BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 13 March 2013

Niqab dan 1001 Persoalan

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian......

Assif jiddan.. Sudah lama ana menyepi. Waktu yang terlalu singkat membataskan ewahhh.. ayat dramatis gitu hehe.. Dah bersarang dah blog ana ni (T.T).. huhu.. Bukak2 je penuh dengan soalan yang diajukan oleh para pembaca. Soalan yang paling banyak ditanya adalah soalan tentang niqab. Apakah syarat berniqab, dan adakah wanita yang baik2 sahaja boleh berniqab? Adakah berniqab benar2 dapat mengelakkan fitnah ? dan sebagainya..




Baiklah. Bismillahhirrohmanirrahim.. Ana mulakan perbincangan ilmiah kita dengan kalam mulia, semoga sama2 mendapat manfaatnya.

Untuk soalan-soalan yang diajukan, ana rumuskan dalam satu skop besar. Iaitu syarat-syarat untuk menjadi seorang niqabis serta hukum dan dalil bagi niqab. Bagi ana, yang pertama sekali haruslah NIQABKAN HATI terlebih dahulu.. Bukanlah ana maksudkan bahawa wanita2 yang baik-baik, yang tahajjud, berzikir, tadarus 24 jam. Tapi maksudnya di sini, yang pertama sekali, niqabkan hati dari niat yang memesong dari landasan sebenar seorang niqabis. Ramai yang berpendapat, "perempuan yang berniqab ni, mesti lawa2 kan?".. Haaa... itulah masalahnya. Kerana nak dapat gelaran "lawa" tu, maka kita pon mulalah nak berniqab, kononnya kita ni lawa, sampai boleh jatuh fitnah kepada kaum Adam. Maaf, ini satu teguran untuk para niqabis yang "gedik solehah". Pertama sekali bila ana merayau2 dalam facebook terutamanya, ana dapat tengok ramai sangat niqabis yang mekap mata cun2, pakai celak 2 3 inci, pakai bijik mata kucing, pastu edit gambar kat instagram kononnya, dan upload di facebook. Maka ramailah encik2 Adam yang gatal2 tangan mengomen kat gambar tu...


"MasyaAllah... inilah calon bidadari.."
"SubhanAllah, sejuk mata memandang.."
"Indahnya ciptaan Tuhan..."

dan bla bla blaaaaa -.- 

Naik meremang bulu mata membacenyepon aduiii~~ Pastu mulalah si niqabis naik syok.. Makin terasa diri HOT dan solehah. Bila ditegur, katanya "Hanya Allah yang mengetahui niat hambaNya..." dan itu, dan ini, dan itu dan ini...




Jadi kesimpulannya, berniqab bukanlah bermakna setiap wanita yang berniqab itu baik2 belaka. Malahan boleh jadi lebih berbahaya daripada wanita yang tidak berniqab. yang berniqab tidak semestinya baik, dan yang tidak berniqab tidak semestinya buruk. Semuanya terletak pada diri masing. Kadang2 ana tengok, wanita yang berniqab ni, ramai kawannya adalah LELAKI. Ulang suara, LELAKI! Kerana apa? hehe... Itu maknanya, walaupun wajah kita ini berniqab, tetapi kita tak mampu niqabkan hati kita dari perasaan riak dan menunjuk. :) 

Jadi, bagi ana, sesiapa saja boleh berniqab. Asalkan niatnya kerana Allah SWT, istiqamah dan tawadhuk. Lagipun, berniqab hukumnya bukanlah wajib. 

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertamanya, pendapat dari mazhab hanafi dan maliki mengatakan bahawa aurat adalah termasuk sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula dari mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa aurat adalah sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.





Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.




Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.




Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat


Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Maka di sini ana ingin menjelaskan, pakailah jika merasa perlu. Sedangkan menutup aurat itu lebih penting daripada menutup wajah. :) Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. 


KENAPA PAKAI NIQAB JIKA TAK WAJIB?


Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Maka, tetapkan hati kalian wahai niqabis.. :) 

Peringatan ini adalah untuk diri ana sendiri, dan maafkanlah jika ada khilaf dalam kata-kata ana, andai menyinggung perasaan sesiapa pun. esungguhnya segala kesempurnaan adalah milikNya, dan segala kelemahan adalah khilaf diri ana sendiri, hakikatnya segalanya datang daripadaNya. :) 

Wassalam.