BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 13 March 2013

Niqab dan 1001 Persoalan

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian......

Assif jiddan.. Sudah lama ana menyepi. Waktu yang terlalu singkat membataskan ewahhh.. ayat dramatis gitu hehe.. Dah bersarang dah blog ana ni (T.T).. huhu.. Bukak2 je penuh dengan soalan yang diajukan oleh para pembaca. Soalan yang paling banyak ditanya adalah soalan tentang niqab. Apakah syarat berniqab, dan adakah wanita yang baik2 sahaja boleh berniqab? Adakah berniqab benar2 dapat mengelakkan fitnah ? dan sebagainya..




Baiklah. Bismillahhirrohmanirrahim.. Ana mulakan perbincangan ilmiah kita dengan kalam mulia, semoga sama2 mendapat manfaatnya.

Untuk soalan-soalan yang diajukan, ana rumuskan dalam satu skop besar. Iaitu syarat-syarat untuk menjadi seorang niqabis serta hukum dan dalil bagi niqab. Bagi ana, yang pertama sekali haruslah NIQABKAN HATI terlebih dahulu.. Bukanlah ana maksudkan bahawa wanita2 yang baik-baik, yang tahajjud, berzikir, tadarus 24 jam. Tapi maksudnya di sini, yang pertama sekali, niqabkan hati dari niat yang memesong dari landasan sebenar seorang niqabis. Ramai yang berpendapat, "perempuan yang berniqab ni, mesti lawa2 kan?".. Haaa... itulah masalahnya. Kerana nak dapat gelaran "lawa" tu, maka kita pon mulalah nak berniqab, kononnya kita ni lawa, sampai boleh jatuh fitnah kepada kaum Adam. Maaf, ini satu teguran untuk para niqabis yang "gedik solehah". Pertama sekali bila ana merayau2 dalam facebook terutamanya, ana dapat tengok ramai sangat niqabis yang mekap mata cun2, pakai celak 2 3 inci, pakai bijik mata kucing, pastu edit gambar kat instagram kononnya, dan upload di facebook. Maka ramailah encik2 Adam yang gatal2 tangan mengomen kat gambar tu...


"MasyaAllah... inilah calon bidadari.."
"SubhanAllah, sejuk mata memandang.."
"Indahnya ciptaan Tuhan..."

dan bla bla blaaaaa -.- 

Naik meremang bulu mata membacenyepon aduiii~~ Pastu mulalah si niqabis naik syok.. Makin terasa diri HOT dan solehah. Bila ditegur, katanya "Hanya Allah yang mengetahui niat hambaNya..." dan itu, dan ini, dan itu dan ini...




Jadi kesimpulannya, berniqab bukanlah bermakna setiap wanita yang berniqab itu baik2 belaka. Malahan boleh jadi lebih berbahaya daripada wanita yang tidak berniqab. yang berniqab tidak semestinya baik, dan yang tidak berniqab tidak semestinya buruk. Semuanya terletak pada diri masing. Kadang2 ana tengok, wanita yang berniqab ni, ramai kawannya adalah LELAKI. Ulang suara, LELAKI! Kerana apa? hehe... Itu maknanya, walaupun wajah kita ini berniqab, tetapi kita tak mampu niqabkan hati kita dari perasaan riak dan menunjuk. :) 

Jadi, bagi ana, sesiapa saja boleh berniqab. Asalkan niatnya kerana Allah SWT, istiqamah dan tawadhuk. Lagipun, berniqab hukumnya bukanlah wajib. 

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertamanya, pendapat dari mazhab hanafi dan maliki mengatakan bahawa aurat adalah termasuk sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula dari mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa aurat adalah sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.





Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.




Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.




Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat


Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Maka di sini ana ingin menjelaskan, pakailah jika merasa perlu. Sedangkan menutup aurat itu lebih penting daripada menutup wajah. :) Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. 


KENAPA PAKAI NIQAB JIKA TAK WAJIB?


Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Maka, tetapkan hati kalian wahai niqabis.. :) 

Peringatan ini adalah untuk diri ana sendiri, dan maafkanlah jika ada khilaf dalam kata-kata ana, andai menyinggung perasaan sesiapa pun. esungguhnya segala kesempurnaan adalah milikNya, dan segala kelemahan adalah khilaf diri ana sendiri, hakikatnya segalanya datang daripadaNya. :) 

Wassalam.


27 comments:

Anonymous said...

AllahuRabbi.. bagus penulisan ni. Boleh saya kongsikan di fb utk manfaat ramai?-roslinda

syafieka said...

boleh.. silakan. x perlu mintak.. sbb ilmu itu milik Allah :)

Anonymous said...

indah sungguh bila manusia menurut segala "manual" yg telah lengkap itu.

Anonymous said...

pd saya semua tulisan ni mcm nak tarik perhatian saja.

nak crk calon suami kot.

Anonymous said...

bagi saya ayat di bawah ni adalah ayat nak mengorat lelaki tapi gaya islamik.

wahai muslimah. dah2 la tu. kalau desperate sangat nak kawen baik buat cara lain.

lelaki menyampah baca. serius.



•.♥• WAHAI calon Suamiku..Jika benar kau kasih & cintakan aku•.♥•Bawalah aku ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah aku•.♥•Perbetulkan kesilapanku•.♥•Jagalah aku dgn baik•.♥•Kasihanilah aku•.♥•Lindungilah aku•.♥•Berilah kasih sygmu padaku•.♥•Hargailah diriku•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihanku•.♥•Bersabar dengan ragamku•.♥•Terimalah & cintailah kekuranganku•.♥•Jadi IMAM terbaik & redhalah padaku ♥kelak aku akan taat dan berbakti padamu♥♥♥

syafieka said...

waalaikumussalam. ye2. ayat yg menyampah. hri tu sy cuma tertarik sebab sy terbaca pada gambar org yg sudah berkahwin. tpnya tak dpt padam balik. maaflah ye. teguran yg membina. tp bahasa tak berapa nak comel wahai saudara. hehe.. bagus kerana teguran, tp tak berapa bagus bentuk teguran. (^.^)

Anonymous said...

Assalamualaikum, setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi ilmu, tapi kita tidak boleh untuk menjatuhkan maruah orang lain dengan pendapat kita mahupun penulisan kita, jadi kepada sesiapa yang ingin menegur, tegurlah dgn sebaik mungkin. Maaf jika mengguris hati sesiapa. Sekian. Assalamualaikum

Anonymous said...

base bwok baloh sokmo. kije mg cari saloh org, saloh mg mg dok npok. brt 66 mg.. nok tego mg ckak molek2 ke ye. dok leh nok wak gapo. dugaan sokmo utk org nok dakwoh.

saifudin abu izzudin said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Anonymous said...

motivasi yang baik.. masha ALLAH, semoga memberi pengajaran buat para muslimah di luar sana dan juga diri ini.. terima kasih

ServantOfAllah said...

Nice words!!
Sihat?
How about ur parent?
Jangan lupa panggil kenduri kawin nanti taw!!

Dah dpt nikah khitbah?

ada ciplak something, tp xmo gtaw..sori..hehehe

Ain Lee said...
This comment has been removed by the author.
Ain Lee said...

Assalamualaikum kak.. tolong jawab soalan saya boleh? macam mana ek? saya memang baru dalam permulaan berniqab nih, tapi gambar yang saya letak di fb tak berniqab tapi masih tutup aurat lah.. saya confuse, boleh tak saya biar je gambar tak berniqab tuh? sebab friends2 saya di fb pun semua yang dikenali di sekolah.. so, dieorang sume memang dah rasmi memang nampak saya tak berniqab di sekolah.. tapi, saya kan dah pakai niqab so macam tak sedap lah pulak.. yelah, kalau saya letak gambar berniqab nanti orang kata saya melebih2 lah pulak..apa perlu saya buat? saya mintak penjelasan.. thank you :)

syafieka said...

waalaikumussalam adik Ain Lee.. sebaik2nya simpan saja gambar adik tu terutama drpd laman sosial seperti facebook.. berbalik kpd niat kita, adakah kita berniqab utk dipandang, atau utk mengelakkan diri dari dipandang. :) sebabnya, ramai saja yg akak tgok berniqab, tetapi meletakkan gambar yg melampau di fb utk mnjadi tatapan umum.wallahua'alam..

ummi azu said...

Sy teringin nak berniqab. Tp masih x brp faham cara perlaksanaannya. Soalan sy, haruskah sy berniqab sekiranya ada tetamu dtg ke rumah, menyapu di laman rumah, menjemur pakaian @ bila berurusan dgn posmen @ penghantar pizza dsb. Mohon penjelasan. Tima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudari, sy punya teman kolej yg dulunya agak sosial dahulu. Namun, setelah beliau sambung belajar di Saudi, beliau mendapat hidayah utk berniqab. Namun, apa yg menjadi persoalan skrg adakah berniqab itu memerlukn seseorang itu memutuskan silaturrahim dgn kawan2 yg lain? Sy agak terkilan dgn sikap beliau yg tidak mengendahkan langsung pertanyaan sy ttg program charity yg beliau anjurkn, malah mem'block' kami semua rakan sekolej dr akaun fb. Secara tidak langsung beliau dh mematahkn hasrat sy yg ingin mendermakan sebahagian pakaian yg sy kumpul utk diberi kpd anak yatim dlm program anjuran beliau. Adakah tindakan yg dibuat oleh beliau itu wajar? Walaupn sy tidak b'niqab, sy bukanlah teman sosial beliau dizaman kolej dahulu. Namun cara beliau yg seakan2 merendah2kn org lain yg tidak berniqab itu m'buatkn sy terkilan dn malu. Apakah sy tidak layak menghulurkn bantuan? Sy juga mencari saham utk akhirat kelak....

syafieka said...

wassalam.. utk saudari anonymous yg bertanya ttg teman kolejnya, pada pndgn ana yg kurang ilmu ni, saudari tak perlu rsa rendh diri mcm tu skali. rendah diri itu perlu, tp jgn smpai mematahkan smangat kita utk terus berbuat kebaikan kerana rsa kita tidak layak. kalaulah smua org berfikir mcm tu, maka tak akan ada seorg pun yg layak utk trus mnyambung dakwah baginda. kita smua tdak sempurna.. tp itu bukanlah alasan utk kita berhenti mencuba :)

syafieka said...

utk saudari umi azzu, bergantung kpd niat saudari.. kalau jelas ttg niat mmg utk mengelakkan dri dpandang, jdi saudari pasti akan berniqab walaupun utk urusan2 yg saudari jelaskn. cuma kdg2 ada jugak yg on off, atas sbb2 tertentu yg x dpt dielakkan. insyaAllah kalau tak keberatan, boleh inbox ana. iekasoleha@gmail.com

Hamba Allah said...

Assalamu'alaikum w.b.t. ermm.. boleh saya tanye, hmm.. sebenarnya, saya dah lame sangat nk berniqab.. niat dihati bukanlah nk melawa ke ape.. tapi, disebabkan wajah saya, lelaki ingin mendekati saya.. tambahan pula, pergaulan saya di sekolah agak bebas.. tp tetap jaga batas lah.. dan.. hmm.. saya cuba untuk tidak bercakap dngn lelaki.. tp, mereka mmg akan sentiasa mulakan perbualan.. saya x tahu nk diam atau jawab.. entah mengape, tp kadang2 hati ni kecewa sngt dngn sikap sendiri.. saya nk berubah. tetapi keadaan saya sememangnya menyukarkan.. hmm...

lagi satu.. kawan2 saya semuanya bergaul bebas..menyentuh lelaki sudah menjadi kebiasaan .. saya pun x tahu nk buat ape dah.. patutkah saya lupakan sahaje hasrat di hati utk berniqab ? =(

Anonymous said...

Saya ingin memki niqab tp sy xtau bagaimana cara tuk praktikkn.

Farah Hana Binti Tajul Ariffin said...

Assalamualaikum saudari...
Saya juga ada mempunyai hajat untuk berniqab.. saya seorang ibu mempunyai anak 4 org.. namun masih ragu2 adakah saya dapat istiqamah jika sudah berniqab..suami memberi restu positive. Cume dgn syarat istiqamah dan ikhlas kerana Allah..
Akak mohon pandangan bg yg sudah berniqab..
Adakah sukar utk istiqamah? Dan bagaimana pandangan org luar terutama rakan sekerja dan keluarga..
Syukran

Farah Hana Binti Tajul Ariffin said...

Harap dapat memberi pandangan =)

Jay said...

Salam, adik saya berniqab dan Akan berkahwin, cuma saya rasa famili tidak selesa jika dia ingin berniqab di hari perkahwinannya, bolehkah kitorang menyuruhnya tidak berniqab pada hari tersebut?.. Terima kasih

Anonymous said...

Subhanallah,sy suka coretan anti tentang niqab....terus terang sy katakan disini,sy masih belum menutup aurat...hati ni selalu rase malu dgn allah...sy slalu berfikir supaya sy dpt bersihkan hati sy dulu barulah sy mulakan perlahan lahan dgn x tinggal solar,puasa,jaga akhlaq baru lah sy menutup aurat...sy tahu salah cara sy ni...sy teringin berkawan dgn org2 yg boleh bantu sy ke jalan yg diredhai allah....sy takut dan bimbang kalau anak sy da bsar dia akan salahkan sy sbb tiada bimbingan ugama buat dia...suami sy jahil sbb dia dibesarkn dgn keluarga chatolic...ibunya sudah lama meninggal dr kecik...kami tiada dorongan dari teman2..sbb itu kami semakin jauh dgn ilahi....disingapura ini terlalu olen...sy nk cari kwn yg baik...nanti mrk akan pandang saya dulu...mqlu sy....

Anonymous said...

Assalamualaikum sis
Bolehkah niat nak pakai niqab kerana Allah?
Walaupun ilmu agama nya bukan nya dalam..

mrs bodyguard said...

Assalamualaikum,bagaimana pula dgn suami seakan tk berminat utk melihat isterinya berniqab..

Anonymous said...

Assalamualaikum.. klau pkai niqab wajib tutup kening atau x wajib ?