BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 8 December 2012

Rintihan Si mayat

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam, sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia . Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata ; ‘ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan Malaikat Maut’ .

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu ; ‘ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ’ . 


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : ‘ Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ’ .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : ‘ Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu, maka janganlah kamu menyakitinya . Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar daripada rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya ’ .


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah daripada rumah, roh pula berpesan ; ‘ Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku, sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku . Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku ’ .
 
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
(Al-Haaqqah 69:18)

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
(Al-Haaqqah 69:19)

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
(Al-Haaqqah 69:20)
Wallaahu a’lam .

7 comments:

zaim didie said...

Teruskn usaha anda ntuk mnyebarkn ilmu2 islam . jgn ptus asa , hraP istIqamah dlam penulisan ...

syafieka said...

amin..insyaAllah :) syukran

pantherjerung ur it information said...
This comment has been removed by the author.
ServantOfAllah said...

Nice words!!

Ika mmg hamba Allah yang baik and abg taw ika cuba sedaya mungkin nk dapatkn keredhaan Allah..

Ini tips utk adk abg sorg ni..

pasal buku amalan, dah alang2 abg terbaca pasal buku amalan diberikan pada tangan kanan..

ok2..ini tipsnya..

time amik wuduk,

slepas niat..time tngh basuh muka,ika niat la.. "ya Allah putihkn muka ika seperti mana Allah putihkn muka nabi n para ulama.." pastu untuk ulangan ika ucap plak "jangan la engkau hitamkan muka aku seperti muka org yg engkau murkai"
time basuh tangan kanan..ika niat.. "ya Allah..berikanlah buku amalan pada tangan kanan ku ini.."
time basuh tangan kiri..ika niat.. "ya Allah..jgnlah engkau beri buku amalan pada tangan kiri ku ini.."

time basahkan ubun2..ika niat "ya Allah, lindungi aku dr kejatuhan arasymu nanti"

time basuh telinga ika doa ya Allah..engkau jagalah pendengaran aku dr bisikan syaitan

time basuh kaki kanan..ika niat la.. "ya Allah, engkau permudahkanlah kaki ini melintasi titian mu nanti"
time basuh kaki kiri "ya Allah, jgn la engkau benarkn kaki ini tergelincir dari titian mu nanti"

cuba2 la ek..moga time amik wuduk lebih kusyuk dan sentiasa minta pertolongan Allah walau apa pn kita lakukan sbb kita ni lemah =)

syafieka said...

syukran Soldier Of Allah.. ilmu yg bermanfaat. syukran atas perkongsian ilmu ini. :'D

abdullah seman said...

Like

abdullah seman said...

Like