BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 7 July 2013

Ramadhan Datang Lagi, Bersediakah Para Perindu Syurga?



كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ
وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty. Alhamdulillah tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Bersyukurlah jika kita diberi kesempatan untuk menerima tetamu Allah yang menjenguk setahun sekali. Jangan lupa untuk menyertai festival ibadah!! :D Tahun ni pertama kali ana akan berpuasa di bumi anbiya.. Allah.. berdebarnya!! :D Walaupun di malaysia penuh dengan berita rusuhan2 yang melampau, sebenarnya keadaan kami di sini berbeza saaaangat dengan apa yg di'beritakan' tu. hehe.. hari2 goyang kaki je. Jadi kepada mak ayah, jangan risau :P kitorang dalam rumah ni lagi huru hara daripada kat luar tu. -.-''

Haa.. meh nak cite pasal bulan Ramadhan. Asal tibe je bulan Ramadhan, mesti terbayang bazar Ramadhan kan? -.-'' biasalah tu, tpi ni ana nak cerita pasal BAZAR PAHALA. haa.. tak payah keluarkan duit pon, pilih je nak pahala banyak mana, dengan syarat, dibayar dengan ibadah yang setimpal dengan harga pahala tersebut.

“Sesungguhnya amal yang dilakukan pada bulan Ramadhan ialah membaca Al-Qur’an dan menjamu orang berbuka puasa”, demikian dinyatakan oleh seorang sarjana Islam generasi tabi’in, Muhammad bin Syihab az-Zuhri.


Antara amal kebajikan yang mendapat ganjaran besar dalam Islam ialah memberi makan kepada orang Islam yang lain. Dan ganjaran ini berlipat-kali ganda apabila orang yang diberi makan itu ialah orang-orang yang lapar dan berpuasa. Ini dijelaskan oleh Nabi,
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)
Manakala ganjaran memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa adalah sama dengan ganjaran yang diperoleh orang-orang yang berpuasa itu sendiri. Nabi pernah berkata,
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)
Demikianlah Nabi membuat perbandingan, sedang Allah menyebutkan orang yang berpuasa diberi ganjaran yang banyak tanpa batas seperti disebutkan dalam sebuah hadis Qudsi,
Semua amal (saleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu kebaikan (diberi ganjaran) sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.”(Hadis Bukhari & Muslim)
Selain mendapat ganjaran pahala yang banyak, Malaikat akan mendoakan rahmat buat orang yang menjamu orang berbuka puasa. Ini disebutkan oleh Nabi dalam satu doa beliau,
“Orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.” (Sahih Sunan Abu Dawud)

Dalam riwayat lain dikatakan,

قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى

“Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku.’” (HR. Bukhari no. 1904)
 

Dalam riwayat Ahmad dikatakan,

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ

“Allah ‘azza wa jalla berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan adalah sebagai kafaroh/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya.’” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)


Jangan lupa tadarrus, tarawikh buat 8 pun dh ckup. Asalkan istiqamah. Ana dulu mase mude2 dulu, (sekarang dah tua :P) bile tibe je Ramadha, mule la bersemangat, kononnya nak penuhkan tarawikh tanpa was2!! Tapi......... bila sampai je akhir2 Ramadhan, mule la liat macam dodol lepas berbuka. hehe.. tu dulu la.. duluu.. --'' sekarang, ana masih akan pasang azam macam tu. Dan berharap akan kuat melawann nafsu yang meronta2 nak tengok citer upin ipin, sampai liat nak ke tarawikh hehe.. Haa.. jgn penuhkan masjid time awal2 Ramadhan je, bila akhir Ramadhan, tinggal Tok Imam dengan sejadah je :) hehe..

Jadi, pikir2 kan lah yer... akhir kalam, salam Ramadhan al Karim. Semoga Ramadhan ini memberi kesempatan untuk kita menjadi Perindu Syurga yang tegar!!! :D jom kejar ibadah!


Wednesday, 13 March 2013

Niqab dan 1001 Persoalan

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian......

Assif jiddan.. Sudah lama ana menyepi. Waktu yang terlalu singkat membataskan ewahhh.. ayat dramatis gitu hehe.. Dah bersarang dah blog ana ni (T.T).. huhu.. Bukak2 je penuh dengan soalan yang diajukan oleh para pembaca. Soalan yang paling banyak ditanya adalah soalan tentang niqab. Apakah syarat berniqab, dan adakah wanita yang baik2 sahaja boleh berniqab? Adakah berniqab benar2 dapat mengelakkan fitnah ? dan sebagainya..




Baiklah. Bismillahhirrohmanirrahim.. Ana mulakan perbincangan ilmiah kita dengan kalam mulia, semoga sama2 mendapat manfaatnya.

Untuk soalan-soalan yang diajukan, ana rumuskan dalam satu skop besar. Iaitu syarat-syarat untuk menjadi seorang niqabis serta hukum dan dalil bagi niqab. Bagi ana, yang pertama sekali haruslah NIQABKAN HATI terlebih dahulu.. Bukanlah ana maksudkan bahawa wanita2 yang baik-baik, yang tahajjud, berzikir, tadarus 24 jam. Tapi maksudnya di sini, yang pertama sekali, niqabkan hati dari niat yang memesong dari landasan sebenar seorang niqabis. Ramai yang berpendapat, "perempuan yang berniqab ni, mesti lawa2 kan?".. Haaa... itulah masalahnya. Kerana nak dapat gelaran "lawa" tu, maka kita pon mulalah nak berniqab, kononnya kita ni lawa, sampai boleh jatuh fitnah kepada kaum Adam. Maaf, ini satu teguran untuk para niqabis yang "gedik solehah". Pertama sekali bila ana merayau2 dalam facebook terutamanya, ana dapat tengok ramai sangat niqabis yang mekap mata cun2, pakai celak 2 3 inci, pakai bijik mata kucing, pastu edit gambar kat instagram kononnya, dan upload di facebook. Maka ramailah encik2 Adam yang gatal2 tangan mengomen kat gambar tu...


"MasyaAllah... inilah calon bidadari.."
"SubhanAllah, sejuk mata memandang.."
"Indahnya ciptaan Tuhan..."

dan bla bla blaaaaa -.- 

Naik meremang bulu mata membacenyepon aduiii~~ Pastu mulalah si niqabis naik syok.. Makin terasa diri HOT dan solehah. Bila ditegur, katanya "Hanya Allah yang mengetahui niat hambaNya..." dan itu, dan ini, dan itu dan ini...




Jadi kesimpulannya, berniqab bukanlah bermakna setiap wanita yang berniqab itu baik2 belaka. Malahan boleh jadi lebih berbahaya daripada wanita yang tidak berniqab. yang berniqab tidak semestinya baik, dan yang tidak berniqab tidak semestinya buruk. Semuanya terletak pada diri masing. Kadang2 ana tengok, wanita yang berniqab ni, ramai kawannya adalah LELAKI. Ulang suara, LELAKI! Kerana apa? hehe... Itu maknanya, walaupun wajah kita ini berniqab, tetapi kita tak mampu niqabkan hati kita dari perasaan riak dan menunjuk. :) 

Jadi, bagi ana, sesiapa saja boleh berniqab. Asalkan niatnya kerana Allah SWT, istiqamah dan tawadhuk. Lagipun, berniqab hukumnya bukanlah wajib. 

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertamanya, pendapat dari mazhab hanafi dan maliki mengatakan bahawa aurat adalah termasuk sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula dari mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa aurat adalah sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.





Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.




Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.




Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat


Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Maka di sini ana ingin menjelaskan, pakailah jika merasa perlu. Sedangkan menutup aurat itu lebih penting daripada menutup wajah. :) Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. 


KENAPA PAKAI NIQAB JIKA TAK WAJIB?


Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Maka, tetapkan hati kalian wahai niqabis.. :) 

Peringatan ini adalah untuk diri ana sendiri, dan maafkanlah jika ada khilaf dalam kata-kata ana, andai menyinggung perasaan sesiapa pun. esungguhnya segala kesempurnaan adalah milikNya, dan segala kelemahan adalah khilaf diri ana sendiri, hakikatnya segalanya datang daripadaNya. :) 

Wassalam.


Wednesday, 2 January 2013

Nukilan Doktorah buat Ayahanda dan Bonda, InsyaAllah..

SubhanAllah..Maha Suci Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Assif jiddan semua.. Sudah lama ana berdiam diri.. Terperangkap dalam permainan waktu.. Kadang-kadang terlalu sukar dirasakan, namun perjuangan ini adalah kerana-Nya.. Puas sudah hati ini dipujuk agar bangkit kembali, mujur teringat ayat buat sang pencinta-Nya, kalam kasih dari yang Esa..

 “Jangan berputus asa daripada rahmat Allah.”
(Surah Az-Zumar: 53)


Alhamdulillah.. Segala Puji bagi Allah.. bagaimana harus tinta ini dimulakan.. 

Pada mulanya, bait-bait di minda kelam seketika.. Fikiran melayang jauh.. Terlukis gambaran wajah ayahanda dan bonda.. SubhanAllah.. lama sudah aku di bumi anbiya' ini.. Masa berlalu begitu pantas.. Benarlah aku sudah di akhir zaman.. Namun bukan bererti hidup sudah berakhir, perjuangan ini harus teguh! 

Yaa.. minda sudah kembali segar.. Kalam-kalam tinta sudah mula bersusun rapi di pangkal jiwa, bersedia untuk dicoret sebagai nukilan.. Hari ini bait-bait kata hanya buat ayahanda dan bonda.. Maaf sahabat dan sahabiah, qalbu runtun seketika.. benarkan aku berbicara dalam diam, sekilas ayat-ayat pengubat rindu buat ayahanda dan bonda..


Bismillahirrahmanirrohim...


Kehadapan bonda dan ayahanda yang diberkati..

Malam ini anakanda disapa rindu..
Pedihnya.. tatkala mengenang kembali perpisahan dulu..
Kita saling melambai..
Terselit senyuman indah ayahanda bonda..
Biarpun tangisan itu ada.. 
Namun tersembunyi jauh di sebalik mendung hati berbaur sepi..


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. 
[al-Nisa’ :36]

Maafkan kekhilafan anakanda..
Anakanda pergi dengan membawa rimbunan dosa..

Semalam.. butir air mata ayahanda bonda menitis lagi..

Mungkin anakanda jauh.. tetapi anakanda bisa melihat semua itu
Dari sekeping hati yang sayu..

Ayahanda dan bonda tercinta..

Mungkin sekarang kita jauh di mata..
Demi ilmu kerana Rabb-Nya..
Kita relakan perpisahan ini..
Namun.. sungguh tiadalah cinta lain yang bertakhta di hati anakanda selain ayahanda dan bonda selepas Allah dan Rasul-Nya...

Ayahanda dan bonda..

Anakanda tahu.. betapa kalian begitu risau terhadap pelajaran anakanda..
Kadang-kadang..
Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan membuatkan ayandanda dan bonda gusar..
Mungkin ayahanda dan bonda tertanya-tanya..
Adakah anakanda mampu menjadi doktorah muslimah yang berjaya..
InsyaAllah.. doakanlah anakanda..
Semoga cita-cita anakanda berjaya..
Bukan sahaja dalam pelajaran.. 
Tetapi jua dalam tarbiyah dan dakwah, InsyaAllah..

Ayahanda dan bonda..

Hidup ini akan terus berjalan, meskipun penuh dengan tangisan..
Tabahkanlah hati setabah kekasih-Nya..
Kerana di setiap perjuangan itu ada pengorbanan..
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
Sekian sahaja warkah buat ayahanda dan bonda.. Mungkin kata-katanya tidak seberapa, maafkanlah anakanda.. kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu atas kekhilafan anakanda sendiri.. Hakikatnya, semuanya datang daripada-Nya..
 
Ayahanda dan bonda, 

Tersenyumlah saat membaca warkah ini kerana anakmu kini bukan sekadar pelajar,
Tetapi pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini.. 

Moga bertemu lagi jika dipanjangkan usia.. Anakanda mohon mengundur diri.. Doakanlah anakanda wahai ayahanda dan bonda.. Semoga Allah memberkati kita semua.. 

  
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  (Surah Ali Imran: 31) 

Assalamualaikum wbt.. 



Yang benar, 
Anakndamu Ieka 
~perindusyurga~