BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 November 2012

Mengapa Kita Lupa Untuk Bersyukur..?

 "Wahai Daud, Katakanlah kepada orang2 yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatiKu" [Jami' Nafahat, halaman 336]

“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/05/sesungguhnya-manusia-sangatlah-tidak.html#ixzz2DFipF3Dl
“Wahai Daud. katakanlah kepada orang-orang yang jujur : Hendaklah mereka bergembira dengan-Ku, hendaklah mereka merasakan nikmat dengan mengingatku. (Jami’, Nafahat hlm 336)”


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/05/sesungguhnya-manusia-sangatlah-tidak.html#ixzz2DFigiW7m

"Bestnya jadi budak tu, dah la cantik/hensem, kaya pulak tu.."
Mesti ramai antara kita yang pernah cakap macam ni kan? Bohonglah kalau tak pernah cakap macam ni.. Tapi sedarkah antum dan antunna sekalian, cantik dan kaya itu cuma sementara.. Ada yang kaya, tapi tak bahagia.. Ada yang hensem/cantik, tapi sakit.. Kenapa terlalu sedikit kita bersyukur?


 “Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.    Az-Zukhruf: 32

"Kenapa la aku ni tak kaya2, keja lama dah, tapi tak kaya2 pon!"
Yaa.. ayat ni rasanya memang famous sekarang.. Ramai yang seolah-olah menyalahkan takdir, qadha dan qadar yang Allah tentukan.. Tapi sedarkah kita, dalam kita berusaha mengejar kekayaan dunia, adakah kita juga mengejar kekayaan akhirat? Ya.. kita bekerja kuat, kita rajin, kita berusaha.. tapi pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan? Nikmat yang paling MAHAL, yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.. nikmat KESIHATAN, MASA LAPANG, ISLAM dan nikmat menjadi umat Muhammad SAW.. Kita sibuk nak jadi kaya, padahal ada yang lebih miskin, lebih melarat, lebih susah daripada kita.. Mengapa kita terlalu jarang bersyukur?


Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.

"Tak sedap la lauk ni.. lain kali masak sedap2 tau.."
Yang ni memang slalu sangat dengar.. Memang manusia ni, hebat betul dengan pekerjaan "juri tak berbayar".. Sibuk komen sana komen sini.. Tak sedaplah, kurang garamlah.. kurang gula la, terlebih itu la, inilah..
Ini lah masalah manusia zaman sekarang, bila ada makanan, membazir, bila tak ada makanan, mulalah membebel.. Sedar atau tidak, ramaiiiiiiiiiiii lagi kat luar sana yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"? Saudara2 kita di Gaza, Palestin, Rohingya, Ghana, entah makan atau tidak? Sedangkan kita masih SEMPAT lagi nak 'banyak songeh', cerewet, dan memilih? Bersyukurlah.. Bersyukurlah... Kita masih diberi rezeki yang melimpah ruah...

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.”


Wahai akhi dan ukhty yang dikasihi..
Dalam gembira, jangan kita lupa pada pencipta. Dalam berseronok dan bersuka ria, jangan kita lupa untuk bersyukur kepadaNya.

Jika bukan kerana ALLAH yang Maha Pemurah, sudah tentu kita tidak mampu untuk mengecapi walaupun setitis dari nikmatNya. Tidak mampu untuk kita menghirup nafas walaupun sedetik cuma. 
Mari kita renung sejenak, apakah saudara seislam kita yang lain merasai seperti apa yang kita rasai ini?
Oleh itu, marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah. Panjatkanlah berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah kerana kita masih bisa sempurna, masih dapat mengecapi pelbagai kesenangan dan kemudahan yang diberikanNya...

Kalau kita bermuhasabah, merenung dan berfikir,, jika dibandingkan dengan musibah dan kenikmatan yang Allah berikan kepada kita yang manakah lebih banyak diberikan?


Sudah pasti kita tidak dapat membandingkan anugerahNya tidak terkira banyaknya nikmat yang kita perolehi berbanding sakit musibah sedikit yang Allah berikan…
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit"

Apakah golongan yang sedikit itu ?

“Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)

InsyaAllah.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang sedikit.. Amin...

Tuesday, 20 November 2012

Jadikan Aku Sebahagian Daripada Mereka..

"Seandainya Ada 100 Orang Pejuang Islam, Pastikan Salah Seorangnya Adalah Kamu... Seandainya Ada 10 Orang Pejuang Islam, Pastikan Salah Seorangnya Adalah Kamu... Seandainya Hanya Tinggal Seorang Pejuang Islam, Pastikan Dia Adalah kamu..fisabibillah.."


Allah Allah.. :'( Adik2ku hari ini kehilangan ayah.. kehilangan ibu.. adik2ku hari ini menjadi yatim piatu.. Apalah yang mampu aku lakukan ya Allah.. selain hanya berdoa ke hadratMu.. semoga melindungi adik2ku di tanah Palestin.. Gaza..Syria.. :'( Ya Allah.. hari ini manusia-manusia rakus itu mengambil nyawa-nyawa saudara-saudaraku.. Hari ini sauda-saudaraku bermati-matian demi mencapai cintaMu yang hakiki di akhirat sana.. :'( Hari ini aku lihat tanah Gaza dan Palestin dibanjiri peluru.. :'( Hari ini aku lihat tangisan pilu.. 


"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka, sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah."
( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )
Ya Allah.. :') Hari ini mereka derita.. Hari ini mereka tersiksa.. Hari ini mereka dizalimi.. Hari ini mereka hilang segalanya.. Gantikanlah penderitaan mereka dengan syurga yang indah di sana nanti..
Ya Allah.. Bagaimana aku masih bernafas, menghirup setiap cebisan hidup dengan penuh nikmat.. sedangkan adik-adikku, walau masih dalam pelukan ibu, sudah mampu mengangkat senjata..Mereka sudah mengerti apa itu FISABILILLAH.. :'( Ya Allah.. Gantikan derita hari ini, dengan kebahagiaan yang kekal abadi.. :'(  
 
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami

Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu....

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi.. masih mampukah kita melihat penderitaan mereka.. Masih mampukah kita berpeluk tubuh melihat tubuh mereka dirimbus ribuan peluru.. Masihkah kita mampu melihat mereka hilang segala-galanya.. Mereka berjuang sehingga ke akhir nafas, demi Islam tercinta.. Kita pula?... Masih enak dengan nikmat dunia.. Nikmat yang sementara.. 


Sama-salah kita doakan saudara-saudara kita.. semoga terus tabah, terus kuat dalam mempertahankan Islam.. Semoga Allah memberi balasan yang pedih buat Yahudi laknatullah dan Israel.. Dan jika boleh, jadilah salah seorang daripada mereka..
Amin2 ya Rabbal Alamin..


 "Kalaulah penegak agama dipanggil penjenayah,
kalaulah pengamal rasul dipanggil penjenayah,
kalauhlah org yg berusaha membebaskan Masjidil Aqsa dipanggil penjenayah,
saksikanlah wahai dunia..
AKULAH PENJENAYAH ITU!"

~ AL syahid syeikh AHMAD YASIN ~