BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 2 January 2013

Nukilan Doktorah buat Ayahanda dan Bonda, InsyaAllah..

SubhanAllah..Maha Suci Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Assif jiddan semua.. Sudah lama ana berdiam diri.. Terperangkap dalam permainan waktu.. Kadang-kadang terlalu sukar dirasakan, namun perjuangan ini adalah kerana-Nya.. Puas sudah hati ini dipujuk agar bangkit kembali, mujur teringat ayat buat sang pencinta-Nya, kalam kasih dari yang Esa..

 “Jangan berputus asa daripada rahmat Allah.”
(Surah Az-Zumar: 53)


Alhamdulillah.. Segala Puji bagi Allah.. bagaimana harus tinta ini dimulakan.. 

Pada mulanya, bait-bait di minda kelam seketika.. Fikiran melayang jauh.. Terlukis gambaran wajah ayahanda dan bonda.. SubhanAllah.. lama sudah aku di bumi anbiya' ini.. Masa berlalu begitu pantas.. Benarlah aku sudah di akhir zaman.. Namun bukan bererti hidup sudah berakhir, perjuangan ini harus teguh! 

Yaa.. minda sudah kembali segar.. Kalam-kalam tinta sudah mula bersusun rapi di pangkal jiwa, bersedia untuk dicoret sebagai nukilan.. Hari ini bait-bait kata hanya buat ayahanda dan bonda.. Maaf sahabat dan sahabiah, qalbu runtun seketika.. benarkan aku berbicara dalam diam, sekilas ayat-ayat pengubat rindu buat ayahanda dan bonda..


Bismillahirrahmanirrohim...


Kehadapan bonda dan ayahanda yang diberkati..

Malam ini anakanda disapa rindu..
Pedihnya.. tatkala mengenang kembali perpisahan dulu..
Kita saling melambai..
Terselit senyuman indah ayahanda bonda..
Biarpun tangisan itu ada.. 
Namun tersembunyi jauh di sebalik mendung hati berbaur sepi..


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. 
[al-Nisa’ :36]

Maafkan kekhilafan anakanda..
Anakanda pergi dengan membawa rimbunan dosa..

Semalam.. butir air mata ayahanda bonda menitis lagi..

Mungkin anakanda jauh.. tetapi anakanda bisa melihat semua itu
Dari sekeping hati yang sayu..

Ayahanda dan bonda tercinta..

Mungkin sekarang kita jauh di mata..
Demi ilmu kerana Rabb-Nya..
Kita relakan perpisahan ini..
Namun.. sungguh tiadalah cinta lain yang bertakhta di hati anakanda selain ayahanda dan bonda selepas Allah dan Rasul-Nya...

Ayahanda dan bonda..

Anakanda tahu.. betapa kalian begitu risau terhadap pelajaran anakanda..
Kadang-kadang..
Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan membuatkan ayandanda dan bonda gusar..
Mungkin ayahanda dan bonda tertanya-tanya..
Adakah anakanda mampu menjadi doktorah muslimah yang berjaya..
InsyaAllah.. doakanlah anakanda..
Semoga cita-cita anakanda berjaya..
Bukan sahaja dalam pelajaran.. 
Tetapi jua dalam tarbiyah dan dakwah, InsyaAllah..

Ayahanda dan bonda..

Hidup ini akan terus berjalan, meskipun penuh dengan tangisan..
Tabahkanlah hati setabah kekasih-Nya..
Kerana di setiap perjuangan itu ada pengorbanan..
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
Sekian sahaja warkah buat ayahanda dan bonda.. Mungkin kata-katanya tidak seberapa, maafkanlah anakanda.. kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu atas kekhilafan anakanda sendiri.. Hakikatnya, semuanya datang daripada-Nya..
 
Ayahanda dan bonda, 

Tersenyumlah saat membaca warkah ini kerana anakmu kini bukan sekadar pelajar,
Tetapi pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini.. 

Moga bertemu lagi jika dipanjangkan usia.. Anakanda mohon mengundur diri.. Doakanlah anakanda wahai ayahanda dan bonda.. Semoga Allah memberkati kita semua.. 

  
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  (Surah Ali Imran: 31) 

Assalamualaikum wbt.. 



Yang benar, 
Anakndamu Ieka 
~perindusyurga~