dengan wajah di depan/dimuka, mencabut roh para orang kafir dengan wajah dipunggung dan mencabut roh para jin dengan wajah di dua tapak kakinya.
Salah satu kakinya di jambatan Nerakan Jahim dan kaki yang lainnya di atas balai syurga. Dari besarnya Malaikat Maut itu kalau sekiranya semua air laut dan di seluruh sengai dituangkan di atas kepalanya, maka tidak ada setitispun air jatuh di atas bumi". (Mathaali'ul Anwaari)


 Diriwayatkan bahwa Nabi Isa A.s telah menghidupkan beberapa orang yang telah meninggal dunia dengan izin Allah Taala. Maka kata sementara orang kafir ," sungguh engkau telah menghidupkan orang yang telah mati apabila mereka masih baru, mungkin mereka belum mati betul. Maka cuba hidupkanlah untuk kami orang yang telah mati pada zaman yang pertama dahulu!".

Berkata Nabi Isa A.s," Pilihlah sekehendakmu"

Kata mereka," hidupkanlah Sam Bin Nuh"

Maka Nabi Isa A.s pun pergi ke kuburnya kemudian mengerjakan solat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah Taala. Dan Sam Bin Nuh pun hidup kembali sedang rambut kepala dan janggutnya sudah memutih.

Kata Nabi Isa A.s,"mengapa rambut kamu menjadi putih beruban seperti ini, sedangkan pada masamu dahulu belum terjadi?"

Berkata Sam Bin Nuh ,"saya telah mendengar panggilan mu dan saya kira hari kiamat telah datang, maka sungguh rambut dan janggut saya berubah menjadi putih beruban, dari sebab risikonya hari kiamat."

Bertanya Nabi Isa A.s," Semenjak berapa tahun engkau meninggal?"

Kata Sam," sejak 4 ribu tahun yang lalu, namun belum hilanglah rasa sakit sakaratul maut dan pedihnya".
(Durratun waa'izdiina)
Diriwayatkan dari Nabi SAW, bahawa beliau bersabda," Roh orang-orang mukmin itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di syurga, dan roh orang kafir itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di neraka". Mereka semua berkata," wahai Rasulullah, bagaimana orang mukmin boleh melihat tempatnya di syurga dan orang kafir boleh melihat tempatnya di neraka?''

Maka, Nabi SAW bersabda," Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan Malaikat Jibrail A.s dengan sebaik-baik bentuk dan mempunyai 600 sayap.Dari antara sayap2 itu terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung suari. Apabila dia menebarkan sayapnya maka memenuhi apa-apa yang terdapat di antara langit dan bumi. Dan di sayap kanan terdapat gambaran syurga dan apa-apa di dalamnya seperti bidadari, istana, kamar-kamar tingkat, para khadim, para pembantu dan anak-anak manakala di sayap kiri terdapat gambaran neraka Jahannam dan apa-apa yang di dalamnya seperti ular, kala jengking, kamar-kamar tingkat rendah dan Malaikat Zabaniah".

Maka apabila tiba ajal seorang hamba, maka masuklah sekelompok malaikat pada urat-uratnya dan menyerap rohnya dari kedua telapak kakinya sampai kedua lututnya. kemudia keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang kedua lalu menyerap rohnya dari kedua lututnya sampai pusatnya kemudian keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang ketiga dan menyerap rohnya dari perutnya sampai ke dadanya kemudian keluar dan masuklah sekelompok malaikat yang ke4 dan menyerap rohnya dari dadanya sampai ke tenggorokannya, sebagaimana firman Allah Azzawajalla.

" Maka kalau (engkau boleh mengapa) tidak (engkau kembalikan) ketika roh sudah sampai ke tenggorokkan , padahal ketika itu kamu sekalian melihat". Surah Al Waqiah (83-84)

Pada waktu itu apabila dia seorang mukmin, maka Jibrail A.s menebarkan sayapnya yang kanan, sehingga dia melihat tempatnya di syurga dan dia merindukan serta terus memperhatikannya dan tidak mau melihat lainnya walaupun itu ayahnya, ibunya atau anak-anaknya dari sebab rindunya pada tempat itu.

Dan apabila dia (Yang akan meninggal) itu orang yang munafik, maka Malaikat Jibrail A.s akan menebarkan sayap kirinya, sehingga dia melihat tempatnya di neraka Jahannam, Naudzubillah hi minzalik, barang dijauhkan oleh Allah. Dan dia terus memperhatikannya dan tidak bisa melihat yang lainnya walaupun itu ayah, ibu atau anak-anaknya sendiri dari sebab susahnya terhadap tempat itu.

Berbahagialah bagi orang yang kuburnya merupakan pertamanan dari beberapa taman syurga dan celakalah orang yang kuburnya merupakan liang dari beberapa liang api neraka".(Kanzul Akbari)



Sakitnya sakaratul maut... Sedangkan Rasulullah yang amat dicintai oleh Allah pun merasai keperitan sakaratulmaut iaitu saat nyawanya hendak ditarik oleh malaikat Izrael... walhal Izrael menarik nyawa Rasulullah dengan lemah lembut dan paling halus... namun sakitnya sakaratul maut yang dihadapi oleh Rasulullah sehingga malaikat tidak sanggup memandang wajah Rasulullah...bukan kerana hinanya Rasul namun kerana teramat mulianya Rasulullah dan teramat cintanya malaikat kepada baginda sehingga tidak sanggup melihat kekasih Allah mengerang kesakitan...

Namun apa yg Rasulullah kata saat nyawanya ditarik...
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan kepada umatku”..

Lihat sayangnya Rasulullah pada umatnya sehingga tak sanggup melihat umatnya kesakitan menghadapi sakaratul maut...

Bagaimana keadaan kita nanti sewaktu sakaratu maut... tersenyum, menangis, melolong kesakitan, menjerit menahan kesakitan, terdiam seribu bahasa... wallahua'lam...

Sakitnya sakaratul maut bergantung kepada amalan kita dan cintanya Allah kepada kita namun kita hanya mampu berdoa dan meminta agar sakaratul maut kita nanti dalam keadaan yang baik dan kita dimatikan dalam khusnul khatimah... 
 
:') Ma'as Salamah.. Assalamualaikum..